Blog ini bercerita tentang kehidupan. Pahit manis dan suka duka. Namun memaparkan unsur-unsur kemanusiaan untuk menjadi pedoman,inspirasi dan pengajaran.
Yang baik diteladani manakala yang buruk dijadikan sempadan.
Untuk pengetahuan semua blog ini berevolusi sejak 2015 lagi. Pelbagai tagline, niche, theme dan gaya telah saya guna.
Namun titik kejayaan dalam perjalanan. Saya percaya dan yakin bahawa untuk berjaya tidak semudah teori yang kita baca.
Sebaliknya kejayaan adalah pakej kegagalan, kepayahan, derita dan air mata. Semua ini menjadi adunan emosi paling indah yang pernah saya rasai sebagai blogger sejak tahun 2009 lagi.
Untuk tahun 2019 saya telah mengubah beberapa elemen blog ini.
Theme juga berubah dengan menampilkan lebih banyak pilihan artikel untuk pembaca. Tagline kekal menjadi “ Himpunan Jurnal Digital “
Saya menulis apa yang terbuku dihati. Saya menulis apa yang terlintas minda. Tidak terlalu serius dan tidak terlalu santai.
Apa yang saya inginkan ialah skil penulisan yang lebih baik dari hari ke sehari.
Sekali sekala saya akan fokus kepada penulisan SEO. Mungkin juga berunsur copywriting.Itu terpulang kepada keperluan dan permintaan.
Cabaran utama blogger sebagaimana blogger yang lain adalah menarik perhatian pembaca untuk membaca blog.
Mereka lebih di media sosial dan kurang di platform blog melainkan ada unsur-unsur sensasi. Atas sebab demikian memang sukar blogger mencari makan tanpa sokongan media sosial.
Tambahan pula algoritma SEO Google sentiasa berubah setiap tahun. Bertambah lagi cabaran untuk blogger bermain kata kunci pilihan ramai.
Sejajar dengan perkembangan tersebut saya terpaksa mengubah kandungan blog agar lebih user experience, unik kontent dan SEO friendly. Artikel lama akan saya kemaskini dan segarkan semula dengan elemen kontemporari.
Akhir kata semoga blog ini memberi manfaat kepada pembaca dan diberi pahala oleh Allah SWT kepada saya sebagai usaha dakwah yang termampu saya lakukan.
[Edisi kemas kini 18/11/2019]
[Edisi kemas kini 18/11/23]