Zikir harian yang mudah hafal tapi sukar nak amal [ edisi kemas kini 2022 ]

Zikir harian ini antara paling mudah dan paling senang untuk dihafal. Saya yakin pembaca ramai yang sudah berjaya menghafal dan suka mengamalkan dalam kehidupan.

Subhanallah Wa Bihamdihi  (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya)

Cuma ramai yang tak mampu untuk beramal kerana tidak tahu apa fadilat disebalik zikir harian tersebut. Mungkin kesibukan masa dengan urusan dunia yang tidak pernah kunjung habis.

Saya tak kata orang lain. Saya sendiri la tu. Mengaku sendiri salah lebih baik daripada mengata orang lain yang salah.

Namun begitu, zikir tidak semesti atas sejadah atau semasa dalam masjid semata-mata. Zikir boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

Zikir harian yang mudah hafal

bacaan istighfar

Semasa dalam tandas berzikir tidak dilarangf. Jika ingin juga berzikir boleh sahaja  dalam hati.

Saya petik dengan ayat al Quran berikut :

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israa’, ayat 44)

WAJIB BACA :   Pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan

Saya juga merujuk zikir harian yang paling mudah ini bersandarkan empat hadis berikut. Sudah semestinya saya menyakini akan kebenaran hadis tersebut.

1)Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa mengucapkan subhanallah wa  bihamdihi seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi)

2) Ibnu Umar ra meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw berkata kepada para sahabatnya, “Ucapkanlah subhanallah wa bihamdihi sebanyak seratus kali. Barangsiapa mengucapkannya satu kali maka tertulis baginya sepuluh kebaikan, barangsiapa mengucapkannya sepuluh kali maka tertulis baginya seratus kebaikan, barangsiapa mengucapkannya seratus kali maka tertulis baginya seribu kebaikan, barangsiapa menambahnya maka Allah pun akan menambahnya, dan barangsiapa memohon ampun, niscaya Allah akan mengampuninya.”

3)Diriwayatkan dari Abi Dzar. Rasulullah pernah ditanya, “Perkataan apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Yang dipilih oleh Allah bagi para malaikat dan hamba-hamba-Nya, yaitu subhanallah wa bihamdihi (Mahasuci Allah dengan segala puji bagi-Nya).” (HR Muslim).

WAJIB BACA :   5 amalan sebelum tidur untuk cipta kejayaan luar biasa 2020

4)Dalam musnad Imam Ahmad diceritakan bahwa ketika menjelang kewafatan Rasulullah saw, Beliau memanggil puterinya dan berkata, “Aku perintahkan engkau agar selalu mengucapkan subhanallah wa bihamdihi, kerana kalimat tersebut merupakan doa seluruh makhluk dan dengan kalimat itulah semua makhluk mendapat limpahan rezeki.”

Sudah jelas daripada hadis itu bahawa zikir tersebut boleh menghapuskan dosa dan boleh melancarkan rezeki.

Zikir harian yang mudah hafal

Mungkin kita tidak sedar selama ini kerana masih tebal dengan dosa maka menjadi perisai .

Sifat rezeki yang luas dan melimpah ruah telah kita halang menggunakan perisai tersebut.

Rezeki tidak sampai. Yang ada cuma sedikit sahaja dan seolah-olah tidak mencukupi. Kita pun bekerja siang dan malam dengan gigih sekali. Ibadah seperti solat berjemaah dan awal waktu serta di masjid kita ketepikan.

WAJIB BACA :   Akaun Whatsapp Tak Dapat Buka

Lagipun kita sudah faham bekerja juga ibadah.

Akhirnya kita dikurung dan dilapisi dosa-dosa yang semakin hari semakin tebal.Solat pula ala kadar dan tahap konsentrasi yang tidak sepatutnya. Hidup kita semakin kacau dan huru hara. Inilah realiti dunia hari ini.

Sebab itulah kita perlu fokus untuk mengurangkan dosa seminimum yang boleh.Kurangnya dosa ini sangat hebat dan luarbiasa kesannya. Sudah tentu melibatkan soal rezeki.

Rezeki akan bertambah luas. Malah lebih nampak keberkatannya. Doa akan terangkat dan makhbul. Hati lebih tenang dan lapang.

Zikir harian ini boleh kita amal sedaya upaya. Usahakan paling minimana 100 kali sehari. Jika nak buat lebih lagi baik.Ia terpulang kepada kemampuan dan kerelaan masing-masing.

Untuk lebih percaya dan yakin dengan apa yang saya kongsikan ini, saya sertakan juga video oleh Ustaz Wadi Annuar

  • kemas kini 19/8/22

Comments 27

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge