Ini cara saya.Jarang-jarang buat.Ada sekali sekala.Artikel blog begini paling senang nak tulis.Cuma terlalu kerap boleh menyebabkan tiada idea kerana asyik pusing-pusing benda yang sama.
Secara peribadinya memang seronok.
Sebabnya.
1.Tiada main keyword
2.Tiada peduli hukum SEO
3.Tiada letak link bisnes
Pendek kata betul-betul menulis untuk santai.
Kepala tak pening.
Otak tak pusing.
Cuma.
Ya,ada satu yang tak best.
Mungkin orang suka.
Mungkin orang tak suka.
Sebabnya artikel tiada isi.
Sekadar penulisan kosong yang menyeronok diri sendiri sahaja.
Bahasa mudahnya tidak memberi manfaat kepada orang lain.
Dalam ertikata yang lain.
“syok sendiri”
Sungguhpun begitu blogger newbie tidak digalakan tetapi tak la dilarang.
[ Newbie = baru ]
Blogger otai yang dah ada pengikut sendiri maka tak kisah tetapi cuba la elakkan
[Otai = lama ]
Tulis la apa sahaja pasti pengikutnya suka baca.
Minta perhatian.
Saya masih termasuk dalam kategori ‘blogger baru’. [dalam hati baru la sangat]
Maaf penulisan santai ini tanpa isi.
Tanpa apa-apa.
Google tak tahupun.
SEO fail. URL submission tak buat.
Facebook lagi la tak nak.
Tak buat sharing di group-group FB atau wall sendiri.
Jadi siapa yang mendapat manfaat.
Jangan risau.
Penulisan yang kita buat ini lama kelamaan mempunyai sentuhan tersendiri.
Tulis la.
Tulis la sebanyak yang mampu.
In shaa Allah mutu penulisan akan bertambah baik.
Macam penulisan artikel ini.
hahahaha.
Saya buat lawak. [tak lawak mana pun]
Pengakuan jujur.
Ketika menulis artikel yang orang tak suka baca ini saya buat beberapa perkara pelik.
1.Telefon off.
2.Tiada online.
3.Kosongkan minda selain dari blog
4.Minum air kopi 3 in 1
5.Telur separa masak
Dalam hati nak juga promote Turbo Gel Mangga.
Tak jadi.
Betul-betul tak jadi.
Teringat pula nak promote produk kawan sendiri iaitu Power Gel Gambir.
Nampak sangat nak buat hard selling copywriting.
Dah tak de benda promote walaupun brader takaful selalu usha.
“mrhanafi engkau tulis la pasal takaful.Bagi kesedaran untuk mereka tentang hibah,medikal kad atau pelan pelaburan elite takaful”
Saya jawap ok.
Daripada penulisan merapu-rapu ada juga fokus penulisan.
Kesimpulan.
Kita lihat kesan daripada artikel ini yang orang tak suka baca ini
Ada tak pembaca nak buat komen.
Ada tak pembaca buat share.
Berapa pageview yang ada pada artikel ini.
Saya lihat dan saya tunggu .
-mrhanafi-
[2 Muharam 1439H]
harap2 ada la orang suka baca blog saya
nikkhazami recently posted…Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria
blog Nik Khazami memang ada orang suka baca..
saya lah orangnya.
Contoh terdekat
Mama pun blogger baru. Byk benda tak pandai SEO, etc Masih bertatih lagi
SEO cepat sangat berubah..
kuasai basic dah kira memadai..
saya sarankan tulis sahaja artikel yang terbaik maka dengan sendirinya SEO akan ada sebab sekarang ini google nak artikel berkualiti untuk diletakkan pada halaman utama Google
Mr Hanafi ada ramai pengikut tegar hehe mesti view akan naik juga 🙂
sabree hussin recently posted…Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce
rasanya ada.
mungkin juga tiada.
harap ada sebab saya nak menyajikan yang terbaik untuk pembaca blog..
in shaa Allah
masa taip bersemangat..tp lepas publish baca..macam pelik pulak haha…ayat tunggang langgang..kene berguru dgn otai hero borneo mcm tuan
harap otai jelah bro.
pandai dan mahir tak juga.
lagi lama saya menulis rasa macam susah la pulak.
hehehehe
Sekali sekala santai ok lah kan, kadang kena pelbagai isu baru pembaca rasa best. Saya pun nubies juga. hehe
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Kenapa Kita Perlukan Probiotik dan Prebiotik?
hahaha..
saya pulak double nubies ..
terpaksa belajar dan terus belajar
Terkadang sy menulis apa yg terlintas di fikiran. Tentang kehidupan.. anak² .. dan apa sahaja yg pd sy perlu. Boleh kot..hehehe
boleh juga kalau artikel lifestyle…
kalau isu serius perlu juga sertkan fakta untuk lebih menyakinkan..
itulah cara saya tulis blog suatu ketika dahulu…
Masalahnya kadang xperasan yang kite tulis tu adalah artikel yg orang tak suka bace huhu..
thehaikal recently posted…Macam mana nak buat duit dengan blog? Teori vs Realiti..
kalau macam tu..
letak emotion icon..
baru senang nak tahu
Sesekali boleh tulis sebegini. Kalau selalu sangat, mungkin pembaca akan boring…
betul tuan…
untuk tukar angin dan selera boleh la
Saya baca ni tuan sampai akhir. Nak komen tak pandai. Sebab saya baru se tahun lebih sikit je berblogging. Cuma saya katakan tulisan tuan ni santai yg berisi.
terima kasih bro..
sejak akhir ini semangat blogging ada merosot..
menulis artikel seolah-olah susah la pulak..
itu sebab jadi macam tu.
Bagi PC apa pun bentuk entri yang cuba dikongsi atau disampaikan ada istimewanya yang tersendiri.PC yakin,semua atas dorongan Allah SWT..rasa hendak menulis..rasa hendak membaca dan itu rezeki juga.
yalah kan…
idea itu dari Allah swt
setakaf ini baru 19 visited bro hanafi tak apalah suatu hari nanti blog akan punya maruah/pesona tersendiri yang penting rajin tebar komentar saja
jalan jalan recently posted…Getuk Ubi Lapis
Hehehe biasa tu Mas..
Kalau pageview artikel baru update jadi 1K..
Luarbiasa banget..