Pengalaman unik merasai nikmat Wow spageti segera

Wow Spageti segera merupakan produk negara jiran yang viral di media sosial. Alhamdulillah saya berpeluang merasa sendiri selepas anak saya beli di sebuah kedai baru-baru ini.

Wow Spagetti segera memang cepat dimasak iaitu lebih kurang tiga minit sahaja. Cara masaknya cukup mudah sama seperti masak mi segera.

Rasanya memang sedap dan boleh ulang beli. Biarpun begitu tidak wajar diamal selalu kerana dikhuatiri makanan proses begini kurang baik untuk kesihatan.

Anak saya tempoh hari beli Wow Spageti segera dalam dua perisa iaitu Creamy Carbonara dan Mealty Bolognese.

Saya pilih Creamy Carbonara sebagai paket percubaan. Sayangnya saya tidak ikut aturan yang betul. Saya tidak guna bumbu dengan yang perlu dicairkan dengan air suam.

WAJIB BACA :   Dua rahsia orang berjaya yang wajib diketahui

Jadi spageti yang saya makan rasa kering dan kurang berperisa.

Apa-apapun paket yang anak saya makan memang cun dan rasa sedap pulak. Sempat juga saya merasa sikit.

Kalau nak beli boleh cari di kedai fizikal atau di Shoppee

10 thoughts on “Pengalaman unik merasai nikmat Wow spageti segera”

  1. saya malah belum pernah coba 🤣🤣. nantilah, kalo belanja bulanan di supermarket, kalo jumpa saya beli juga. bbrp teman dah coba memang, saya yg telat, tak sadar ada produk baru 😅

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge