Aspirasi Jurnal Digital

Blog ini bercerita tentang kehidupan. Pahit manis dan suka duka. Namun memaparkan unsur-unsur kemanusiaan untuk menjadi pedoman,inspirasi, aspirasi dan pengajaran.

Yang baik diteladani manakala yang buruk dijadikan batas sempadan.

Untuk pengetahuan semua blog ini berevolusi sejak 2015 lagi. Pelbagai tagline, niche, theme dan gaya telah saya guna. Namun titik kejayaan dalam perjalanan.

Saya percaya dan yakin bahawa untuk berjaya tidak semudah teori yang kita baca.

Sebaliknya kejayaan adalah pakej kegagalan, kepayahan, derita dan air mata.

Semua ini menjadi adunan emosi paling indah yang pernah saya rasai sebagai blogger sejak tahun 2009 lagi.

Untuk tahun 2019 saya telah mengubah beberapa elemen blog ini.

senarai blogger Malaysia

Theme juga berubah dengan menampilkan lebih banyak pilihan artikel untuk pembaca.

Tagline terkini ialah Aspirasi Jurnal digital

Aspirasi Jurnal Digital merujuk kepada cita-cita, matlamat, atau tujuan yang ingin dicapai melalui penerbitan atau penyusunan kandungan dalam bentuk jurnal yang tersedia secara digital.

Ia membawa beberapa maksud utama:

  1. Platform Pengetahuan
    • Menyediakan ruang untuk menyimpan, berkongsi, dan menyebarkan ilmu pengetahuan, pengalaman, atau cerita dalam format digital yang mudah diakses.
  2. Inovasi Dalam Penulisan
    • Menggalakkan kreativiti dalam penulisan jurnal melalui pendekatan moden, seperti penggunaan multimedia, interaktiviti, atau gaya penyampaian yang menarik.
  3. Inspirasi untuk Komuniti
    • Menjadi sumber ilham bagi pembaca untuk meneroka idea baharu, memahami perspektif berbeza, atau mempelajari sesuatu yang bermakna melalui kandungan yang diterbitkan.
  4. Pendigitalan kenangan lalu
    • Memelihara kenangan penting secara digital untuk memastikan ia dapat diakses oleh generasi masa depan tanpa batasan fizikal.
  5. Pengiktirafan Global
    • Mencapai lebih ramai pembaca di peringkat antarabangsa kerana jurnal digital boleh diakses tanpa halangan geografi.

Pendek kata, Aspirasi Jurnal Digital adalah usaha untuk menjadikan penulisan dan perkongsian maklumat lebih relevan, berkesan, dan mudah diakses dalam era teknologi.

Saya menulis apa yang terbuku di hati. Saya menulis apa yang terlintas minda.

Tidak terlalu serius dan sudah semestiya sangat santai. Apa yang  saya inginkan ialah skil penulisan yang lebih baik dari hari ke sehari.

Sekali sekala saya akan fokus kepada penulisan SEO. Mungkin juga berunsur copywriting.

Itu terpulang kepada keperluan dan permintaan.

Cabaran utama blogger sebagaimana blogger yang lain adalah menarik perhatian pembaca untuk membaca blog.

Mereka lebih di media sosial dan kurang di platform blog melainkan ada unsur-unsur sensasi. Atas sebab demikian memang sukar blogger mencari makan tanpa sokongan media sosial.

Tambahan pula algoritma SEO  Google sentiasa berubah setiap tahun. Bertambah lagi cabaran untuk blogger bermain kata kunci pilihan ramai.

Sejajar dengan perkembangan tersebut saya terpaksa mengubah kandungan blog agar lebih user experience, unik kontent dan SEO friendly.

Artikel lama akan saya kemas kini dan segarkan semula dengan elemen kontemporari.

Logo blog ini juga saya tukar kepada yang baharu dengan menyertakan beberapa maksud dan makna.

mrhanafi
Logo lama ini dicipta oleh Bro Ishak Hasimi pada tahun 2017 ( kalau tidak silap)

Aspirasi Jurnal Digital

 

Logo yang ditunjukkan menggambarkan bentuk tiga dimensi dengan unsur warna biru.

Secara umum, logo seperti ini sering kali melambangkan konsep moden, inovasi, dan kecanggihan.

Bentuk kubus dan lapisan yang berbeza boleh mewakili kestabilan, pertumbuhan, dan pelbagai lapisan dalam duna penulisan digital.

Berikut adalah beberapa makna  dalam logo tersebut:

Kestabilan: Bentuk kubus sering kali dihubungkan dengan kestabilan dan kekuatan.

Inovasi: Penggunaan warna biru dan elemen tiga dimensi menunjukkan pendekatan yang inovatif dan futuristik.

Keterhubungan: Lapisan yang berbeza mungkin melambangkan hubungan antara pelbagai aspek atau perkhidmatan dalam blogging.

Kecanggihan: Reka bentuk yang minimalis dan bersih memberikan kesan moden dan profesional.

Akhir kata semoga blog ini memberi manfaat kepada pembaca dan diberi pahala oleh Allah SWT kepada saya sebagai usaha dakwah yang termampu saya lakukan.

  • kemas kini 18/11/2019
  • kemas kini 18/11/23
  • kemass kini 14/12/24
  • kemas kini 22/12/24