3 dalil mengapa tidak kemas kini blog setiap hari

Sebagai blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging, memang tidak dinafikan semangat menulis ada naik dan ada turun. Kebiasaannya sentiasa turun. Dulu istilah yang femes, mood ke laut.

Berikut ialah tiga dalil mengapa saya tidak mampu untuk kemas kini blog setiap hari.

1.Penyakit M sudah melanda

Saya ada kata dengan anak,

“saya malas nak tidur sebab apabila sudah tidur malas pulak untuk bangun.”

Apa jawab anak saya, “itu dinamakan penyakit mental.”

Teruk juga tu dan saya faham kata-kata anak saya adalah gurauan semata-mata.

Kini penyakit M sudah melanda momentum blogging saya.

Ubat perlu dicari segera, kalau tidak melarat dan membarah di jiwa.

WAJIB BACA :   Penggunaan media sosial pelengkap kejayaan blogger

2.Masa banyak ke tempat lain

Setelah masa hilang entah ke mana, maka kesempatan untuk menulis semakin tiada.

Kebanyakkan masa digunakan dalam perjalanan, buat kerja rutin luar waktu pejabatΒ  dan lain-lainnya.

Dengan alasan tiada masa sudah tentu tidak kemas kini blog la jawapnya.

3.Beri ruang untuk blogwalking setiap hari

Plan asal untuk ada ruang buat blogwalking jika tidak kemas kini blog setiap hari.

Tapi bila ada ruang dan peluang tidak juga buat blogwalking setiap hari.

Sekali lagi alasan nombor satu jadi peyebab.

Tidak boleh salahkan sesiapa dan sesiapapun tidak menyalahkan kerana blogwalking serta blogging adalah kerja sendiri tanpa upah atau gaji hehehe.

WAJIB BACA :   Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

Imbuhan dan imbalan tidaklah seberapa.

Kesimpulan.

Menulis blog tetap diteruskan sama ada suka atau terpaksa.

Suka jika ada mood baik tengah naik.

Terpaksa jika penyakit M sudah melanda.

Kesudahannya perangilah musuh dalam diri dengan apa cara sekali pun agar boleh berada dalam track blogging semula.

Doakan saya..

Comments 44

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge