Sebelum saya ke topik berkaitan video TikTok, saya ingin berkongsi cerita berkaitan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini.
Kadar IPU kini memang pada sangat tidak sihat di Kota Samarahan.
Bahkan beberapa hari lepas IPU di Serian pula mencecah atas 500 iaitu kategori bahaya sehingga terpaksa diisytihar darurat selama beberapa hari.
Menurut ustaz yang menyampai kuliah maghrib tadi, mengajak kami melihat isu jerebu melalui kaca mata orang Islam.
Jerebu boleh disifatkan sebagai musibah yang berbentuk ujian kepada orang beriman, peringatan kepada orang musyrik dan azab kepada orang kafir.
Saya tidak ulas lanjut perkara tersebut kerana saya cuba untuk berkongsi juga dengan empat perkara yang kita tidak sedari nikmat tersebut.
Itupun ustaz kongsi pandangan seorang ulama yang saya tidak ingat namanya.
Kita sedar nikmat muda setelah tua, nikmat sihat setelah sakit, nikmat aman setelah kacau bilau dan nikmat masa hidup setelah merasai mati.
Berbalik kepada video TikTok saya hari ini.
Ia berkaitan cerita kehidupan kita sendiri.
Jangan peduli perkara yang sudah pergi tetapi perbaiki diri agar pengakhiran hidup dapat husnul khatimah.
@code007aiSiri 070926 Teruskan bercerita kerana ia mungkin cerita terbaik yang pernah kita hasilkan.
Di tempat kami jerebu yg bacaan IPU-nya tak sampai 200 pun dah rasa rimas & lemas, macamanalah keadaan di sana yg IPU-nya 500. Semoga baik-baik saja utk semua.
Sekarang sudah semakin ok
saya cuma lihat dalam video yang IPU 500.
memang penglihatan amat terhad
buang yang keruh ambil yang jernih, gitulah konsepnya. Buang sikit demi sedikit perangai yang bukan-bukan tu dan gantikan dengan yang baik-baik je. Slowly but surely.
Itulah yang sebaiknya…moga kita dapat amalkan segera dalam kehidupan ini.
Peringatan tentang 4 nikmat (muda, sihat, aman, hidup) tu memang mendalam betul. Kadang-kadang bila dah hilang baru kita hargai. Terima kasih atas perkongsian ringkas tapi penuh pengajaran ini
itulah perkara yang selalu kita alpa dan buat-buat lupa.
bukan mudah untuk terus istiqamah ingat perkara ini.