Lelaki kiriman Tuhan merupakan tagline blog saya yang terbaharu. Saya menukar tagline yang dulunya cerita orang berjaya. Tiada alasan kukuh untuk saya berbuat demikian.
Saya tidak kisah kukuh atau tidak. Itu bukan persoalannya.
Saya akui juga saja-saja nak menukar kerana pertukaran ini tiada siapa pun peduli. Lagipun blog peribadi dan kita sendiri berhak untuk menukarnya bila-bila masa sahaja kita suka.
Betul tak ?
Table of Contents
Sebab memilih tagline Lelaki Kiriman Tuhan
Sebab 1 : Nama menarik
Saya secara peribadi mendapati tagline lelaki kiriman Tuhan memang menarik. Sebab itulah novel, drama,channel Youtube, ebook online dan sebagainya turut mengambil populariti Lelaki Kiriman Tuhan sebagai bahan konten mereka.
Asalnya frasa Lelaki Kiriman Tuhan merupakan sebuah drama yang amat popular. Sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari novel yang judulnya sama.Novel karya Umie Nadzimah memang meletup di pasaran. Apatah lagi sudah diangkat ke layar perak.
Info ini boleh anda rujuk di Wikipedia.
Saya sekadar mencuba tagline ini dan jika rasa sudah jemu boleh tukar yang lain pula. Demikian yang saya lakukan sejak dari dulu lagi ke atas blog saya ini.
Malah tagline Wanita Melayu Terakhir juga menarik sebenarnya dan saya memang tak layak untuk saya gunakannya kerana saya lelaki.
Dah nama mrhanafi dan bukan mrshanafi. hehehe
Sebab 2 : Maksud mendalam
Frasa “Lelaki” yakni saya tentu sesuai saya gunakan sebab saya lelaki. Lainlah saya berlainan jantina. Sebagai lelaki sangat matching pulak kerana hanya lelaki mengaku dirinya seorang lelaki.
Bukan kerana ego tetapi memang sudah ditakdirkan lahir sebagai seorang lelaki.
Frasa Kiriman Tuhan pula memang benar kerana kejadian kita ke muka bumi ini memang Allah utuskan sebagai hambaNya. Bukan setakat itu Allah mahukan hambaNya itu menjadi khalifah di muka Bumi.
Amanah ini berat.Sebab amanah sebagai khalifah ialah memakmurkan bumi dengan amal makruf dan amar mungkar. Apabila difikir mendalam rasa tidak layak kerana diri sendiri penuh dengan kerosakan akibat dosa-dosa bertali arus.
Andainya dosa lelaki ini tidak diampuni Allah maka tidak layak menduduki syurga di akhirat nanti. Mahu atau tidak mahu, sebagai lelaki kiriman Tuhan tentulah beribadah dan berdakwah adalah misi utama selagi nyawa di kandung badan.
Blog adalah medium dakwah yang mudah selain platform media sosial yang lainya.
Sebab 3: Carian tertinggi
Tentu cabaran besar untuk pemain SEO dalam meletakkan kata kunci ini berada di halaman utama Google. Tiada harapan terlalu tinggi.Lagipun saya tidak menjual barang secara terus menerusi blog.
Cuma untuk menguji sejauh mana kemampuan blog ini dan pengetahuan saya yang masih newbie dalam SEO. Jika dibuat pertandingan sekalipun ternyata tiada sesiapa boleh mendabik dada untuk kekal berada di tempat panas tersebut.
Carian Lelaki Kiriman Tuhan cukup tinggi sekitar 40k untuk sepanjang tahun ini. Bagaimanapun semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.Purata carian dalam 8k setiap bulan.
Namun begitu penggunaan keyword yang tinggi tetapi tidak serasi dengan kandungan konten tidak akan kemana juga. Robot di Google macam bijak je menilai penulisan kita.
Konten yang kosong fungsinya dan tidak banyak manfaat kepada user akan diletakkan pada halaman yang terbawah.
Jika tidak percaya boleh kaji sendiri dan saya selalu perhatikan teori ini seperti betul. Ternyata Google hanya mahu blog yang ada kualiti konten yang terbaik, unik dan bermanfaat sahaja layak berada di halaman utama.
Inilah cabaran utama bagi pemain SEO seluruh dunia sekarang ini. Penulis blog diminta untuk menulis dengan mendalam dan menghurai dengan jelas supaya memberi kepuasan kepada pencari maklumat.
Tip magnet rezeki juga sama. Jika kita Berjaya membahagiakan orang lain sama ada melalui pertuturan dan penulisan, tunggu sahaja kebanjiran dan limpahan rezeki kepada mereka berbuat demikian.
Penutup
Menurut Neil Patel jumlah blog yang ada di dunia adalah bersamaan dengan seorang manusia dengan 7 buah blog.
Kalau manusia berjumlah 7 billion maka berapa banyak pulak jumlah blog yang ada ? Saya tinggalkan soalan itu untuk dijawab dalam hati kerana saya sekarang hanya berbicara tagline blog saya yang terbaharu, Lelaki Kiriman Tuhan.
Semoga bermanfaat dan jom follow blog ini rapat-rapat sama ada melalui langgan emel maupun social media.
Kini tagline blog ini sudah diubah menjadi “Imagination Beyond Expectation”
- Kemas kini 14 Nov 2022
40k ++ banyak juga tu
kalau mampu boleh beat keyword tu..
mencabar dan best kalau berjaya
Sy suka sangat tag line Lelaki Kiriman Tuhan ni. Unik. lebih islamik. moga blog dgn tag line baru ni akan menarik lebih ramai pengunjung.. InsyaAllah…
aamiin dan terima kasih bagi sokongan moral
Lelaki kiriman Tuhan ini suka membantu 😁
ye ke bro ..
saya belum tengok lagi drama tu
wowww…nice! tagline baru dengan tanggungjawab baru!
sunah sakura recently posted…Sentiasa Berjaga-jaga Kalau ke Trickeye Museum Malaysia
terima kasih Sunah
in shaa Allah..
cuba nak menyelit unusr dakwah sikit
wah tagline baru nampaknya tuan =)
ya..bro
sekali-sekala untuk menukar angin
Lelaki Kiriman Tuhan yg hensem.. semoga terus sukses semuanya, aamiin.
Khir Khalid recently posted…Persidangan FinTech Syariah Koperasi 2019
yelah tu..
nasin baik bukan saya.
yang pasti tuan la tu
Terbaik tuan…tagline berbisa dan power…semoga dengan tagline baru bertambah aura tuan.amin…
Introducer account semasa company recently posted…New Approval of maybank business current account of EDAYU EMPIRE from kelantan.
sekadar mencuba sahaja untuk beat keyword..
bukan sesuatu yang tetap..
bisa berubah-ubah mengikut keperluan