Iklan Percuma Guna Landing Page

Iklan Percuma adalah cara untuk promosi yang biasa.Mrhanafi pernah menjadi Internet Marketer yang tidak begitu berjaya pada tahun 2009.Namun begitu pengalaman sebagai Internet Marketer telah mendedahkan mrhanafi terhadap Landing Page atau mini website sebagai cara cara iklan percuma.

Tool lain yang wajin ada seperti mesin penjawab email seperti Autoresponder,Aweber dan Emailmatik.

Itu kisah dulu.

Pernah dilalui suka dan suka.

landing page

Seriusnya menjadi blogger lebih seronok.Ada feel yang hanya blogger sahaja faham dan tahu  perasaan tersebut.Kerana itulah mrhanafi tetap tabah menulis blog tanpa lemah semangat walaupun tiada penjanaan income yang lebat.

Bayangkan menulis blog setiap hari namun pendapatan tak pulak setiap hari.Ikut perkiraan bisnes memang tak untung pun.Apatah lagi balik modal terutama modal masa.Menulis blog adalah iklan percuma juga.

Walau apapun alasannya seorang blogger yang tulen akan sama pendapat dengan mrhanafi.Blogger akan mencipta jenama sedikit demi sedikit.Jenama blog atau nama sendiri sudah semestinya.

Seorang blogger dengan rela hati menulis info,perasaan dan pengalaman untuk dimanfaatkan pembaca.Sedikit sebanyak ada pembaca yang terhibur dengan rentak penulisan seorang blogger yang tidak obses dengan info bisnes semata-mata.

Dengan alasan ini mrhanafi mengambil keputusan untuk membina satu blog baru yang ala-ala menyerupai landing page.Apa yang menariknya ia percuma kerana dihoskan pada platform blogspot yang juga percuma.

Pendek kata ia adalah saluran iklan percuma untuk mrhanafi.

Mrhanafi tidak perlu ada kos lain.Mrhanafi cuma perlu kemaskini info yang berkaitan.Dalam masa yang sama tidak perlu mengulangkan perkara yang boleh diulang-ulang.

Jimat masa kerana cuma perlu sertakan link ke Landing Page tersebut di >>>>[ SINI ]

Mrhanafi rasa bersalah jika asyik menyumbat info bisnes dalam blog.Benda yang sama namun diulang-ulang memang bosan juga membaca.

Sudah pasti mrhanafi ingin kongsikan artikel yang segar bugar setiap hari.Sekali sekala boleh juga diselitkan kerana bisnes adalah cara untuk mencapai impian mrhananfi yang besar gedabak tu.

In Sha Allah mrhanafi akan melakukan pembetulan ke atas link-link yang tidak diperlukan.Secara praktikalnya link ini akan alihkan ke Landing Page.Itulah cara orang yang ada kerja sambilan di rumah

Kerja lebih mudah dan proses promosi secara auto melalui carian Google.Taklah asyik ‘bom’ status wall media sosial dengan ayat promosi setiap hari.Orang baca pun hilang mood.Silap-silap unfriend terus.

Kesimpulan.

Ada landing page telah memudahkan kerja untuk iklan percuma.Tugas-tugas promosi boleh difokuskan kepada perkara yang lain pula.

Pembaca dipelawa untuk sertai komuniti pembaca blog mrhanafi di Group Whatsapp atau like Fanpage Facebook mrhanafi dot com atau follow saya dalam melalui email.

4 thoughts on “Iklan Percuma Guna Landing Page”

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: