Santai Bersama Buah Hati Di Aeon Mall Kuching Memang Seronok Giler

Buah hati admin bukan kekasih tau!.Buah hati yang admin maksudkan ialah anak-anak tersayang dan tercinta di dunia dan akhirat.Alhamdulillah dengan kesempatan waktu yang amat terhad admin sempat meluangkan masa bersama mereka tempohari.

Destinasi kami untuk santai tentunya Aeon Mall Kuching yang baharu sahaja dibuka beberapa bulan yang lepas.Seperti biasa tak sah bersantai kalau tiada aktiviti makan-makan.Jadi kami pilih outlet The Chicken Rice Shop untuk menjamu selera.

buah hati

Memandangkan admin belum makan tengahari dan buah hati juga begitu, jadi kami pilih set  yang berharga sekitar RM80.Puas hati juga.Ada nasi ayam dan lauk ayam.Sayur-sayuran dan gado-gado memang terbaik.Sedap dan tak terkata.

WAJIB BACA :   Pengakuan bekas positif Covid-19 ini mengemparkan

buah hati

Tak sangka buah hati cilik mampu menghabiskan sepinggan nasi ayam.Memang makanan feveret dia rupanya.Si abang dan si kakaknya pula memang jenis pemakan.Mudahlah untuk membawa mereka makan-makan tanpa pembaziran.

buah hati

Diakhir cerita makanan habis.Yang tinggal cuma air sup dan air gas.Admin tidak mampu menghabiskan air gas kerana sudah kekenyangan tahap maksima.Nasib baik semua makanan habis.Alhamdulilah rezeki selepas hari Raya Puasa 2018.Ada rezeki yang lain pula kami akan datang lagi untuk makan besar seperti ini.In shaa Allah.

buah hati

Setelah perut terisi dengan makanan di The Rice Chicken Shop, admin bawa buah hati ke kedai buku Popular dalam Aeon Mall.Setiap seorang dari kami memilih senaskah buku.Pelaburan untuk ilmu ini dalam RM100.Kira masih ok la.Admin pilih buku Mudahnya Mejemput Rezeki 2.Jika ada idea bolehlah nanti nak buat review.In shaa Allah.

WAJIB BACA :   Edit Entri Lama Supaya Relevan

buah hati

Sebelum berpisah jauh dengan buah hati, admin sekali lagi membawa mereka makan di gerai.Cuma tidak sempat ambik gambar makanan kerana keterujaan untuk makan lebih tinggi dari berwelfie.Lihat sahaja admin dah semakin kecik.Anak bujang dan anak dara semakin besar la pulak.

buah hati

Akhirnya sekitar jam 10 malam santai bersama buah hati berakhir .Anak sulung akan kembali ke asrama MRSM Betong dan anak kedua pula akan ke asrama agama Matang,Adik bongsu pula kembali bersama ibu mereka di Samarahan.Admin pula meneruskan kehidupan bersendirian lagi di Kuching

Semoga kami empat beranak  masih diberi kesempatan untuk santai begini pada masa mendatang.Mohon doa pembaca agar admin terus dilimpahi rezeki berkat yang mencurah-curah dan melimpah ruah hingga ke hujung nyawa.

WAJIB BACA :   Impian hidup umpama api dalam sekam....ikuti 2 kisah amazing ini

Aamiin.

p/s : Jangan malu-malu untuk dapatkan cerita terkini blog ini melalui langganan email secara percuma atau FB Page ataupun Grup Whatsapp

Comments 23

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge