Kisah Rumah Tangga Yang Mendebarkan

Kisah rumah tangga ini melibat hubungan suami isteri dalam bab masalah seksual.Saya kaitkan dengan permasalahan biasa ditemui.

Ya, masalah seksual jangan dipandang ringan.

Kesannya cukup hebat.Bukan kepada suami sahaja.

Sebaliknya kepada isteri juga.

Menurut buku tulisan Dr Mohd Ismail Tambi dalam buku Menjaga Kesihatan Seksual ada menyatakan beberapa masalah seksual biasa berlaku dalam rumah tangga.

Tidak kira pada pihak suami atau isteri.Masalah ini jika tidak diselesaikan dengan baik boleh mengundang mudarat.

Tidak bahagia.

Penceraian dan kecurangan bisa berlaku.

Inilah rencah-rencah yang selalu dalam kes rumah tangga.

Jarang dibicara.

Jarang didedahkan.

Sebelum saya berkongsi lebih lanjut lagi, saya mohon maaf.Akan ada beberapa istilah perubatan yang kurang enak baca.Mungkin juga memberi rasa kurang selesa kepada pembaca.

Maaf sekali lagi.

Masalah seksual lelaki

1.Suami terlalu cepat klimaks

Menurut kajian, tempoh terbaik untuk peneratif zakar ke dalam faraj adalah lebih dari lima minit.

Jika kurang bermakna cepat klimaks.

Isteri tidak puas.

Suami tewas awal.

Hubungan suami isteri jadi hambar.

Sebab utama zakar cepat klimaks ialah tidak dapat kawal rasa sensasi.Mungkin terlalu ghairah.Tidak sabar dan gopoh.Malah tabiat melancap turut mempengaruhi.

WAJIB BACA :   Padanan karekter pasangan penentu kebahagiaan

Penyelesaian boleh guna gel atau suplimen yang disarankan doktor.Sebaiknya jumpa doktor.

2.Zakar terlalu lambat pancut

Situasi ini berlawanan dengan perkara yang pertama tadi.Proses peneratif zakar ke faraj terlalu lama bukan sesuatu yang bagus.

Isteri sudah klimaks beberapa kali.

Suami belum lagi.

Perasaan tidak enjoy dalam hubungan tersebut tidak akan wujud.

3.Suami sudah mati pucuk

Bukan perkara baru.

Sebabnya kemasukan darah ke dalam liang otot zakar terganggu.

Tidak cukup darah walaupun nafsu berahi cukup tinggi.

Faktor umur kerana kekurangan hormon testoteron.Ada yang bersifat premier atau sekunder.

4.Saiz zakar terlalu kecil

Dalam istilah perubatan disebut micopenis.

Zakar dalam saiz tiga sentimeter.Namun rata-rata lelaki mempunyai saiz yang biasa berdasarkan keturunan.

Jika terlalu kecil beri persepsi kurang baik.

Suami kurang yakin.

Isteri kurang seronok.

Sungguhpun begitu ia adalah persepsi semata-mata.Dalam hubungan peneratif zakar-faraj seharusnya dapat berfungsi dengan baik.Selebihnya faktor psikologi.

5.Saiz zakar terlalu besar

Sering kita dihebahkan dengan iklan sensasi.

Isteri suka saiz besar.Ini pun satu provokasi untuk naikkan ego lelaki.

WAJIB BACA :   Tiada Perasaan Cinta Pada Suami [kemas kini 2022]

Tidak semua suka yang besar.Saiz sederhana tetapi prestasi terbaik sudah lebih dari cukup.

Timbul masalah apabila saiz zakar terlalu besar.Masalah bermula faraj isteri terlalu kecil.

Secara logiknya saiz faraj lebih kurang 12 sentimeter.Hanya proses stimulasi yang kurang menyebabkan peneratif zakar-faraj tidak berlangsung dengan baik.

KIsah rumah tangga

Masalah seksual wanita

1.Isteri level hiperseksual

Jarang kita dengar.

Namun memang ada.

Tahap seksual isteri sangat tinggi.Jika suami tidak sekufu dalam bab ini, akan berlaku kehancuran rumahtangga.

Boleh diatasi jika bersungguh-sungguh untuk berubah.Sebab aktiviti seksual yang berlebihan tidak baik.Gangguan kesihatan mental boleh berlalu.Mungkin juga selalu berlaku pencemaran ‘bunyi’ yang kurang sopan.

2.Faraj tiada aktiviti kemutan

Faraj isteri semasa hubungan peneratif harus ada genggaman dan cengkaman.

Istilah lain, kemutan.

Jika tiada kemutan, zakar suami tidak merasai kenikmatan dalam persetubuhan.Lama-kelamaan suami bosan.

Suami mungkin meninggalkan isteri.

Boleh diatasi dengan senaman kegel.Satu senaman yang boleh menguatkan corong faraj.

3.Faraj terlalu banyak air

Keadaan faraj yang terlalu berair tidak sesuai untuk aktiviti seksual.

Faraj lecak menyebabkan saluran terlalu licin.

Perjalanan masuk dan keluar mudah tergelincir.

WAJIB BACA :   Bagaimana buat rindu suamiku mengebu-gebu

Bila tergelincir rasa seronok akan berkurangan.

4.Faraj yang berbau busuk

Puncanya kerana gangguan daripada kuman.Faktor makanan seperti petai,tempoyak,jering dan sebagainya.

Kuman ini datangnya daripada teknik istinja yang salah.Kuman dari lubang najis merebak ke lubang faraj.Sebab itu semasa mencuci selepas buang air besar perlu berhati-hati.

5.Isteri alami mati putik

Ini istilah orang dulu dulu.

Mati putik seperti sama dengan mati pucuk.

Cuma mati putik merujuk kepada wanita atau isteri.

Isteri sudah tidak ada nafsu lagi untuk aktiviti seksual.Mereka tawar hati dan bosan dengan aktiviti tersebut.Punca kerana faktor psikologi dan kesihatan terganggu.Hormon semakin kurang.

Penyelesaian

Letakkan dalam fikiran.Setiap masalah ada penyelesaian.Jalan penyelesaian jumpa doctor.Itu yang terbaik.Biar pakar bagi saranan.

Selain itu kawal pemakanan.Jaga kesihatan dan elakkan makanan yang boleh memudharatkan kesihatan.

Komunikasi perlu antara suami dan isteri.Mungkin dalam keadaan yang lebih kronik perlukan sesi terapi melalui pakar kaunseling.

Penyelesaian yang paling ampuh minta doa kepada Allah.Ceritakan masalah kepada Allah dan minta petunjuk untuk menangani masalah tersebut.

Jangan biarkan kisah rumahtangga menjadi derita dalam diam untuk hidup kita.

8 thoughts on “Kisah Rumah Tangga Yang Mendebarkan”

Leave a comment

CommentLuv badge