Zikir Murah Rezeki Yang Mudah Diamalkan Tapi Power Gila [edisi kemas kini]

Zikir murah rezeki yang admin perolehi ini amat mudah untuk diamalkan. Amat rugi kalau amalan ini tidak mampu kita lakukan kerana alasan kesibukan bekerja siang dan malam.

Macam orang bisnes.

Jika tahu produk yang menguntungkan tetapi tidak juga hendak jual tentulah rugi peluang tersebut.

Alhamdulillah.

Banyakkan bersyukur kerana admin sudah terjumpa dan terbuka hati untuk menulis dalam blog ini.

Berkesan atau tidak.

Yakin atau tidak.

Mahu atau tidak.

Terpulanglah untuk rakan pembaca kerana perkongsian ini bukan untuk mengajar, tetapi sekadar mengingatkan diri admin sendiri yang sering kali alpa dan lupa dengan permainan dunia.

Allahuakbar!

Mudah-mudahan juga memberi manfaat kepada pembaca.

Mungkin bukan pada masa kini tetapi pada masa yang akan datang.

In shaa Allah.

 Zikir Murah Rezeki

bacaan istighfar

1.Baca  La hawla Wala Quwwata Illa billah

Zikir ini telah disarankan dalam hadis Riwayat At Tabrani ” Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah

WAJIB BACA :   Apa Yang Awek Nak Daripada Seorang Lelaki ?

Sangat mudah.

Tak perlu nak tulis atau apa-apa.

Hanya baca dan sebut sebanyak-banyaknya dari pagi, petang dan malam.

Jika sudah terbiasa lidah kita seakan-akan automatik berzikir.

Itulah kesan terbaik dari zikir yang semudah ini.

2.Baca  La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Bersandarkan hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Ad Dailami,

“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi menenteram dari rasa takut dalam kubur “

Zikir ini pun mudah untuk dilafazkan.

Baca bila-bila masa pun boleh kecuali di tempat yang tidak dibenarkan.

Baca ketika memandu atau ketika menanti pelanggan masuk premis perniagaan.

Baca dan hayati dengan tenang.

Jangan pula rasa tak sabar sekiraya mendapati tiada apa-apa perubahan dalam masa yang terdekat.

Sabar itu separuh dari iman.

3.Baca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Ada satu lagi zikir yang ringan di mulut tetapi berat timbangan di akhirat.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 1 )

Dalam musnad Imam Ahmad diceritakan bahawa ketika menjelang ajal Rasulullah saw, beliau memanggil puterinya dan berkata,

Aku perintahkan engkau agar selalu mengucapkan subhanallah wa bihamdihi, kerana kalimat tersebut merupakan doa seluruh makhluk dan dengan kalimat itulah semua makhluk mendapat limpahan rezeki.

Tamsilan mudahnya, zikir ini akan membuka pintu rezeki.

Ayuh.

Ada kelapangan boleh peruntukan masa untuk mengamalkan zikir yang diajar khas oleh Rassulllah.

Jadikan tabiat sehingga akhir hayat.

In shaa Allah.

Zikir murah rezeki

4.Baca selawat Allaahumma shalli ‘alaa Saidina Muhammad wa’alaa aali Saidina Muhammad

Dengan berselawat kita tidak akan merasai fakir.

Kita akan rasa cukup dan mendapat  keistimewaan yakni segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

Lagi banyak selawat lagi bagus manfaatnya untuk kita.

Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

Sabda Nabi S.A.W., “Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W.” (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

WAJIB BACA :   Bahagia Sehari Derita Sebulan

5.Baca istighfar iaitu Astaghfirullahaladzim

Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Admin juga melihat zikir yang berbentuk istghfar ini amat mudah untuk diamalkan.

Basahilah lidah dan sibukkan hati kita dengan istighfar.

Jika rakan pembaca rasa ‘down’ boleh teliti maksud hadis yang admin kongsikan di atas.

Mudah-mudahan terus bersemangat untuk kekal beristighfar walau apa keadaan sekalipun.

Boleh.

Admin kata pada diri sendiri.

Ya.

Memang boleh gitu bah!

Kesimpulkan

Admin faham dan akur.

Zikir murah rezeki ini bukan mudah untuk diamalkan secara istiqamah jika tiada limpahan taufik dan hidayah dari Allah SWT.

Sekali lagi bersyukurlah jika rakan pembaca dianugerahi kekuatan untuk berada di jalan kebenaran.

Dari kurang baik untuk menjadi semakin baik.

Jika kurang mampu untuk mengamalkan semua, cukuplah pilih tiga atau dua zikir murah rezeki tersebut.

In shaa Allah bila sudah murah rezeki Allah jangan pula lupa sedekah senyuman buat admin.

” Say Cheese ”

Boleh tak ?

Jangan lupa untuk teruskan bacaan ke aatukel ini pula :

  • [kemas kini 6/11/2019]
  • Kemas kini 28/11/2022
  • Kemas kini 23/12/22

Comments 22

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge