Cerita Orang Berjaya

Cerita orang berjaya adalah tagline blog ini .Saya cuba menukar tagline yang baharu.Sebelumnya saya guna Cerita Ada Makna.Lama kelamaan hilang feel.

Sebelum terlambat saya tukar baharu.Tukar untuk mendapat kelainan.Yang lain cuba dikekalkan.Yang berubah cuma tagline.Jangan pulak keliru.Tidak ada kaitan dengan pickup line.

Saya cuba mengemaskini blog ini lebih kerap.Rugi tak utilize blog yang berbayar.Semoga saya ada kekuatan.

Lebih istiqamah.

Lebih bermotivasi.

Tolonglah rakan-rakan doakan.

Bagaimanapun konten blog masih kekal dengan konsep yang sedia ada.Ringkas dan mudah dibaca.

Itu penilaian saya sendiri.

Penilaian orang lain saya tidak tahu.

Blog ini saya akan tulis kisah sendiri.Misalnya kejayaan saya menulis ulasan buku bahasa Inggeris bertajuk “You Can Write Children’s Book‘.

WAJIB BACA :   Cuti 5 Hari Sudah Berakhir

Sebelum iniĀ  saya tidak pernah menyangka boleh membaca buku berbahasa Inggeris dengan kefahaman yang tinggi.Mungkin bahasa yang digunakan dalam buku tersebut mudah dan senang.

Percayalah.Kejayaan yang besar bermula dengan kejayaan kecil.Wajib disyukuri.

Selain itu saya akan tulis kisah orang lain.Mereka yang sudah berjaya.Mereka yang belum berjaya.Namun masih berjuang untuk berjaya.Kita belajar makna dan erti kejayaan mereka.Kisah-kisah begini akan dirangkum menjadi cerita orang berjaya.

Boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi.

Jika tidak, kita akan mudah lupa.Kita lupa matlamat dan misi unuk mengejar kejayaan.Biarlah kejayaan untuk di dunia dan akhirat.Bina fokus.Kosnsisten berusaha dan sebagainya.

Mudah-mudahan pembaca dapat manfaat.Sama juga kepada saya.Biar manfaat dirasai bersama.Kita nak hidup bahagia,gembira dan senang hati sentiasa.

WAJIB BACA :   Bayar Zakat Fitrah Di Pejabat Daerah Dalat

Jumpa lagi dalam coretan yang lain pula.Semoga kita semua beroleh kejayaan.Besar atau kecil.Paling penting juga terima kasih kerana sudi membaca.

Jom kongsikan blog cerita orang berjaya ini kepada rakan-rakan kita diluar sana.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge