Kisah Istighfar 1000 Kali [Kes Benar]

Kisah istighfar 1000 kali  yang saya sendiri lakukan. Tak susah pun. Sapa sapa pun boleh buat. Yang penting hati ikhlas. Bukan kerana riak untuk manusia tetapi hanya kerana Allah.

Tapi yang engkau tulis dalam blog sebab apa?

Sebab saya nak buat kes studi atau kes benar. Kalau tidak, bagus buat diam-diam. Biarlah saya  senang, kaya dan mewah sorang-sorang.

Tapi saya bukan orang macam tulah.

Nawaitu saya supaya orang lain dapat sumber inspirasi. Ada dorongan dan semangat untuk melakukan bacaan istighfar.

Lagipun saya seorang blogger dan ada kemudahan untuk menulis dan menerbitkan sesuatu amalan yang baik untuk diteladani orang lain.

Kisah Istighfar 1000 kali [Kes Benar]

Kisah Istighfar 1000 Kali

Itu sahaja.

Soal rezeki bukan manusia yang kurniakan. Urusan rezeki terletak pada Allah SWT terhadap hambaNya.

Alhamdulillah.

Saya berjaya mengucapkan istighfar  seusai sunat dhuha. Tak lama pun. Tak ganggu waktu bekerja. Orang bisnes amat digalakan untuk buat.

WAJIB BACA :   Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat...semudah itu

Lagi ramai lagi bagus. Bisnes lebih maju. Mudah mudahan boleh menjadi satu Kisah Istighfar 1000 kali.

Percayalah.

kisah istighfar 100 kali

Tentu ramai juga yang dah tahu kafiat serta cerita keajaiban istighfar.

Dari nas Al Quran  :

Yang artinya: “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai- sungai”. (QS.Nuh : 10-12).

Ada dalil dari hadis :

Barangsiapa memperbanyak istighfar niscaya Allah menjadikan untuk tiap kesedihannya jalan keluar dan untuk tiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki dari arah yg tiada disangka-sangka.” (HR Abu Dawud)

Amalan para ulamak :

WAJIB BACA :   Percayalah buat baik dibalas baik...tak percaya buat sahaja

Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, jika beliau sedang mendapat masalah yang cukup berat, solusinya adalah dengan memperbanyak istighfar.

“Jika masalah yang saya hadapi mengalami kebuntuan (sulit menemukan solusinya), saya beristighfar kepada Allah sebanyak 100o kali. Allah pun memberi saya jalan keluarnya.”

Itulah pengakuan dari seorang ulama besar yang menjadi guru dari Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Apa-apa artikel yang saya baca dalam blog adalah bersandarkan cerita dan pengalaman orang lain.

Namun dalam artikel ini, saya sendiri menjadi bahan ujikaji. Saya buat langkah demi langkah dan kemaskinikan hasilnya dalam blog ini.

Kesan segera yang saya dapat dari istighfar ialah hati tenang, jiwa damai dan tenteram hati. Selain istighfar boleh ditambah dengan amalan berselawat sebagaimana anjuran dalam blog Jom Berselawat

Kisah Istighfar 1000 kali

Kisah Istighfar 1000 Kali

Malah tidak sangka-sangka saya terbuka pintu hati dan dapat peluang untuk menjana duit dalam blog ini.

WAJIB BACA :   Habib Umar Hafiz hadir di Sarawak

Berita baik dan wajib saya syukuri!.Belum dapat duit dah bersyukur

Ok la.

Saya kongsikan dua bacaan Istighfar dan maknanya.

1.ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM

[aku mohon apun kepada Allah yang maha besar ]

2.ASTAGHFIRULLAHAL ADZIM  ALLADZII LAA ILAAHA ILLAHUWAL HAYYUL QOYYUM WA ATUUBU ILAHI

[Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar, yang tidak ada Tuhan selain Dia yang hidup dan berdiri sendiri dan aku mohon ampun padaNya ]

Penutupnya:

Membaca dan mengamalkan istighfar tidak susah. Boleh dilakukan secara santai dan rilek-rilek.

Namun tidak usahlah mengharap kesan segera.

Takut nanti beramal tidak ikhlas.

Betulkan.

Tahniah kerana berjaya membaca kisah Istighfar 1000 kalihingga ke perenggan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

  • kemas kini 1/11/ 20
  • kemas kini 24/5/22
  • Kemas kini 28/5/23

Comments 22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge