Hijrah Diri : Sentiasa Bersangka Baik

Sebelum itu saya mohon maaf.Tujuan asalnya untuk diri sendiri.Cuma saya terbuka hati untuk berkongsikan kepada pembaca.

Benda baik elok sangat untuk diwar-warkan.Mana tahu boleh dimanfaat oleh ramai orang.

Sekiranya tidak berkenan kepada pembaca boleh diabaikan.Saya tak marah atau kecik hati kerana saya memang bersangka baik.

Artikel ini akan saya tulis dalam 5 siri.

Saya berbuat demikian supaya ada penghayatan dan kesinambungan dari artikel ke satu artikel yang lain.

Lagipun saya sudah berjanji kepada diri sendiri untuk berusaha untuk kemaskini blog setiap hari.

Dah terpateri sebagai azam sempena Maal Hijrah.

Hijrah yang pertama iaitu :

Sentiasa bersangka baik

bersangka baik

Pemikiran begini perlu dilatih.Saya terpaksa melatih diri sendiri.Saya latih untuk sentiasa bersangka baik.

Bayangkan dalam situasi begini.

Orang kata negatif saya twist balik sebagai kata penguat semangat.

Orang sindir maka saya anggap lawak antarabangsa.

Kalau orang hon kereta kepada kita bermakna itu adalah sapaan selamat pagi atau petang.

Pasangan anda berleter maknanya tengah berlatih menyanyi rap.

Jadi layan sahaja dengan hati gembira.

Nampak tak bagaimana pengaruh bersangka baik.

Fikir yang baik-baik.

Istilah lainnya ialah pemikiran positif.

Izinkan saya membawa satu contoh.

Bukan kisah benar la.

Mat Zuke bekerja di bahagian perhubungan awam di sebuah restoran.Tugasnya mengambil tempahan para pelangan sama ada minuman atau makanan.

Suatu hari Mat Zuke membuat kesilapan kecil tetapi besar kesannya kepada pihak pelanggan.

Pelanggan minta mee jawa tetapi Mat Zuke terhantar mee laksa.

Apa lagi Mat Zuke kena sumpah,kena maki dan kena caci bagaikan Mat Zuke pesalah paling berat dalam dunia ini.

Sekiranya Mat Zuke tidak bersangka baik maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

  • Balas balik.
  • Tumbuk pelanggan
  • Resign 24 jam
  • Viral dalam media sosial

Namun Mat Zuke melatih diri untuk bersangka baik bahawa pelanggan tersebut tidak sengnaja dan mungkin tengah stress sebab isterinya tak bagi ‘offer ado malam’ [Orang Sarawak faham la]

Jadi Mat Zuke perlu minta maaf dan memaafkan pelanggan tersebut.

Apa-apapun makian,cacian dan sumpahan pelanggan kepada pekerja restoran  adalah lumrah.

Dari situ penting Hijrah Diri untuk sentiasa bersangka baik setiap masa dan ketika.

Bagaimana untuk kekal bersangka baik ?

Saya faham ramai nak tanya soalan begini.

Seperti yang saya katakan tadi kita perlu berlatih.

Bila dah masak dan sebati dengan tabiat bersangka baik lebih mudah untuk mengekalkan cara demikian.

Perkara yang amat penting sekali ialah kita berhak untuk pilih perasaan untuk gembira atau sedih.

Pelbagai cara ada.

Ada orang gembira kalau ternak >> Ikan Tilapia.

Anggap sahaja ada dua suis dalam diri kita.

Ini contoh sahaja.

Suis gembira ada pada tangan kanan manakala suis sedih pada tangan kiri.

Jika rasa  gembira tepuk tangan hehehe.

Tak adalah.Saya gurau.

Untuk terus berasa gembira cubalah tekan suis gembira sebelah kanan.

Tak kisah la suis itu kat dahi,hidung atau telinga.Buat satu imaginasi tentang suis tersebut.

Dengan selalu gembira lebih mudah untuk bersangka baik kerana semua ini adalah pemikiran positif.

Kesimpulan.

Sentiasa bersangka baik bukan susah nak buat jika kita faham konsep atau bijak mengawal cara berfikir.

Yang penting kita boleh usaha sehabis baik.

In shaa kita akan bincang dan sambung lain kali..

Untuk tidak ketinggalan mengetahui sambungan tersebut jomlah sertai komuniti :

Sekian.

Jumpa lagi

-mrhanafi-

3 Muharam 1439H

(Visited 88 times, 1 visits today)

24 thoughts on “Hijrah Diri : Sentiasa Bersangka Baik

    • untuk mengelakkan kena tipu sangat wajar berhati-hati dan cerewet dalam semua perkara..

      itulah tuan bersangka baik berdasarkan keadaan dan situasi

  1. Dengan berfikiran positif pasti akan membawa kepada sifat yang bersangka baik.

    Banyak kesan buruk kalau bersangka buruk. Nasib Mat Zuke tu tak bersangka buruk.

    Tak sabar nak baca siri seterusnya.

    • harap begitulah..

      bersangka baik dan bersangka buruk dua perkara berbeza..

      berhati-hati dan sentiasa berwaspada jauh lebih baik daripada ada rasa curiga dan mencurigai

    • memang bergantung kepada situasi juga..

      kita jujur tetapi orang lain belum tentu sejujur kita..

      cara terbaik berhati-hati dan berwaspada walaupun fikiran bersangka baik..

Leave a Comment

CommentLuv badge