Semenjak saya menulis artikel cara cari jodoh dari bahagian 1 lagi pelbagai keajaiban telah berlaku.Tak sangka juga dalam diam-diam saya dilamar orang tapi cuma dalam impian jelah.hehehe
Maafkan saya buat lawak murahan.Biarlah saya gelak dan senyum sendirian.
Baru baru ini saya menghantar anak pulang ke asrama sekolah agama.Dalam perjalanan kereta pula mengalami sedikit gangguan.Tayar kereta pancit dan terpaksa ditukar tepi jalan.Alhamdulillah selamat ditukar dan kami terus singgah di masjid yang berdekatan untuk solat Asar.
Habis solat saya ternampak tabung masjid.Macam biasa saya masukkan sedikit RM ( bukan nak menunjuk) sebagai amalan yang disusuli dengan doa.Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa saya dan mempermudahkan jodoh,rezeki dan sebagainya.
Itu kisah peribadi.Tak menarik.Malah tak penting pun.
Namun ada sesuatu yang amat penting untuk saya kongsikan dalam artikel ini iaitu sambungan kepada cara cari jodoh.Sekarang sudah masuk bahagian keenam.
Cara cara jodoh
1.Bersedekah banyak-banyak
Banyak mana nak bersedekah?
Itu terpulang kerana dalam soal sedekah tiada had jumlahnya.
Nak bagi sikit boleh.
Nak bagi banyak lagi boleh.
Yang tak boleh jangan tak bagi langsung.
Semasa bersedekah niatkan dalam hati kerana Allah dan sampaikan doa dengan bertawasul kepada amalan tersebut.
2.Buat siasatan secara terperinci
Point ini telah saya kongsikan dalam bahagian 5.
Namun saya ulangi lagi agar kita meletakkan ia sebagai keutamaan.
Siasat dengan siapa kita berkenan.Siasat betul-betul.
Adakah orang tersebut jujur dan serius ?
Adakah dia sudah berpunya sama ada suami orang atau isteri orang ?
Adakah orang tersebut ada masalah akhlak, mental atau aktiviti jenayah?
Letakkan dalam fikiran sentiasa berwaspada dan hati sentiasa mencurigai ( terutama baharu kenal )
Saya percaya sebelum terjebak lebih jauh, sebelum otak kurang waras akibat penangan cinta dan sebagainya maka siasat bakal jodoh dari segenap penjuru dan sisi.
Baharulah puas hati.Tak jadi tak apa.Allah sudah nampak kesungguhan kita untuk mencari jodoh.
Usahakan kepada orang seterusnya sehingga terjumpa jodoh yang kita hendaki.
3.Pilih yang kurang menonjol di media sosial
Sebab apa bro ?
Pasangan hidup yang terbaik wajib menjaga akhlak dan batas-batas hukum agama.
Semua orang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu bahawa media sosial melekakan.
Bagaimana hendak menjadi pasangan hidup terbaik jika dunia mereka obses dengan media sosial ?
Bukan bermakna tidak boleh langsung.Biarlah berpada-pada dan sesuai dengan keadaannya.
Untuk pencari jodoh sentiasa beringat media sosial adalah pintu kepada kebaikan.
Boleh jadi pintu kemaksiatan.Fungsinya sama seperti pisau.Nak potong sayur atau nak potong orang.
Percayalah ada kehidupan luar talian yang lebih baik dan lebih mengujakan untuk dinikmati.
Penutup
Cara cari jodoh yang saya kongsikan ini sentiasa kait mengait dengan satu sama lain.Jika belum faham boleh baca bahagian yang sebelumnya dan selepasnya.
Pada bahagian 7 nanti saya sertakan tip dan panduan yang terakhir.
Selepas itu tamat sudah dan saya berharap pembaca mengakhiri zaman bujang atau zaman solo dengan pasangan jodoh masing masing agar bahagia hingga ke Jannah.
Teruskan berdoa.Perbanyakkan usaha dan tawakal sahaja kepada Allah Yang Maha Esa.
Insha Allah ada jodoh dan berusaha pula dapatkan anak yang pintar cerdas
Lumayan banyak juga nih tips-nya, bisa jadi referensi..
ya…
ada 21 tips semuanya.
moga ia bermanfaat.
nah kata mas penulis jangan cari yg menonjol, tapi justru belakangan ini orang-orang malah nyari yg menonjol hehe
hahaha..betul tu.
masalah memang banyak berlaku di media sosial sekarang ini
setuju juga Pilih yang kurang menonjol di media sosial ye la kan takut juga masalah rumahtanggan dia share kat fb
itu yang bahayanya…
zaman media sosial macam -macam boleh berlaku
no 2 tu mmg setuju sangat, zmn skrg nih ramai yg berpura2, yg berlakon
masa bercinta bkn main baik, pijak semut tak mati,, tak kira la perempuan atau lelaki tp bila dh berkahwin mula la sikit2 tunjk belang… itu yg kene siasat betul2 tuh…
itulah masalahnya kalau bercinta tidak ada kejujuran…
cuma tunjukkan keburukan berbanding kebaikan..
jika orang masih berkenan memang jodoh kuat la tu
betul tuan..
memang ada dan susah nak tahu hahahaha
sebab mereka tidak menghebahkan diri mereka
p/s sedekah sikit2 pun x pe janji istiqamah 😉 bkn hari ni sedekah rm10 thn dpn RM20 heheeh
anies recently posted…Minuman tak ada nama
yang p/s tu ada makna …
saya faham dan in shaa Allah
Pilih yg kurang menonjol, setuju, berhati2 jgn pilih keyboard warrior sudah, blogger xpe. Hahaha.
yeaslmn recently posted…9 Ciri-ciri Diri Sudah Mencapai Kematangan
hahahaha…blogger wajib menjadikan media sosial sebagai makanan harian
kalau tak macam tu..orang tak tahu apa yang kita buat