Penggunaan media sosial pelengkap kejayaan blogger

Penggunaan media sosial sangat meluas ketika ini.Saya sendiri sudah menjadi pengguna media sosial sejak 2009.Boleh dikatakan sebelum bergelar blogger lagi di Malaysia ini.Kini sudah lama juga.Namun sehingga sekarang belum ada rasa jemu dan bosan.

Dulu hanya mengguna desktop dan laptop.Kini penggunaan lebih meluas kepada gajet mudah alih seperti telefon pintar,tablet dan yang sewaktu dengannya.

Sungguhpun begitu saya belum termasuk pengguna media sosial yang tegar Ada masa ‘ponteng’berhari-hari.

Berbulan-bulan pun ada kerana sebab tertentu.Media sosial untuk blogger Malaysia amat sinonim.Ia bagaikan aur dengan tebing atau kuku dengan kulit.

Nak lebih puitis lagi,bagaikan laut dan pantai.Berpisah tiada kerana sudah berikrar sehidup dan semati.Realiti tidak juga.Media sosial cuma elemen tambahan sahaja.

WAJIB BACA :   Cara menulis artikel blog yang semua orang boleh buat

Perkara asas bagi blogger ialah blog.Tiada blog maka tidak ada makna gelaran blogger.Bukan setakat blog sahaja.Pengisian blog jauh lebih penting.

Di samping itu kemampuan blog dari SEO untuk menempatkan artikel pada halaman utama dalam enjin carian.
Sekiranya tiada kekuatan SEO pada blog maka alternatif terbaik ialah media sosial.Blogger boleh membuat promosi menggunakan Fan Page,timeline sendiri dan group.

Jika mampu dari segi modal duit boleh gunakan Facebook Ad untuk meluaskan sasaran pembaca.Apatah lagi sebagai blogger pemula atau blogger newbie sebagaimana saya.Tentulah amat bergantung kepada media sosial untuk kerja promosi.

Kekadang sahaja mrhanafi kurang motivasi untuk lepak di media sosial.Kebiasaannya lebih kerap sehingga tugas rutin blogger boleh terabai.

WAJIB BACA :   Secebis Kisah Sedih Di Pagi Hari Raya Aidiladha 2018

Apabila terabai jadilah blog akan ditumbuhi semak samun dan hutan belukar.Bahasa orang blogger tempat bersawangnya Spiderman dan Batman berpesta.

Cuba bayangkan mereka seperti pepet diluar dan rencong di dalam.Maafkah lah ye.Itu bahasa orang lama yang bergiat dalam sastera.

Selagi media sosial boleh digunakan dalam urusan sosial,bisnes dan peribadi maka selagi itulah blogger perlu memanfaatkan kemudahan yang ada.

Selain penjenaaman blog seseorang blogger Malaysia akan mengeratkan silaturrahim melalui media sosial.

Saya nak tahu juga pandangan rakan-rakan blogger tentang media sosial dalam kehidupan mereka.Jadi sudi-sudilah berkongsi dalam ruangan komen dibawah.

Jom share untuk manfaat bersama dan jangan malu-malu subscribe channel Youtube saya di ….KLIK  

WAJIB BACA :   Cara Mrhanafi Bina Jenama Sendiri

26 thoughts on “Penggunaan media sosial pelengkap kejayaan blogger”

  1. suka baca blog org menarik je….heheh
    pandai blog pun sebab berniaga, tp syukur gak sikit dapat tolong orang dan atasi meningkatkan kesihatan org lain. alhamdullilah

    Reply
  2. Selain aur dan tebing, laman sosial ni juga boleh menjadi musuh kepada blog tu sendiri. Orang lebih gemar baca dalam laman sosial sekarang. hehe

    Reply
    • memang betul tu..pengguna media sosial sukar untuk baca blog kerana cara pembacaan mereka skroll sahaja FB atau Whatsapp..mereka susah nak klik link yang lain.

      Reply
  3. blog memang media yang bagus untuk kita lebih mengetahui banyak benda. Dan juga memperkenalkan siapa diri kita pada semua….walaupun saya ada juga jarang update blog tapi blog memang merupakan impak yang besar untuk perniagaan saya, hhihi

    Reply
  4. Media sosial juga sekarang menjadi salah satu backlink yang penting untuk meningkatkan seri dan ranking blog kita. Memang tidak boleh diabaikan.

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge