7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular

Kerja sambilan di rumah bukan perkara baru.Trend penduduk Malaysia sudah menerima kerja sambilan di rumah sebagai pendapatan kedua.Perkara ini memang wajarpun.

Keadaan hidup mencabar.

Kian mendesak akal dan minda.

Mahu atau tidak.

Mestilah..

Ada yang kata kerja sampingan .Mana tidaknya gaji kerja hakiki tidak mencukupi.Bayar itu dan bayar ini.Harga barangan melambung tinggi.Rumah mahal dan minyak mahal.Serba serbi mahal.

Orang kata.

Hidup susah.

Mati pun susah.

Haiya.

Jom kita teruskan bacaan.

Dalam artikel ini anda dijelaskan apakah kerja sambilan di rumah yang bagus dan popular untuk dicuba.

Belum cuba belum tahu.

Dah cuba baru tahu.

Kan…

Definisi

kerja sambilan di rumah

Definisi mudahnya kita bekerja dari rumah.Ada kerja hakiki.Namun ada masa yang berbaki untuk kerja-kerja luar.

Kita semua diberi masa 24 jam sehari.Jadi gunakan sebaik yang mungkin.

Orang yang bijak guna masa akan dapat hasil yang bijak juga.Logik la tu.

Kerja-kerja tersebut termasuk berkebun,mencuci tandas atau jadi jaga.Semua kerja ini boleh dbuat secara separuh masa.

Ada perkara yang harus kita ingat selalu.

Ini dia.

Rezeki.

Masing masing punya rezeki tidak kira banyak atau sedikit.

Janji halal.

Wajib bersyukur.

Itu dah kira terbaik sebagai permulaaan.

Perkara yang kecil-kecil akan semakin membesar lama-kelamaan.

In shaa Allah.

Alhamdulillah.

Sebelum ini saya ada menulis artikel berkaitan topik yang sama iaitu Kerja Sambilan Di Rumah 2017 Versi Terkini.

Mari kita cuba menghadami secara asasnya.

Konsep asas

konsep asas

Kerja sambilan tidak salah sekiranya tidak mengganggu kerja hakiki.Lagi pun tak guna modal sangat pun kecuali modal masa.

Yang penting ada modal kesungguhan dan kegigihan.

Kemudahan lain mesti ada komputer,telefon pintar,akses internet dan sebagainya.Terpulang juga kepada bentuk dan jenis kerja-kerja tersebut.

Ada kerja  dalam bentuk bisnes.

Ada juga kerja yang dibayar upah dari sesuatu perkhidmatan.

Peluang begini senang nak dapat jika sudah bersedia.

Sebagai contoh.

Jobdirumah merupakan portal yang sangat bagus.Banyak memberi peluang kepada pencari kerja sambilan.

Nak kerja sepenuh masa pun ada.

Boleh dikatakan tepuk dada tanya selera.Nak tanya dompet mahu gemuk atau mahu kurus.

Itu terpulang.

Jom kita lihat penerangan berikut.

Jenis-jenis kerja sambilan di rumah

kerja sambilan di rumah terkini 2017

Ada banyak.

Saya senaraikan kerja dari rumah yang boleh dipercayai.Semoga memberi manfaat kepada anda sebagai pencari kerja sampingan.

1.Dropship

Dropship sangat popular.Biasanya golongan wanita yang buat.

Lelaki pun ada.Tiada diskriminasi dalam bidang seumpama ini.

Tak hairan ada juga yang buat iklan untuk kerja kosong part time malam bagi yang bekerja siang hari.Dah nama kerja sambilan.Siang atau malam gunakan masa yang ada.

Dalam dropship kita dapat untung jualan melalui perbezaan harga yang ditawarkan.

Sebagai contoh.

Kita dapat harga dari pembekal RM10 seunit.Kita jual kepada pelanggan dengan harga RM15.Jadi untung runcit yang kita dapat ialah RM5.

Itulah contoh mudah bagaimana kita buat kerja online dari rumah berbentuk dropship.

Dulu saya ada kawan.Kakak dia kerja kerajaan.Pada waktu malam kakak dia sangat sibuk mengurus kerja sambilan melalui dropship.Dia menggunakan Instagram.

Saya dikhabarkan untung bersih yang kakak dia dapat boleh cecah RM800 sebulan.

Baru-baru ini dalam group whatsapp ada yang post iklan untuk dropship.

Berita baik tu.Ada sesiapa yang berminat ?

2.Afilliate

Anda mungkin suka kerja part time online begini.Tak perlu modal besar.Modal utama masa dan idea pemasaran.

Sekiranya anda dikurniakan kerajinan saya yakin anda boleh berjaya.

Bagaimana nak buat ?

Anda perlu membuat promosi.Anda akan dibekalkan link affiliate yang unik.Sekiranya ada pelanggan yang membeli dari link affiliate anda maka anda akan menerima komisyen jualan.

Misalnya anda telah berjaya mendapat jualan dari produk WCB Premium Case Study.

Anda akan dibayar RM40 untuk setiap penjualan.Kalaa ada 100 belian dalam setahun,jumlah ini pasti membesar.

Seronok tak ?

Kalau boleh jual 20 unit anda akan dapat RM800.Siapa nak bagi tu kalau bukan buat affiliate.

Oh ya.

Bagi mereka yang suka lepak di media sosial Facebook apa kata jadi affiliate Niaga FB.

Cuma perlukan sedikit modal kerana dalam affialiate Niaga FB kita dapat dua dalam satu.

Boleh jual ebook dan boleh menaja ahli affiliate yang baru.

Dua-dua boleh menghasilkan duit.Nak tahu lanjut boleh lihat dalam pautan:

Banyak kerja buat duit secara sambil-sambil sekarang ini.Sungguhpun begitu buatlah secara bersungguh-sungguh.

Pasti ada hasilnya nanti.

In shaa Allah.

3.Freelancer

Dulu saya pernah mengigau dengar perkataan freelancer.

Rupanya ia adalah satu kerja sambilan yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat.Kerja-kerja freelancer memang pelbagai dan banyak.

Sangat bagus untuk dilakukan kaum isteri yang mahir berbahasa Inggeris.

Kalau tak pandai bahasa Inggeris jangan risau.

Anda boleh jadi freelance yang kerja kopek ikan bilis di rumah [saya gurau].

Jangan la marah pulak.

Kekurangan kerja frelance ini tiada gaji tetap seperti kerja kerajaan atau kerja swasta.

Rezeki anda mungkin mencanak.

Mungkin juga menjunam.

Tiada jaminan untuk tetap ada.Sebab wajar kerja freelance as a part time job

Secara ringkas berikut ialah kerja kerja dalam Freelance.

  • Data Entry
  • Words Typing
  • Translator
  • Proof Reading
  • Web Research
  • Virtual Assistant
  • Market Survey
  • Copywriter
  • Copy Typing
  • Transcription
  • Content Writer

Kalau anda berminat apa salahnya mencuba.Anda boleh perolehi job untuk freelance  dari :

4.Internet marketer (IM)

Ramai yang bermula dengan kerja part time gaji hari.Hari ini ramai IM sudah berjaya dan menjadikan kerja sepenuh masa pulak.

Untuk menjadi IM tidaklah susah sangat.Kelayakan akademik tidak diperlukan.Yang penting sekali ada produk untuk dipasarkan.

Tak kisah la produk orang lain atau produk sendiri.Yang penting tahu cara dan bagaimana untuk mendapat jualan.

Ini kisah saya.

Secara peribadinya pada tahun 2009.Saya terlibat dengan kerja-kerja IM.

Saya ada autoresponder Aweber.Ada landing page dan ada program referral antarabangsa bersama Bro Fahdi [beliau dah jadi Sifu hebat sekarang ini].

Malang tak berbau.Rezeki saya tiada di situ kerana saya berhenti terlalu awal.Belum berjaya dah mengalah.

Akhirnya saya redha dan menceburi blogger separuh masa.

Berbalik kepada cerita IM tadi.

Rahsia kejayaan IM terletak kepada mailing list atau database.Kalau tidak silap mereka gelar paip duit.

