Senarai Blogger Malaysia Yang Mempunyai Gaya Penulisan Hebat

Sewaktu membelek sijil akademik lama,saya terkesima seketika.Saya jumpa sesuatu.Paduhal Gred purata bahasa Melayu saya dalam SRP (sekarang PT3) cuma Aggregat 3 sahaja.Bukan score 1 atau A.Tak hebat sangat pun.

Aduhai cerita lama.

Tak hairanlah penulisan blog saya kurang menyengat dan mempersona.Mungkin itu puncanya.

Lantas saya mendapat ilham untuk terus menulis blog berkaitan gaya penulisan.Saya teringat ada blogger yang mempunyai gaya penulisan yang terbaik dan hebat

Ada ramai lagi.

Namun ada senarai blogger Malaysia telah melekat dalam minda saya.Sekiranya ada blogger yang tidak tersenarai tidak bermakna anda kurang hebat.

Maafkan saya.Lagipun penulisan ini tidak membodek sapa-sapa kerana saya tahu saya cuma blogger yang masih hingusan kerana macam nak demam. (nasib baik tak meleleh-leleh)

Soal bakat dan seni menulis blog memang unik.Yang tak unik jika guna Formula Salin dan Tampal.Kalau Formula Income Seumur Hidup dah lari topik.

Tak nak bebel lagi.

Kita terus sahaja kepada senarai blogger Malaysia yang saya kagumi penulisan mereka.Kalau ada pembaca yang belum kenal, boleh la tinjau-tinjau blog mereka.

Mungkin ada pembaca akan mengiya sambil angguk kepala.Mungkin juga ada pembaca akan geleng kepala jika tidak setuju dengan apa yang saya katakan terhadap mereka.

Ingat satu perkata nie.

Setiap orang ada keunikan tersendiri dan pandangan yang berbeza.Pada saya memang menarik tetapi untuk pembaca lain mungkin kita berbeda pandangan.Untuk itu saya mohon maaf.Tak cukup jari tangan maka jari kaki saya sertakan.

WAJIB BACA :   Perbaharui hosting dan domain blog di NetKL Network

senarai blogger malaysia

Senarai Blogger Malaysia

1.Hasrul Hassan

Beliau merupakan blogger yang tidak asing lagi.Namanya harum semerbak di Malaysia.Penulisannya amat mantap dan berkualiti tinggi.Baca sekali maka kita akan faham berkali kali.Bukti penulisannya boleh diperolehi dalam Hasrul Hassan Dot Com.

2.Khir Khalid

Seorang blogger yang kebolehan menulis dwibahasa,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Baca betul-betul.Bukan dwi jantina.Penulisannya amat ilmiah dengan susunan ayat yang betul dan tata bahasa yang tepat.Artikel blognya seperti jurnal kajian tesis.Jika belum baca blog Khir Khalid Dot Com saya berani katakan anda belum awesome lagi.

3.Mohd  Shubhi

Penulis blog Hidup Ringkas Dot Com ini merupakan usahawan.Pembaca blognya mestilah mereka yang berminda bisnes.Penulisan blog banyak berkisar kepada pengalaman hidup sebagai usahawan dan kehidupan itu sendiri.Ideanya memang hebat dan boleh diterima pakai

4.Kamil Salleh

Blogger serba boleh.Beliau menulis artikel dengan kemas dan teliti dalam blog Sensasi 2020 Dot Com.Sekarang dah jadi tauke nasi lemak pandan Mieeza dan nasi kerabu asli Kelantan.Sungguhpun demikian semangatnya dalam dunia blogger masih panas membara.Saya berterima kasih kepada beliau kerana sudi menjadi pengasas bersama dalam penubuhan Group Whatsapp Best Blogger Network.[BBN]

5.Adam

Entah mengapa saya suka membaca tulisan blogger Adam dalam blog Biar Lembu Yang Jadi Lembu.Bahasa dan ayat yang digunakan memang tepat dan jelas.Tulis sahaja berapa panjang blognya, saya tetap akan baca terutama cerita Maiko.Ternyata cerita Maiko ini mengujakan dan menyegarkan minda yang keletihan bekerja seharian.

