Penangan artikel cara cari jodoh menyebabkan saya tidak keruan.Cinta dan jodoh semakin menghampiri.Setiap detik begitu pantas.Setiap saat laju berlalu.Tidak terkejar rasanya.Jiwa semakin lara.Rindu kian membara.Hati berdebar sentiasa.
Cewah, konon-kononnya.
Saya nak kongsikan satu kisah rumahtangga.Kisah benar yang berlaku di depan mata.
Pada suatu pagi ketika mana saya menyiapkan tugas harian, saya terkejut.
Ada sepasang suami isteri tengah bertelingkah.Si suami panas baran.Si isteri diam kesabaran.Mereka bertengkar di kawasan terbuka dengan menghamburkan kata-kata kurang elok.
Saya yang mendengarnya rasa gelisah.Sakit hati dan terguris perasaan.
Bagaimana dengan si isteri berhadapan dengan si suami dalam keadaan sedemikian.Saya hanya mampu berdoa agar mereka berubah dan menjadi lebih baik suatu hari nanti.
Kita tinggalkan kisah rumahtangga.Kita kembali ke soal bicara cara cari jodoh dalam bahagian terakhir.
Cara Cari Jodoh
1.Cari sudut soleh atau solehah
Memang sangat beruntung jika bertemu bakal jodoh yang hatinya dekat dengan solat, tidak lekang dengan al Quran dan mulutnya sentiasa berzikir memuji Allah.
Namun jika ada bakal jodoh yang boleh dibentuk dan dibimbing untuk menjadi solehah pun boleh dipertimbangkan.
Peranan ini khusus kepada lelaki kerana tugas suami pasti mendidik isteri menjadi lebih baik dan lebih beriman.
Sekiranya sudah menemui sudut soleh dan solehah begini jangan tunggu lama-lama.Teruskan ke peringkat yang lebih serius.
Apa dia ?
Teruskan bacaan.
2.Melakukan lamaran tidak rasmi
Ini dinamakan merisik secara tidak rasmi.Pergi ke rumah bakal jodoh dan suruh orang tua saling berkenalan.
Jika berkenan teruskan untuk peringkat yang lebih serius.
Jika kurang berkenan biarlah setakat berkenalan dan saling bersilaturrahim sesama insan.
Tak salahpun. Baik lagi ada.
Apa yang baiknya ?
Terus sahaja baca tip berikutnya.
3.Melakukan lamaran secara rasmi
Cara cari jodoh paling utama adalah melamar secara rasmi.Wakilkan keluarga bertemu keluarga.
Bincang elok-elok dan tetapkan tarikh paling bersejarah untuk melangsungkan tarikh pernikahan dan walimah urus.
Fuh !
Sungguhpun begitu minta doa selalu agar segala perancangan dan jadual yang telah diatur berlangsung dengan sempurna.
Kesimpulan
Kini sudah lengkap 21 cara cari jodoh telah saya kongsikan untuk pembaca semua.
- Bahagian 1
- Bahagian 2
- Bahagian 3
- Bahagian 4
- Bahagian 5
- Bahagian 6
Bila sudah dapat jodoh hargai pasangan sepenuh hati.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana jodoh sudah tiba masanya.Diluar sana ramai lagi yang tengah mencari jodoh untuk pasangan sehidup semati mereka.
Ada yang jodohnya sekerat jalan dan ramai juga terus berkesudahan sehingga akhir hayat.
In shaa Allah.
Selamat berbahagia dan moga jodoh kekal hingga ke Jannah.
Aamiin.
p/s : Bacaan tambahan rujuk sahaja >>
Perkongsian yang sangat menarik tuan. Kalau dah jumpa jangan tunggu lama2 ☺️
hahahaha..
kalau saya sudah bertemu jodoh maknanya tip yang dikongsikan ini benar-benar power ..
in shaa Allah.
Semoga semua bertemu jodoh yang dikehendaki dan berbahagia. Hehehe
yeaslmn recently posted…Dugaan Dalam Tempoh Pertunangan
aamiin…
usaha tangga kejayaan.
hahahaha
Teruskan mencariii. Aminn.
Adam recently posted…3 Cara Buat Duit di Internet
hahhaha…
mencari selagi terdaya
Sesungguhnya Cinta pada Allah lah yg pling hakiki. Mama doakan semoga me hanafi bertemu contact sejati
Aamiin …
hahaha…manalah saya nak cari nie