Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca semua.
Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di blog ini.
Jika belum menjadi follower, saya berbesar hati mengajak pembaca untuk menyertai Mrhanafi Follower Club dengan saluran berikut.
- Fanpage FB >>Mrhanafi Dot Com
- Group Wasap >>Pembaca Blog Mrhanafi Dot Com
- Google Plus >> mrhanafi dot com
- Langganan emal >>Rujuk ruangan bawah sekali
Tanda Istri Sayang Suami
Tanda istri sayang suami mudah dikenalpasti.Ada beberapa petunjuk dan indikator untuk mengesan perkara tersebut.Sebab tanda isteri sayang suami tak pernah menipu dalam perkahwinan.
Jika tiada tanda tersebut,para suami hendaklah selalu kirimkan doa agar istri sayang sama suami.
Tujuan utama perkahwinan ialah menjaga kesucian dan kehormatan lelaki dan wanita dalam serba serbi.
Itu lumrah.
Lelaki suka perempuan pada yang itu. [sendiri mau faham]
Perempuan suka lelaki pada yang ini [sendiri mau faham ]
Yang pelik apabila sebaliknya.
Yang itu saya tak nak cakap banyak.
Untuk berkahwin senang sahaja.Syaratnya perlu mampu untuk menghantar wang hantaran.Paling tidakpun boleh menyediakan wang mas kahwin yang minimum.
Kalau ada.
Cuma jarang-jarang berlaku kerana dunia sekarang ‘no money no talk.’
Perkahwinan adalah komitmen seumur hidup.Susah dan senang wajib hadapi bersama-sama.
Berbalik kepada pokok perbincangan asal kita.
Saya sangat gembira untuk berkongsikan tanda istri sayang suami menurut buku Seni Bercinta & Memikat Lelaki.Buku ini hasil karya Tuan Khalid Al-Sayyid Abdul Al-‘Al
10 Tanda Yang Pasti
Berikut adalah 10 ciri istri sayang suami.
Ada kata pujangga,
“cinta yang terbaik ialah melihat kekurangan pasangannya sebagai pelengkap kepada kelebihan diri.”
Jom kita hayati bersama-sama tanda istri sayang sama suami:
1.Meletakkan kedudukan suami pada tempat tertinggi
Istri yang baik dan soleh faham perkara ini.Mereka faham bahawa keredhaan Allah letaknya pada redha seorang suami.
Mereka akan meminta izin dan meminta pandangan suami dalam serba sebi.Sebab mereka cintakan suami kerana Allah SWT.
2.Cinta hati seorang istri hanya untuk suami
Dalam hati istri tiada yang lain selain suami.Cinta untuk anak-anak dalam sudut lain dan tidak bercampur dengn cinta terhadap suami.
Tidak hairan seorang istri menjadi amat cemburu kepada suami jika mendapat tahu suaminya akan kahwin baru hahaha.
3.Suaminya unggul berbanding lelaki lain
Ini adalah bukti yang nyata istri sayang suami.
Mereka akan memaling muka dari melihat Fat Tah Ah Min atau Sa Ru Han.Dalam hati mereka hanya suami sendiri yang terbaik dan tiada seorang pun mampu menyainginya.
Cewah!
Agak-agak berapa ramai istri yang sanggup berbuat demikian ?
4.Menghormati suami dalam apa jua keadaan
Hormat suami bukan bermaksud takut kepada suami.Walaupun realiti sebenar ramai suami takut pada istri.hehehehe
Suara istri jangan melebihi suara suami ketika berbicara melainkan dalam keadaan terpaksa seperti minta tolong tatkala ular masuk rumah.
Saya tergurau la pulak.
5.Seolah-olah tidak mahu berjauhan dengan suami
Adanya suami di sisi, jiwa istri tenang.Kalau boleh saling bersama bagaikan belangkas atau merpati sejoli.
Realiti hari ini ada juga yang tak suka berkepit dengan suami.Alasanya bosan tengok muka suami yang kurang hensem perut buncet.isk..isk..isk
Yalahkan kalau ada suami yang ada kerja dari rumah.
6.Menyukai apa yang disukai suami.
Jika suami jenis kaki pancing maka istri pun mula suka memancing.
Jadilah mereka berdua kaki pancing yang romantis di tepi sungai penuh syahdu.So sweet la ..ada ke ?
Jangan pulak jadi —> kaki kencing.
Tak baik.
7.Mengutamakan kepentingan suami melebihi kepentingan sendiri
Saya ragu-ragu juga.Dalan kehidupan berumahtangga hari ini ada lagi tak istri sanggup melakukan semua ini.
Misalnya suami ingin berpoligami dan istri redha atas ketentuan takdirnya.
Dalam hatinya pasrah bahawa suami bahagia.
Istri lama bahagia dan istri baru pun bahagia.
Itulah dinamakan kebahagiaan berganda.
8.Menjaga kehormatan diri,suami,anak dan harta setiap masa.
Wanita yang sudah berkahwin berbeza dengan wanita yang masih bujang.Perbezaan utama dalam pergaulan dan tingkah laku.
Ini tidak bermakna kebebasan diri sudah tersekat kerana terpaksa tetapi atas kerelaan sendiri untuk jaga kehormatan sebagai istri.
Malah ada istri yang sanggup berhenti kerja makan gaji dan ceburi kerja sambilan di rumah semata-mata untuk urus rumahtangga dengan sempurna.
9.Mendahulukan keperluan batin suami dari segala-galanya
Jika suami berkehendak yang itu [ faham sendirilah ya ] isteri wajar memenuhinya dengan sedaya upaya yang ada.
Keperluan batin memang istimewa dan tiada tolok bandingnya.Ganjarannya pahala bukan alang-alang.
Andaikata suami rasa terpinggir dan kecewa jangan hairan cinta seorang suami akan beralih arah.
Namun istri yang cinta suami sudah pasti taat dan bersyukur kerana bersedia untuk keperluan batin tersebut.
10.Membenci apa yang dibenci oleh suami
Pendek kata sudah satu kepala dengan suami.Si suami benci kepada budaya membazir maka istri pun turut sama.
Sebab suami faham membazir adalah amalan syaitan dan benci kepada pembaziran adalah amalan mulia.
Jangan pula isteri suka membazir tatkala suami suka nak berjimat cermat.
Kesimpulan
Kebahagian suami istri adalah timbal balik.Tiada maknanya istri sahaja sayang suami ketat-ketat tetapi suami pula sayang kepada orang lain.
Bukan kepada pembaca blog ini tetapi kepada masyarakat di ufuk Timur .hahahaaha
Dalam erti kata lain tidak memghargai kasih sayang itu sendiri.
Kasih sayang suami istri hendaklah ikhlas kerana jika ditanya pasti suami-suami diluar sana akan kata,
“Siapa yang tidak sayangkan istri”
Suami pula wajar lebih bertanggungajawab dalam rumahtangga agar istri makin cinta.
Makin sayang,
Hari demi hari.
Ingat tu para istri [ macam ramai istri] bahawa tanda istri sayang suami akan diketahui pasangan sama ada cepat atau lambat.
Akhir kata terus bacaan ke artikel >>>Tahan Lama Beraksi Tanpa Kecundang
Alhamdulillah, jika kita setia dan bertanggungjawab dalam rumahtangga inshaAllah kesucian alam rumah tangga akan sentiasa terpelihara.
Haulia Razali recently posted…Promosi Shaklee November 2017
pandangan yang suci murni ..
saya setuju banget gitu mbak.
Lelaki suka perempuan pada yang itu. [sendiri mau faham]
Hahaaa…terus kesitu fikiran sy bro
Elih Japahar recently posted…Traveloka Bakal Mengadakan Flight Campaign – Make 11.11 Fly!
normal tu..
kalau tak buat apa mau kawen dengan pompuan..
bagus jadi best friend jak..
dapat nangga tapi sikpat mok molah apa-apa
hehehe
Yg ke 9 tu best.
hahahaha..
saya sokong tuan.
insaf mama baca ni.. ada yg perlu mama improve lagi bg membuktikan sayang mama pd en hubby ni
ruang perubahan masih ada selagi nyawa dikandung badan..
insha Allah kalian berdua akan dikurniakan sakinah,rahmah dan maudah hingga ke Jannah.
aamiin.
Alhamdulillah…tanda-tanda tu ada pada wifey saya.
syukur alhamdulillah…
bukan semua suami ada dianugerah istri yang ikhlas mencintai suami..
moga kalian berdua bahagia ’till jannah’
aamiin.
Perkahwinan ni memamng memerlukan kepercayaan dan pengorbanan sebab kita berkahwin bukan sebab mengejar kelebihan, tapi untuk saling melengkapi.
Setiap daripada kita ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Saling menutupi aib, menjaga maruah dan membahagiakan.
Letakkan Allah di hadapan, inshaaAllah, bahagia jua walau ada kekurangan di mata manusia.
satu komen yang saya rasa amat menarik.
wajar diambil panduan bagi yang ingin berkahwin.
terima kasih awak.
saya pun nak..
mari kita istiqamah dan berdoa agar dapat istri yang mencintai kita dengan ikhlas..
terima kasih
Saya memang tak minat fat tah ah min atau sa ru han…haha
baguslah..
jadi lah peminat utama kepada sang suami sendiri.
ganjaran syurga menanti..
mana mau cari…
in shaa Allah
Alhamdulillah.. mendapat kasih sayang dari pasangan, itu rezeki. 🙂
ya lah kan.
bahagia rumahtangga itu rezeki sangat sangat.
tak semua orang dapat tu..
kahwin satu lagi…
bisakan Mas hehehe
Keserasian, setia, jujur, ikhlas, minda positif dan jadikan kekurangan pasangan sebagai satu kelebihan. Pasti bahagia berkekalan ke akhir hayat. hihi. 😀
memang kebenaran ada kat situ.
banyak ganjaran pahala utk para isteri & suami di dalam sebuah perkahwinan…kesabaran & pengorbanan itu penting..
untuk amalan ibadah ..
memamg ya!
pahala kiri dan kanan
pada asasnya senang sahaja wanita yang dah berkahwin nak masuk syurga..
taat perintah Allah, tinggal larangan Allah..taat pada suami yang membawa kebajikan…
taat pada suami tu yang berat…
dugaan syaitan kuat..
yang lain mudah..
tak banyak hisab berbanding pria
hehehehe
Lelaki suka perempuan pada yang itu. [sendiri mau faham] #gagalfokus
Luruskan niat biar rumah tangganya samawa, hehe
hahahaha..
tak pe.
itulah tujuan perkahwinan untuk hilangkan fokus tu..