Inilah alkisahnya…
Kisah terjumpa isteri bayangan yang cantik, menawan dan mendamai jiwa.
Nama saya Perasan. Maaf, itu sekadar nama samaran. Mana boleh bagitau nama sebenar, terutama dalam dunia fitnah dan kepalsuan yang melanda saat ini. Lebih tepat lagi, kita berada di dunia akhir zaman di mana kiamat sudah dekat.
Yang benar seperti palsu.
Yang palsu pula seperti benar.
Yang salah seperti betul.
Yang betul seperti salah.
Akhirnya, kepala pening dan otak mereng. Saya tinggalkan kemelut yang tiada kesudahan ini. Saya ingin kongsikan cerita saya berjumpa isteri bayangan yang syantik.
Untuk makluman, isteri bayangan umpama isteri masa depan, tetapi tidak seratus peratus sama. Isteri bayangan mungkin akan menjadi kenyataan, atau mungkin tidak akan jumpa langsung dalam alam realiti. Ia hanya bayangan dalam fikiran dan minda semata-mata.
Gadis syantik ini memang berkelas. Muka licin, kulit putih, dan senyuman menawan. Tingginya seimbang, tidak terlalu tinggi dan tidak rendah. Yang paling cun, saiz badan tidak gemuk dan tidak kurus. Dia juga berpendidikan dan menutup aurat.
Mana mau cari gadis syantik begitu kalau bukan di Facebook?
Kebetulan, saya bekerja menggunakan media sosial, jadi tidak dapat mengelakkan diri dari membuka Facebook. Ketika membaca status kawan-kawan, saya perasan seorang kawan yang post sesuatu yang biasa-biasa.
Beberapa hari berlalu dan saya tidak kisahkan siapa dia. Namun, entah mengapa, pada suatu hari saya stalk profil Facebooknya.
Wow… syantik juga budak ini. Dia kurang aktif mengemaskini status, tetapi ada sekali-sekala post tentang bisnes. Ini dah kira bagus, sebab gadis pilihan memang yang berfikiran bisnes.
Bermula dari situ, saya mula perasan. Mentang-mentang nama saya Perasan, no wonder la selalu perasan. Setuju?
Ingat, nama adalah doa. Nama yang bagus menjadi doa yang baik. Begitulah sebaliknya.
Islam melarang umatnya mencela rupa seseorang dengan panggilan jelek, yang boleh menguris hati dan perasaan orang lain.
Berbalik kepada gadis syantik tadi, saya pun pilih gambar terbaiknya.
Bukan yang seksi, jauh sekali yang menampak aurat. Saya download dan gabungkan gambar dia dengan saya menggunakan aplikasi tertentu.
Pergh…
Isteri Bayangan
Bila dah siap, gambar kami bagaikan sepasang kekasih yang sepadan. Muka kami berdua seakan-akan ada jodoh. Orang dulu-dulu kata seperti pinang dibelah dua. Kalau orang sekarang kata, “so sweet” atau “bersemut”.
Alangkah best kalau gadis syantik tersebut betul-betul menjadi pasangan hidup Perasan hingga ke Jannah. Cuma, saya tidak boleh kongsikan gambar tersebut kerana dari segi moralnya tidak bagus. Biarlah itu menjadi rahsia saya dengan Maha Pencipta.
Wallahualam.
Penutup
Terus terang, admin akui cerita ini sebagai hiburan ringan semata-mata. Dalam pada itu, ambil sedikit sebanyak pengajaran yang bermanfaat.
- 31/12/24
baca sehingga sebelum sampai penutup dah terpikir yang bro hanafi ni dah angau..rupe2nye sekadar hiburan. Tapi kan lebih baik kalau betul2 hehehe
teknik penceritaan itu ada…
in shaa Allah berkat doa..
benda yang baik akan jadi punya..
Kalau dah memang ada jodoh perasan dan gadis Shantik.. kata orang kalau dah jodoh tak ke mana..
Anuar recently posted…Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri Akhir)
hahahahaha kalau dah jodoh duduk rumah jelah.
sebab tu tak akan kemana-mana ..
apappun..aamiin
semoga beroleh istri yang lebih baik lagi bro
aamiin dan terima kasih mas
Bahaya bayangan macam ni. Nanti jadi kenyataan boleh haru biru kalau tak kena gaya .
Rahimah Majid recently posted…Hilangkan Pening Kepala Dengan Servis Airport Transfer Jika Bercuti Ke Tokyo
yelah tu…
semoga dapat yang baik-baiik sahaja
Mudah2an bertemu jodoh seperti yang diperasankan
aamiin…
mula-mula perasan..
lama-lama ada perasaan la tu
aamiin..
biar Allah sahaja menentukan.
Kalau nak cari jodoh yang benar usah di facebook, mukanya semua edit editan.. Kelihatan cantik pada gambar.. Kenyataan lain.. Moga dapat jodoh yang cantik dan baik.
aamiin..
memang majoriti begitu mas..
kecantikan boleh dibuat-buat dalam gambar..
cuba jumpa secara bersemuka untuk betul-betul tahu
in sha Allah isteri cantek juga rezeki.
alhamdulillah..
rezeki ada dimana-mana
In shaa Allah, mudah2an ada jodoh dan dipertemukan jua nanti… aamiin.
aamiin dan terima kasih atas doa tuan
hehehehe
Hiburan semata-mata ke. Adeh..
hahahaha..
mungkin ada kebenaran juga..?
In shaa Allah, kalau udah jodoh, ngak kemana..doakan yg terbaik buat tuan admin..
aamiin dan terima kasih tuan..
saya percaya statement tu..
Biar cantik luar dalam…hati pun senang… 😉
mudah-mudahan itu yang kita dapat…
aamiin
takper tuan….isteri cantik di dunia takdapat isteri cantik menunggu di syurga…insyaAllah…
lumrahnya begitu..
di akhirat dan syurga lagi best
wow
imaginasi tinggi nih
hehehe
bro lagi tinggi imaginasi..
saya sekadar conteng – conteng je