Lagi banyak paip duit lagi banyak la duit masyuk!

Hebat tak ?

Jika berminat untuk jadi IM perlu belajar penulisan email yang mantap dan ayat copywriting yang hebat.

Sekarang media sosial juga boleh dijadikan sumber menjana duit.

Malah ada IM bertukar menjadi Media Social Marketer.

Pun tak salah.Bidang yang hampir sama.

Berita baik untuk anda!!

Pihak Niaga FB telah membuka peluang untuk anda belajar. ilmu pemasaran.Rugi kalau tak rebut.

5.Jual produk kesihatan

Sudah pasti ramai yang buat.Produk kesihatan mempunyai permintaan yang tidak pernah tepu.

Orang sekarang mempunyai kesedaran kesihatan yang tinggi.

Mereka nak sihat dan yang sakit pula nak kembali sihat.Jadi peluang ini patut direbut.Terutamanya mereka yang nak kerja sambilan di rumah terkini.

Dalam hidup saya pun pernah jual produk kesihatan secara sambilan dan sepenuh masa.

Pada masa itu saya agak aktif juga.Dapat untung runcit dan bonus bulanan yang agak baik.Boleh rasa nikmat lebihan pendapatatan.

Tak lama saya buat.

Tidak konsisten walaupun kejayaan kecil sudah nampak.Jumpa sahaja halangan kecil saya mengalah dan akhirnya kurang berjaya.

Aduh tak best la kisah kurang berjaya.

Apa kata kita belajar dan membaca kisah orang yang berjaya pula.

Jom baca.

Saya baru mengenali seorang usahawanita yang menjual produk kesihatan.Beliau berjaya menjana pendapatan RM20K sebulan.

Mak oii..punya la dahysat pendapatannya.

Beliau melakukan bisnesnya hanya dari rumah sambil mengurus 6 orang anak.Kejayaan demi kejayaan telah diraihnya dengan terbaik.

Kisah beliau amat bagus untuk dijadikan tauladan dan sumber inspirasi kepada kaum isteri dan kaum suami juga.

Point penting —-> kerja sambilan dari rumah cipta kejayaan luarbiasa.

Beliau ialah Master Puan Salwa.

6.Pemandu Uber

Perkhidmatan Uber merupakan alernatif kepada pengangkutan teksi ataupun bas.Kini rakyat Malaysia boleh menjadi pemandu Uber.

Anda boleh dapat duit yang banyak.Anda boleh bekerja ikut masa sendiri.Malah penyertaan jadi pemandu uber pun mudah.Peluang untuk mereka yang mencari kerja part time sabtu dan ahad.

Yalahkan.Hari biasa buat kerja hakiki.Hujung minggu gunakan masa untuk memandu Uber.

Jika berada dilokasi strategik dengan mudah dapat RM200 untuk satu hari.Cerita ini pernah disampai sendiri oleh seorang pemandu Uber kepada saya.

Bahkan dia ajak saya buat part time  pula.Saya kata saya hanya ada  kereta lama dan belum mampu pula nak beli kereta baru

Cerita kami berdua berakhir di situ sambil bertukar nombor telefon.

Saya juga pernah menggunakan perkhidmatan Uber.Memang class rasanya dan terbaik pengalamannya.Bayaran pun berbaloi dan yang penting kita selamat sampai.

Ada tak yang berminat untuk memandu Uber.

Jom lihat beberapa Kelayakan yang diperlukan seperti berikut :

  • Ada kenderaan tidak lebih 8 tahun
  • Ada telefon pintar dengan akses internet
  • Ada lesen memandu yang sah

Pendapatan anda dari Uber adalah 80% mengikut bayaran penumpang.Memang lumayan.Malah lebih baik dari kerja lipat risalah dari rumah.

Alamak sekadar bergurau.

Anda boleh memohon jadi Pemandu Uber. >>Daftar Percuma

pemandu uber

7.Penulis blog

Saya sendiri bekerja sebagai penulis blog.Saya akui bukan mudah dan tak juga susah.Ambil jalan tengah iaitu yang sedang-sedang sahaja.

Macam lagu dangdut la pulak.

Blog adalah platform yang sudah bertapak lama.Saya sudah menjadi blogger sejak tahun 2013 lagi.Itupun pada mulanya dianggap kerja part time di rumah tanpa modal.

Penulis blog atau blogger memang berpotensi menjana pendapatan tinggi.Namun blognya ada syarat seperti berikut:

  • Trafik tinggi
  • Niche yang sesuai
  • Penulisan berkualiti
  • Jenama yang dipercayai
  • Mahir bahagian SEO
  • Copywritting menarik

Itulah syaratnya jika ingin menceburi blogger sebagai kerjaya sambilan.Tak mustahil boleh menyumbang pendapatan lumayan.

Duit boleh dijana dari blog melalui saluran berikut :

1)Pengiklanan Adsense

Secara mudah kita menjadikan Google sebagai majikan.Bayaran dalam Us Dollar.

Itulah yang seronoknya.

Kalau dapat $USD100 dah makan RM400++.Lumayan sangat kalau pendapatan dari Adsense boleh mencecah $USD1000

Syaratnya perlu mendapat kelulusan dari Google.Setakat ini permohonan saya asyik kena reject.

Iklan adsense adalah PPC atau Pay Per Click.Jika ada klik dari pelawat terhadap iklan yang dipaparkan maka kita dibayar oleh Google.

Ada klik yang berharga RM10.Namun rata-rata dalam 10 sen ke 20 sen.

Blog tinggi pelawat akan dapat peluang untuk mendapat klik yang tinggi juga.

2)Advertorial artikel

Blogger yang mempunyai reputasi tinggi dan blog yang ada trafik yang beribu-ribu lemon boleh mengenakan cas mencecah RM2000 satu artikel.

Bayaran ini masih murah kalau dibandingkan dengan iklan di TV atau media massa.

Kalau rasa terlalu tinggi kita boleh anggarkan dalam RM200 untuk satu artikel yang ada SEO.Malah sudah berada di halaman utama Google.

Mungkin ada yang bertanya mengapa mahal?

Jawapannya.

Penulisan digital terutama artikel review produk adalah kreativiti.Bukan senang yang menulis ayat yang mencairkan iman para pembeli.

Pelaburan masa hanya Allah SWT yang tahu.Sebab itu pihak pengiklan perlu akur hasil kerja seorang penulis blog.

Mana mungkin hasil kreativiti yang berimpak tinggi disamakan dengan karangan tahun 6.

Hanya jauhari mengenal manikam.

3)Sistem affiliate

Jadi agen affiliater rata-rata pecuma.Komisyen akan dibayar apabila berjaya menjual produk digital maupun fizikal.

Sekali imbas macam senang.

Promote link dan orang beli dari link kita.

Realiti tidak sedemikian.Mengikut ratio untuk dapat jualan.

100 klik  = 1 jualan

Agak-agak adakah pengunjung yang datang semua mahu klik.

Tidak.

Ada yang yang langsung tak kisah.

Jadi untuk mendapat jumlah klik yang banyak trafik mesti mencanak selalu.Baru ada peluang dan potensi untuk dapat duit.

4)Event coverage

Ada event yang tidak memberi wang ringgit.Mereka cuma memberi makanan dan minuman.

Tidak dinafikan ada juga dibayar.Banyak event yang disertai maka banyak juga perolehan pendapatan.

Blogger sejati sanggup melakukan kerjaya ini walaupun macam tidak berbaloi.

Yang penting ada jenama dan hubungan yang baik dengan syarikat tertentu.

5)Menjadi Sifu

Kepakaran blogger dalam sesuatu bidang boleh menjadi tiket untuk mereka menjadi sifu.

Mereka boleh memberi talk yang berbayar dan pihak berkepentingan boleh mengundang mereka untuk tujuan tersebut.

Semua ini boleh menjadi realiti setelah blogger tersebut ada reputasi dan krebiliti .Untuk berjaya ke tahap itu perlukan masa dan perancangan masa hadapan.

Ini baru permulaan.

Anda mungkin boleh menjadi blogger sepenuh masa suatu hari nanti.Mana tidaknya, bila anda mendapati pendapatan dari blog sangat lumayan.

Sebelum anda berada di peringkat tersebut jangan lupa perkara asasnya.Anda perlu untuk belajar ilmu blogging.

Saya sarankan anda belajar dari Blog Pakar SEO Tempatan

Kesimpulannya.

Kerja kerja sampingan tersebut paling popular buat saya.Ada banyak lagi yang belum didedahkan.Namun peluang ini terbuka luas untuk anda.

Apa tunggu lagi.

Jomlah buat kerja sambilan di rumah.

(Visited 652 times, 5 visits today)

52 thoughts on “7 Kerja Sambilan Di Rumah Paling Popular

  1. Terima kasih penulisan tuan,
    Saya setuju semuanya dan pernah join satu web/affiliate, pernah cuba hometuitiononline (yang ni memang boleh dipercayai sebab saya dah pernah buat)
    Just kena daftar kat admin, admin send email maklumat pelajar yg berdekatan . Pastu kita pilih pelajar mana yg kita nk ajar certain subjek, yg best byrn kita tentukan ikut kadar jam (tapi ikut anggaran yg adminnbagi). Ok sgt2.. skrg sy stop sbb nk fokus pd kerja & mak risau sebab kita kene pi uma org yg kita x pernah kenal.. agak bhya sbnrnye.. tp nak bjya kna amik risiko skit.. btul x tuan?

    • susah juga kalau tuisyen dari rumah ke rumah.

      bahaya memang ada dimana-mana.

      cuma perlu elak sahaja.

      saya suka kalau berdepan dengan risiko yang terjangka..

      maksudnya risiko yang kita boleh tahu.

  2. Rakyat malaysia sekarang memang digalakkan untuk mula berniaga untuk menjana pendapatan tambahan. tak boleh nak harapkan pada 1 sumber pendapatan makan gaji sahaja. Saya sekarang bekerja & buat part time dropship, affiliate & servis design website

  3. Cikla setuju sgt zaman serba mahal ni nak tak nak mmg kena cari income kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Hehe. Btw, good sharing. Mungkin ada di antaranya boleh dipraktikkan..

  4. Banyak pilihan kan..
    Pilih aja yg mana satu, asyik dengor alasan dah carik keje tapi tak dapat. Alasan orang malas
    Kalau kita berusaha in sha Allah ada income

    • boleh berhenti kerja tetapi ceburi la kerja dari rumah….

      ada atau tidak income ..

      adalah ketentuan Allah.

      rasanya blog Fidah dah boleh jana income.

  5. Kerja sambilan saya sebagai blogger memang terbukti dapat jana pendapatan sampingan. Alhamdulillah berkat usaha yg berterusan sejak dari tahun 2014 sampai la sekarang ni. Tapi teringin juga nak jana income dari sumber lain contohnya seperti yg Mr Hanafi senaraikan kat dalam artikel ni. Terima kasih ye atas perkongsian ni…

  6. jika tuan pernah mengigau dengan freelancer..sy pernah mengigau tentang free lancer..dapat free kete lancer..hehe

    byk benda boleh dibuat kat rumah kalau komitmen tak byk atau sebagai side income hehe

  7. Assalamualaikum & salam jumaat tuan hanafi

    Semoga jumaat ini mendatangkan keberkatan

    Buatlah kerja apa pun asalkan halal

    Baru berkat

    Saya kenal saja orang yang pendapatan bulanan puluh ribu

    Tapi duit tak cukup juga.

    Ada pula yang dapat gaji puluh ribu

    tapi tak de pun canang canang sana sini. Pernah baca rahsia kejayaan usahawan cina

    Kalau bisnes mereka bagus, duduk diam diam saja. Kereta pun tak tukar

    Sebab tak nak orang lain buat bisnes yang sama. Orang melayu ni macam terbalik pula

    Hehe.
    Mazni Azmi recently posted…17 Makanan tambah darah merah untuk ibu hamil! Elak anemiaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge