Cara menulis artikel blog ada pelbagai kaedah. Tiada peraturan yang rigid, standard dan complicated. Santai dan bersahaja pun tiada masalah.
Yang penting mesej sampai. Namun cara penyampaian juga penting agar pembaca seronok dan terhibur.
Ada artikel yang saya tulis santai sahaja.
Cara menulis artikel blog
Boleh baca Kes Studi : Artikel blog Yang Orang Tak Suka Baca
Ada juga beberapa blogger yang menulis santai dalam blog mereka.
Antaranya blog Anies and You, Me Soul Searching dan banyak lagi la.
Dalam masa yang sama, ada blogger yang menulis cukup serius, berfakta dan ada data.
Penulisan begini memerlukan kemahiran tinggi dan kefahaman yang mendalam terhadap topik yang dibincangkan.
Boleh baca blog Hidup Ringkas.
Saya percaya ada pembaca yang teringin mahu menulis blog.
Pesan saya.
Mudah saja.
Tulis apa yang terlintas di fikiran atau terdetik di hati. Tulis tanpa terikat dengan teknikal dan aturan biasa.
Apabila sudah biasa, menulis menjadi mudah dan senang.
Gunakan teknik penulisan bercerita.
Kalau menulis begini…memang mudah.
Persoalannya apa yang mahu ditulis dalam blog.
Jawapannya terpulang dengan apa yang dicari orang dan mahu dikongsikan bersama orang lain.
Formula mudah.
Jika sendiri tulis rasa seronok maka pembaca yang baca akan rasa suka.
Lama kelamaan akan terserlah kemahiran menulis blog dan pada masa itu boleh beralih kepada bahagian teknikal yang advance.
Misalnya penulisan artikel yang mesra Search Engine Optimization (SEO) agar mudah tersenarai di carian pertama Google.
Menulis dengan menyasarkan kata kunci yang panas, evergreen dan popular.
Boleh rujuk artikel blog Ince Naim. Gaya tulisannya jelas seperti terang lagi bersuluh.
Ironinya penulisan blog saya masih kekal dengan cara budak sekolah.
Pada bahagian pertama saya letak mukadimah, seterusnya isi dan penutup.
Mula-mula dulu saya tulis berdasarkan rangka karangan.
Lama-lama saya menulis secara spontan.
Itupun bergantung kepada topik sama ada berfakta dan berdata.
Kalau ya…memang siap dengan susunan rangka agar mudah menulis kemudiannya.
Walau apapun cara menulis artikel blog adalah seni.
Unik dan ada personaliti tersendiri. Untuk mendapat tahap tersebut memerlukan latihan yang berterusan dan masa yang panjang.
Jadi apa lagi ….jom menulis blog untuk menyebarkan manfaat kepada orang lain.
- Kemas kini 18/1/25
Agree. Tak usah terlalu banyak berfikir untuk mulai menulis blog. Tulis saja dulu. Bisa di notes, word atau apapun. Baru diedit setelahnya. Saya sendiri hanya menuliskan tentang passion saya traveling dan culinary. Karena itu mudah untuk menuliskannya di blog. Secara 2 hal itu saya kuasai, so menuliskannya pun jadi mengalir dan mudah :).
Dan metode story telling juga lebih enak di apply dalam tulisan, orang2 yang membacapun jadi tak bosan kan.
wah….satu komen yang menarik untuk kita semua.
terima kasih kerna sudi berkongsi ya
ammi menulis ikut hati je..
sebab itu tujuan utama berblog ammi.. kongsi.
jarang berkongsi di SOCMED yang lain tapi hanya di blog
bagus macam tu…
berkongsi kebaikan dapat pahala
Lagi satu komen. Saya perasan mrhanafi guna wordpress. Pakai hosting sekali ke? Berapa annually dan senang ke pakai wordpress?
ya…saya guna WordPress selfhosting dengan bayaran RM250 setahun
.
sejujurnya memang senang guna wordpress..
plug in banyak dan theme pun senang tukar tuan
menulis blog boleh ikut rentak sendiri jika penulisan bukan review produk atau paid cantent
apappun…selamat berkenalan dengan tuan KA
huk huk huk! terbatuk pulak ada org sebut nama ke ni?
hahaha tau tak pe
Jom menulis. Semoga apa-apa yang telah kita tuliskan menjadi sesuatu yang memberi faidah bagi setiap pembaca setianya
ya…menulis yang baik memberi manfaat kepada orang lain
Terima kasih Mr Hanafi selitkan mengenai blog saya
inchenaim recently posted…What Is Happiness?
sama-sama tuan…
blog hebat dan wajar saya selit untuk publisiti geng blogger
Ingat lagi masa mula mula menulis blog dulu, ikut dan je nak tulis macam mana padahal kau dah belajar kan mase UPSR SPM takkan tak tau nak tulis macam mana ?
Lepas dah blogwalking sana sini & belajar sikit sikit pasal SEO , haaa baru tau macam mana nak rankingkan artikel kita secara FREE je
Alhamdulillah, practice makes perfect!
Dalam mendalami SEO…kesabaran sangat penting..
kalau tak boleh ke laut jadinya