WAJIB BACA :   Daftar Blog Untuk Kembali Blogging

6.Adzril

Sejujurnya saya perasan beliau memang blogger yang ada pakej menjadi model.Ada rupa dan penampilan yang boleh menyebabkan anak gadis bisa tergoda.Rupa-rupanya penulisan blog beliau yang tidak kurang hebatnya.Baca pasti faham dan tak jemu pulak tu.Bakat penulisannya saya akui semulajadi.Nak tahu sendiri bacalah blog Adzril Dot Com.

7.Anuar Marsib

Penulisan blog Coretan Anuar Dot Com boleh tahan.Beliau mampu mengupas sesuatu perkara dengan lengkap dan tepat.Saya belum mampu melakukan apa beliau tulis.Itulah kelebihan beliau.Kini sangat sibuk dengan bisnes Pak Ya Homestay di Perak.Pernah datang Sarawak tetapi belum pernah berjumpa saya secara langsung.Macam la saya orang penting sangat hehehe.

8.Wan Yusof

Baru-baru ini sahaja saya kenal beliau.Hebat menulis dalam blog Wan Yusof Dot Com yang bernichekan SEO dan konten marketing.Gaya bahasa santai dan menarik.Saya boleh baca kontennya berkali-kali tanpa bosan.Malah saya seronok sebarkan apa yang beliau tulis baik dalam blog maupun Facebook.

9.Wak 3 lalat

Saya masih misteri dengan identiti blogger 3 Lalat.Dah pening lalat pun ada.Namun saya cukup suka penulisannya yang sangat santai.Kadang-kadang lawak hingga berciciran ingatan saya terhadap gadis manis bertudung merah.Saya cemburu dengan blogger yang tidak kisah tentang SEO tetapi mempersembahkan artikel yang santai yang bermakna dalam jiwa.

10.Wanwiget

Dah lama juga saya mengenali Wanwiget secara maya.Penulisannya santai tetapi berinfomasi.Saya suka penulisannya dalam blog Myrujukan Dot Com.Bahasa yang digunakan senang difahami dan seronok dibaca.Beliau antara blogger yang banyak blog.Semoga beliau terus sukses dalam dunia blogger.

WAJIB BACA :   Lelaki Kiriman Tuhan sebagai tagline blog

11.Mungkin anda adalah blogger yang saya cari?

Saya akan kemaskini konten ini dari semasa ke semasa.Jadi saya buka peluang kepada blogger yang ingin berada dalam senarai blogger Malaysia tersebut boleh la menulis komen yang kreatif dan menarik.Saya tertarik maka saya akan masukkan anda dalam konten ini.Apa lagi jom la komen sekarang dengan hati riang gembira.

Penutup belum berakhir secara hakiki

senarai blogger Malaysia

Mungkin ada yang tertanya apa hal semua senarai blogger kaum Adam?

Mana pulak perginya blogger kaum Hawa?

Izinkan saya senyum dulu.Bagi saya tarik nafas cari ketenangan.Sejujurnya saya nak buat dua kategori.Blogger lelaki dan blogger wanita secara berasingan.

Pada saat akhir saya ubah fikiran.Saya nak buat satu artikel sahaja dan kemaskini dari masa ke semasa.Oleh itu saya akan sumbatkan dua kategori tersebut dalam satu artikel ini.Setakat ini senarai blogger wanita belum saya tunjukkan.

Jangan risau saya simpan kejap dalam minda dan biarkan kembang mekar dalam taman hati ini.

Ok la.Itu sahaja.Saya pun nak menyibukkan diri untuk Projek Buat Duit Dalam USD

Tahniah kerana berjaya membaca sampai ke perenggan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Sebelum itu, saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan penuh keikhlasan.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

83 thoughts on “Senarai Blogger Malaysia Yang Mempunyai Gaya Penulisan Hebat”

    • jangan malu tuan..

      saya buat pun bukan dengan serkap jarang..saya baca blog tuan dah lama dan kita pun tahu siapa diri kita (dah berumur dan berpunya)

      Reply
  1. Terima kasih kerana menulis artikel ini.Ramai yang saya baru tahu kehebatan dan niche blogger- blogger tersebut.

    Reply
  2. Terdiam seketika bila mana, nama saya tersenarai. Saya tulis pun dari pengalaman semasa bersekolah.

    Apa yang penting, setiap perenggang ada isinya. Lain isi lain perenggangnya. Itulah yang saya tahu.

    Selepas itu ada penutupnya.

    P/S: Terima kasih Mr Hanafi menyenaraikan nama saya sebagai salah seorang blogger yang penulisannya baik.

    Tuan pun apa kurangnya?

    Apa yang menjadi kita penulis yang hebat adalah kerana kita banyak membaca. “Membaca Dapat Menambahkan ilmu Di Dada”. Itulah peribahasa yang biasa kita dengar.

    Reply
    • wow..panjang komen dan komen ini menyerlah kewibawaaan tuan sebagai penulis hebat..

      saya mempunyai skil penulisan sendiri..tak kisah ada perengga atau tidak..

      apapun terima kasih tuan Kamil kerana sudi berkongsi pandangan

      Reply
  3. jadi penasaran saya ingin mengunjungi blog – blog tersebut. Jujur saja saya dari indonesia belum begitu kenal dengan blog – blog tersebut meskipun sangat terkenal di malaysia.

    betul manusia itu memiliki keunikan tersendiri.

    Reply
  4. tahniah mereka blogger hebat…saya masih tak sempat nak jengah blog2 yg lain selain bro HH, Adam, Kamil..nanti esok2 sy jengah nak tengok dan mungkin boleh implement kat blog sy juga nanti..

    Reply
  5. Ada blog yang saya tak pernah baca..Tapi dalam senarai tu saya paling suka baca blog Bro Kamil dan bro HH.. Boleh buat guru diaorang berdua ni. Diaorang punya skill menulis memang best..Tapi blog ni pun best jugak..kalau tidak , tak la saya singgah ni..hehehe

    Reply
    • ye ke..

      saya faham bukan senang nak dapat peminat nie.

      maksud saya minat artikel blog dan bukannya minat orangnya

      saya nie siapa lah yang minat orangnya

      hehehehe

      Reply
  6. Semua yang tersenarai hebat2 belaka… Memula baca tu, tertanya-tanya jugak apesal lelaki jer… Tak sabar nak tunggu senarai tulang rusuk nih… Tahniah kepada semua yang tersenarai… Ada kelapangan nak pie skodeng sat…

    Reply
  7. semua yang tersenarai mmg ikon blogger malaysia itu. GV jadikan mereka sumber rujukan untuk blogger baru macam GV. Mr Hanafi pun sumber rujukan blog untuk GV juga. hihi. 😀 😀 😀

    Reply
  8. salam n thanks bro mrhanafi krn sudi baca n senarai blog mrapu wak yg biasa2 aje tuu., mcm wak ckpla kann, blog bukanlah hakmilik kekal sbb tu wak x kisah pon psl SEO bagaii,, timekaseh skali lg.,

    btw., wak pon keliru gak ni saper ‘gadis manis tudung merah’ tuu? salah blog ke ape?

    Reply
    • wsalam wak..

      sama-sama dan gadis manis bertudung merah adalah sideline..lebih kurang macam pick up line..

      sudah semsetinya tidak berkaitan dengan blog sapa-sapa

      Reply
  9. Mempunyai gaya penulisan yang menarik dan digemari pembaca memang idaman setiap blogger. Rasenye itulah penghargaan terbesar bagi setiap blogger.

    Semua yang tersenarai ni memang hebat-hebat belaka. Banyak ilmu-ilmu yang telah dicurahkan dan banyak juga ilmu-ilmu yang saya ambil daripada mereka ni.

    Termasuklah blog tuan ni 🙂
    thehaikal recently posted…Cara Memilih dan Membeli SmartwatchMy Profile

    Reply
  10. Menulis di medium blog tidak sama dengan cara kita menulis di facebook. Kena ada inti yang sedap. Bersifat long term. Menulis di facebook hanya untuk kumpul crowd sahaja. Jika digabungkan kedua-duanya, makin mudah untuk terkenal di kedua-duanya

    Reply
    • betul tu..

      dalam masa yang sama boleh menjadi sumber rujukan kepada syarikat yang nak dapatkan perkhidmatan review mereka..

      saya tak sentuh pasal blog..tetapi fokus tentang penulisan

      Reply
  11. Memang mantop penulisan mereka ni. Insyallah Mira pun boleh juga, perlu banyak berlatih dan upgrade ilmu penulisan.. insyallah kita bisa melakukannya..

    Reply
  12. Sebenarnya saya dah baca tulisan tuan sebelumnya. Memandangkan blog biar lembu yang jadi lembu tersenarai, jadi saya diam je. Terima kasih atas pandangan tuan.Tuan

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge