Padanan karekter pasangan penentu kebahagiaan

Ini kisah di gim. Baru sahaja berlaku.

Ketika saya tengah mengangkat dumbel, kelihatan seorang ahli fitness tercari-cari sesuatu.

Saya tanya, “ cari apa bos?”

Bos adalah panggilan mesra sama seperti bro atau tuan.

Ahli fitness tadi tersenyum, seraya berkata,

“Saya cari dumbel 15kg. Tadi tak bawa cermin mata.”

Tanpa melengah masa, saya turut mencari bersama.

Terkial-kial juga sebab mata saya dua kali lima dengannya.

Kadar rabun semakin parah. Cuma saya tidak pakai cermin mata kerana kalau pakai nanti ketara pulak kehenseman.

Tidak lama selepas itu ahli fitness pun jumpa dumbel 15kg. Lega terlihat pada wajahnya.

Tiba-tiba ahli fitness menyapa,

WAJIB BACA :   Dua Jiwa Satu Cinta

“Terima kasih dik kerana tolong cari.”

“Tak ada apapun bos, kan bos sendiri yang jumpa tadi,” balas saya dengan mesra.

Apa yang menyebabkan saya tersentak kerana panggilan adik untuk saya. Bagus juga.

Sedangkan pada perkiraan saya, umur dia lebih muda. Paling tidak pun sebaya.

Teringat pulak saya dengan saranan bos sewaktu di pejabat pagi ini.

“Hanafi, kalau nak cari isteri, cari umur lingkungan 25 tahun hingga 35 tahun.”

Saya yang tengah ketawa terbahak-bahak mengiyakan saranan bos.

“Ok bos, nanti saya cari yang 35 years and below”, tergagap-gagap juga nak jawap.

Alasannya agar jangan dikawal isteri. Biar suami yang kawal isteri. Suami ketua keluarga.

WAJIB BACA :   Cara Cari Jodoh ( Bahagian 7)

Saya hanya mengangguk tanda faham. Saya tidak pertikaikan teori tersebut betul atau salah.

Cuma dalam pemahaman saya, keharmonian rumah tangga akan tercapai apabila pasangan suami isteri ada padanan karekter.

Jika belum ada ciri-ciri tersebut, cabaran besar menanti di hadapan. Besar kemungkinan jodoh tidak berpanjangan atau tidak menikmati kebahagian total.

Kebahagiaan rumah tangga wajib ada persefahaman sama ada dari segi komunikasi, cara berfikir dan sikap pasangan terbabit.

Rasanya itu lebih penting dari faktor umur dan tahap pendidikan.

Waima jenis beragama pun belum tentu cocok jika karekter terlalu berbeza.

Memang tepat dan benar Islam didik umatnya untuk cari pasangan hidup berdasarkan paras rupa, keturunan, harta dan agama. Siapa yang memilih agama sebagai keutamaannya maka beruntunglah dia.

WAJIB BACA :   4 punca keluarga tidak bahagia

Namun ada faktor lain juga yang menyumbang kepada keharmonian rumah tangga iaitu padanan karekter.

Misalnya orang yang panas baran bertemu dengan orang panas baran maka menjadilah gunung berapi.

Ataupun yang keras kepala dengan yang degil tahap gaban. Semuanya akan menjadi kucar-kacir sekiranya tidak berubah tabiat tersebut.

Oleh itu bukan soal masih muda atau sudah matang pada usia seseorang. Sebaliknya pada pilihan yang tepat pada masa yang tepat dalam pemilihan pasangan.

Selain dari ketentuan jodoh dari Allah SWT.

Wallahualam.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge