Sejak Selasa dan hari Rabu saya sibuk. Pada 8 September pula saya sibuk dengan berita tergempar helikopter perkhidmatan doktor udara yang terhempas di Long Lellang.
Sebagai orang media memang wajar sibuk kerana kami menjadi sumber maklumat kepada masyarakat.
Seramai lima maut dalam kejadian tersebut melibatkan juruterbang, pegawai perubatan, pembantu perubatan dan dua jururawat.
Pada hari tersebut saya lambat tidur dan paginya saya perlu bangun untuk menghadiri kursus AI dalam bilik berita kendalian Ts. Syahrul Nizam Junaini, seorang pensyarah di Unimas.
Bersyukur juga dapat belajar perkara baru terutama mengenali dan mengendali applikasi AI seperti Claude AI, Lovable.app, Eleven Lab dan pelbagai lagi.
Dapat juga kenal apa itu Carousel.
Dengan menggunakan Lovable.app saya berjaya mencipta mini app kira duit harian dan app editor berita.
Sesiapa yang berminat boleh saja guna hasil app yang saya buat di https://kiraduitsendiri.lovable.app/
Sekiranya nak belajar buat app lain boleh guna link ini : https://lovable.dev/invite/YAAEYTT
Cuma agak terkilan kerana talian internet terlalu perlahan semalam dan hanya berpeluang saya terbitkan konten pada hari ini.
Untuk video TikTok boleh layan visual di bawah:
@code007aiSiri 090926 Bersyukur dengan apa yang ada.♬ original sound – CODE007
saya simpan sampah gula-gula dan tiket bus saya dalam bag setiap hari, lepas tu lupa nak buang. Ahaksss…
Benda-benda yang bersifat kering…ok lagi
lebih baik tidak membuang merata-rata.
Setuju sangat, sentiasa ada hikmah dan sebab untuk kita bersyukur dalam apa jua keadaan. Syabas atas perkongsian dan ilmu aplikasi AI yang bermanfaat ini!
sama-sama.
Inshaa Allah akan terus berkongsi apa-apa lagi berkaitan dengan aplikasi AI lepas ini.
media pun dah ada training untuk penggunaan AI ye. tak lama lagi banyak la karya yang menggunakan AI dari team media pula
Betul.
AI umpama tool. Kalau tak guna macam kerugiaan dan ketinggalan.
Tapi perlu berhati-hati dan jangan bergantung 100 peratus kepada AI.
Tragedi yang menyayat hati, perginya mereka dlm melaksanakan amanah yang diberi. Takziah utk seluruh keluarga mereka.
Tahniah tuan, banyak ilmu dapat dan berjaya juga cipta apps sendiri.
Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian demikian.
berar juga tu dan itulah tragedi begini tidak akan kenal sesiapa.