Berjaya bayar zakat fitrah 2021

Ramai sedia maklum zakat fitrah wajib dibayar semasa bulan Ramadan.

Malah ianya sudah menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk membayar zakat fitrah bagi ahli tanggungan.

Alhamdulillah saya berjaya melunaskan zakat fitrah 2021 hari ini di sebuah masjid.

Lega fikiran.

Risau sekiranya terlupa jika asyik menangguh ke saat akhir.

Saya nak elakkan daripada berlaku.

Pada tahun ini sebagaimana tahun sebelumnya, saya membayar untuk empat orang termasuk diri saya sendiri.

Doakan saya juga untuk membayar zakat lebih daripada empat orang pada masa yang datang.

Untuk makluman kadar bayaran zakat fitrah di Sarawak telah ditetapkan RM7.00 seorang.

Jumlah ini mampu dibayarkan oleh hampir semua orang.

WAJIB BACA :   Kisah Lawak Gila Pecah Perut

Itu baru zakat fitrah.

Bagaimana pula kalau zakat pendapatan atau zakat harta.

Lagilah seronok untuk membayarnya kerana orang memberi itu lebih baik daripada menerima.

Jika ingin menjadi orang yang memberi, perlu kaya dan banyak duit.

Dapatlah membayar zakat pendapatan dan zakat perniagaan lebih besar dan lebih banyak setiap tahun.

Untuk kaya, salah satunya ceburi perniagaan.

Ada perniagaan yang mudah untuk dilakukan kerana tidak memerlukan modal yang sangat besar.

Namun potensi untuk berjaya sangat tinggi.

Oh ya, saya ada menulis artikel berkaitan bisnes dalam pautan berikut.

Bisnes Pilihan Generasi Kini

Akhir kata, jom bayar zakat fitrah.

Selepas ini mari kita berimpian pula untuk menjadi penyumbang zakat pendapatan atau perniagaan yang terbesar di Malaysia.

WAJIB BACA :   Apa itu Awal Muharram ?

Apa macam, ok tak impian ini?

Comments 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge