Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018

Sekolah agama Samarahan ada mengadakan ujian kelayakan ke tahun satu 2018.Alhamdulillah saya berpeluang baru-baru ini menemani anak yang bongsu ke sekolah kluster kecemerlangan.

SKAIK adalah sekolah yang menerima anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2015 dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

SKAIK merujuk kepada Sekolah Kebangsaan Agama Ibnu Khaldun.Lokasi sekolah ini di Kota Samarahan.Tak berapa jauh dari rumah saya sendiri.

Sekolah Kebangsaan agama Ibnu Kaldun Samarahan

Info lengkap:

SK Agama Ibnu Khaldun Kota Samarahan,
Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak, Malaysia.

Nombor Telefon :
082-895537

Faks :
082-895905

Emel:
info@skagamaibnukhaldun.edu.my

Pada hari kejadian. [macam buat saspen] .Punya la ramai ibubapa yang datang.Kami bagaikan pesta Jom Heboh TV3.

Saya bersama anak bongsu datang awal.Isteri pertama tak sempat ikut kerana ada urusan lain.

Sekolah agama samarahan

Pada pukul 7.00 pagi para ibubapa sudah mula mendaftar.Ujian kelayakan bermula jam 8.40 pagi sehingga 10.40 pagi.

Selama 2 jam anak-anak yang masih di tadika terpaksa menduduki peperiksaan yang sangat ketat.Ada pengawas peperiksaan dan ada dokumen pengesahan diri.

Sebelum peperiksaan dijalankan,kami selaku ibubapa dan anak-anak berkumpul di gelanggang terbuka.Lama juga menunggu giliran.

[Dah baca ke : Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak ]

Saya anggarkan dari jam 7.40 pagi hingga 8.30 pagi.Kami menunggu calon-calon yang lain selesai mendaftar.

Masanya sudah tiba.

Ketika anak-anak menduduki peperiksaan, kami ibubapa diberi taklimat dalam dewan.Tak la masa kami terbuang begitu sahaja.

Saya difahamkan terdapat 320 calon yang memohon untuk duduk ujian tersebut.Pihak SKAIK cuma mengambil 90 orang sahaja murid.

45 murid lelaki.

45 murid perempuan

Anak-anak yang mencapai keputusan tertinggi akan ditawarkan masuk SKAIK.Tiada istilah sekadar lulus kerana persaingan begitu sengit.

Kesimpulannya.

Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi.Jika mendapat tawaran maka itu rezeki anak saya.

SKAIK

Jika tercicir pun saya tidak risau sangat kerana saya sudah mendaftar di sekolah aliran biasa.

Saya teringat pesan Pegawai Pendidikan Daerah yang  memberi taklimat pada hari tersebut.

“Jangan salahkan sesiapa jika anak kita yang menduduki ujian tersebut tidak mendapat tempat di SKAIK.Itu dinamakan bukan rezeki.Kalau dapat alhamdulillah.Tak dapat pun alhamdulillah kerana kita sudah berusaha”

Ini sekadar pendapat saya.

Kalau bersekolah agama ada kelebihan tersendiri.Sepertimana kata anak perempuan saya yang kedua, mereka belajar al Quran dan ilmu agama secara intensif.

Saya selaku ibubapa cuma memberi peluang pendidikan terbaik untuk anak-anak.Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang berakhlak,solehah dan menghayati ajaran Islam dengan lebih baik.

Doakan juga mereka jadi anak pintar cerdas dan genius.Aamiin.

Baiklah.

Cukup sampai di sini.

Jika sudi jomlah sertai komuniti atau bantu saya :

Sekian.Jumpa lagi.

-mrhanafi-

[ whatApp  je] 

 

Artikel berkaitan

28 thoughts on “Sekolah Agama Samarahan Anjur Ujian Kelayakan Tahun Satu 2018

    1. aamiin dan terima kasih kerana memberi doa yang terbaik untuk anak bongsu saya..

      semoga Blogger Azhafizah tidak serik datang ke blog ini..

      1. P/s boleh x en hanafi komen kat blog Belang Tarung n minta dia ubah kotak komen?Susah sy nk drop komen/BW kt blog dia.. terima kasih

    1. tulah cabaran seorang ayah…

      ada anak dara zaman pancaroba…

      moga didikan dan doa dapat membentuk mereka jadi muslimah sejati.

      aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge