Tamsilan Cerita Budak Kecil Nak Beli Kereta

Admin menoleh kepada satu keluarga bahagia. Anak dua dan sepasang suami isteri. Ketika melintas mereka admin terdengar anak yang sulung berkata sesuatu kepada ayahnya.

“Saya mahu beli kereta itu ! ” sambil dia menunding jari ke sebuah kereta  Waja yang parking tepi jalan.

Beli Kereta

FB Shamshul Malis Samshir

Si ayah pula tidak berkata apa-apa manakala si ibu terus memberi komen untuk anaknya.

“Kalau nak beli kereta begitu, belajar la rajin-rajin supaya jadi pandai”

Setelah admin berlalu pergi, barulah admin sedar mereka cuma menunggang motosikal sebagai pengangkutan utama.

Dalam hati berbisik..” keinginan anak kecil tersebut cukup tinggi. Dia mahu mengubah kehidupan. Dari hidup biasa ke lebih baik.”

WAJIB BACA :   Penglipur Raya Aidilfitri 2019 Yang Mengusik Jiwa

Mengikut jangkaan admin,budak kecil ini belum lagi ke sekolah rendah tetapi Allah SWT bagi ilham untuknya kepada keinginan yang besar dan hebat.

Tak sangka admin turut tersentak.

Realiti kehidupan tanpa memilliki rumah, kereta waima isteri syantik memang getir untuk dilalui menanti hari mendatang.

Maknanya admin bermula dari bawah semula untuk naik tangga kehidupan satu persatu dengan tabah.

  • Kemas kini 31/12/24

26 thoughts on “Tamsilan Cerita Budak Kecil Nak Beli Kereta”

  1. Papaku pulang dari kota,
    Papaku beli kan kereta,
    Kereta kecil warna merah,
    Boleh ku bawa kesekolah,

    Tu lirik lagu yang selalu dengar masa kecil dulu.. Kereta warna merah.

    Reply
  2. Dengan cita2 yang tinggi akan mendewasakan kita.kita akan lebih berusaha dan fokus untuk berjaya.sorang kawan saya pernah hidup rumah didalam petak sawah,berdindingkan buluh,berlantai batang pinang dan beratap nipah serta basikal pengangkutan utamanya…sekarang ini anak kecil tersebut telah menjadi pegawai yang berjaya….alhamdulillah…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge