Siapa Mrhanafi Sebenarnya ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minta izin terlebih dahulu untuk sesi perkenalan bagi yang pertama kali. Nama rasmi saya ialah Mohd Hanafi Abdullah.

Dalam dunia online saya suka dikenali sebagai mrhanafi atau Hanafi Power dan merupakan admin blog ini secara tunggal. Istilah lainnya pengasas blog ini sejak tahun 2015 lagi.

Saya merupakan seorang mualaf yang berketurunan Melanau dari daerah Dalat. Tidak jauh dari bandar Mukah. Kini menetap di Kuching, Sarawak.

Sebelum Islam nama saya ialah Ngapi Bin Ngapa. Wah..nama yang unik dan pelik.

Blogger adalah pekerjaan yang sangat saya diminati. Menjadi blogger membolehkan saya menulis dan berkongsi manfaat kepada pembaca sebagai cara untuk memulia dan membahagiakan orang lain.

Mrhanafi

Zaman Covid-19

 

Masa travlel ke kampung

Sebelum ini saya pernah bekerja selama 20 tahun dipelbagai syarikat kecil,besar dan multinasional dengan pelbagai jawatan.

Kini saya  menjadi penulis blog peribadi dan content creator untuk organisasi media yang terkemuka di Sarawak

Untuk pengetahuan semua, saya menceburi dunia blogger sejak tahun 2009 lagi tetapi mula menulis blog secara aktif pada penghujung tahun 2012 sehinggalah ke hari ini.

Blog ini sudah diremove Google

http://mypowerfulnetwork.blogspot.com/

Ada banyak blog telah saya bina namun cuma satu blog sahaja yang saya benar-benar fokus  iaitu blog ini

Kelebihan saya suka bercerita. Orang lain pun boleh bercerita. Namun perbezaan saya dengan orang lain ialah saya bercerita menggunakan penulisan dalam blog.

Namun kelebihan tiada maknanya kalau tiada pembaca yang sudi membaca penulisan saya.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca kerana sudi singgah di blog ini.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi berkenalan dan jadi sahabat maya anda.

Ketika bertugas di rumah

 

Gambar terbaharu 2021
Tahun 2019
mrhanafi aka Mohd Hanafi Abdullah. Tahun 2017

 

Gambar 2019
Tahun 2024

38 thoughts on “Siapa Mrhanafi Sebenarnya ?”

    • terima kasih…

      nak kata menarik..ada lagi blog orang lain yang lebih menarik..

      cuma pendekatan saya kepada ringkas tetapi panjang berjela hahahaha

      Reply
  1. Assalaamualaikum.
    Saya baru mengenali tuan dari cerita kawan saya.
    Diharap tuan share la lagi motivation talk dlm blog, ya.
    Semoga sukses selalu.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge