3 blog pilihan Mac 2024

Pejam celik, pejam celik kita sudah berada di penghujung Mac. Jadi sebagai mengisi segmen 3 blog pilihan Mac 2024 saya memilih blog yang dimiliki oleh orang Sarawak.

Saya cuma mengetengahkan feedback daripada sudut positif sahaja dan mengelakkan berbicara tentang sudut negatif pada blog orang.

Takut-takut ada blogger yang terasa hati tatkala komen negatif yang tidak kena pada tempatnya.

Antara blog yang menjadi pilihan kali ini ialah:

1.Blog Kak Mim

Pemilik blog ini ialah Kak Mim dan tinggal di Sarawak.

Sudah tentu juga orang Sarawak dan setakat ini saya belum terserempak lagi walaupun negeri sama tetapi daerah memang berbeza.

WAJIB BACA :   Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah Yang Awesome ( Edisi kemas kini )

Saya suka blog ini kerana template yang minimalis dan tidak sesak dengan macam-macam widget.

Bukan itu sahaja, pengisian juga santai dan memenuhi selera masyarakat masa kini yang kurang membaca tetapi suka menonton video di media sosial.

Mungkin dalam bulan Ramadan al-Mubarak blog Kak Mim jarang dikemas kini.

Bukan dia saja, saya juga begitu.

2.Blog Coffee break with me

Blogger Carneyz merupakan pemilik blog ini yang berasal dari Sarawak dan tinggal di Semenanjung.

Blog ini menarik kerana susun aturnya yang kemas dan sedap mata memandang.

Topik penulisan adalah pelbagai dari kisah keluarga hingga kepada percutian.

Bahasa yang digunakan juga mudah dan senang difahami.

WAJIB BACA :   3 blog pilihan Februari 2024

3.Blog Sunah Sakura

Mungkin ramai blogger yang agak baharu tidak begitu kenal blog ini.

Saya kenal blog ini kerana blogger Sunah selalu berkunjung ke blog saya suatu ketika dahulu.

Beliau juga orang Sarawak tetapi tinggal di Johor.

Kami juga pernah berjumpa di Kelantan sewaktu event anjuran Tourism Malaysia pada tahun 2019.

Berbicara tentang blog, diakui nampak sangat elegan dan moden konsep templatenya.

Topik penulisan juga banyak berkisar kepada lifestyle dan itu memang konsep blogger.

Semoga Sunah terus sukses dalam aktivitinya seharian.

Kesimpulan

Saya harap para blogger terus berkarya dengan penulisan genre blog agar catatan kita memberi manfaat kepada orang lain.

WAJIB BACA :   Hadiah GA Perfume SR sudah sampai

Dalam masa yang sama mampu merancakkan konten di Google dan media sosial.

Jika tidak maka para Tiktoker, Youtuber dan Influencer akan memupuskan blogger dalam dunia digital.

Walaupun saya faham dan tahu bahawa hobi blogging ini semakin hari semakin suram.

Jom bertahan hingga akhir hayat.

36 thoughts on “3 blog pilihan Mac 2024”

    • Alhamdulillah Abam Kie

      sejujurnya memang sukar untuk jumpa di alam realiti

      melainkan ada pihak anjur event untuk menemukan kita semua

      Reply
  1. kerana minat, linda comeback semula…hihihi
    owh, baru tahu sis Sunah org sarawak, kak carneyz pun rasenya mcm dah lama tak update blog. semoga sihat2 selalu je kak carneyz..

    Reply
    • Ya…Sunah orang Sarawak dan bertemu jodoh dengan orang sana.

      Moga arneyz baik-baik saja…saya pun tiada perkembangan terbaharu tentang dia

      Reply
  2. Bagus Encik Hanafi buat segment blog pilihan bulanan ni. Sekurang-kurangnya, jika blog saya sudah kenal, saya boleh singgah ke blog mereka, jika lama tak menyinggah. Jika blog saya tak tahu pula, boleh follow dan tambah kenalan. 🙂

    Reply
  3. Wahh.. tq tq intro blogger dr sarawak… 2 bln tok mmg agak bz dgn kerja hakiki… mmg x dan nk ‘mengular’ utk menaip di dashboard blogger.. apatah lg nak blogwalking… semoga semua kita istiqamah bertahan di alam blogger yg semakin pupus tok

    Reply
  4. blog kak sakura yg saya belum baca rasanya. nantilah nak kesana.

    insyaallah saya tetap akan menulis di blog. ini udah semacam passion bang, saya memang hobi menulis dr dulu, zaman sekolah lagi. rasanya tiap kali dah menulis, hilang perasaan bosan, jenuh, stress, karenanya susah untuk meninggalkan blog. lagian ini cara saya juga supaya tak mudah lupa. dengan menuliskan banyak hal di blog saya

    Reply
    • Betul sangat tu…

      Menulis satu terapi minda…dengan menulis juga kita meluah apa yang ada dalam fikiran dan hati

      Bahkan dengan tulisan kita…ada orang yang akan dapat manfaatnya.

      Dapat pahala juga

      Reply
  5. ketiga-tiga blog dah follow sunah sakura tu kalau tak silap slrg sedang berkerja di Korea.. mengambil pengalaman di negara org.. apa pun ketiga2 blog ini bagibsaya adalah otai dlm dunia blog 😀

    Reply
  6. selamat hari raya tuan hanafi! baruk bukak blog kamek hari tok..ada yang datang singgah and inform datang dari blog kitak…duhal ada dimention dalam entri tok..hihi…makseh atas perkongsian..moga bersemangat la mok ngapdet lagik..ahahaha!
    Sunah Sakura recently posted…Salam Syawal 2024 KorangMy Profile

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge