SPM 2021: Kejayaan anak dapat 7A cukup bermakna

Keputusan SPM 2021 telah pun diumumkan pada 16 Jun 2022 sekitar pukul 10 pagi serentak di seluruh negara

Seramai 407,097 calon SPM mendaftar pada tahun tersebut.

Daripada jumlah tersebut hanya  9,696 calon dapat skor  A dalam semua  mata pelajaran.

Wah pencapaian yang hebat.

Di Sarawak pula ada 12 pelajar SPM yang dapat A+ dalam semua subjek dari 36, 386 pelajar yang mendaftar untuk ujian tersebut.

Memang keputusan luar biasa buat mereka.

Alhamdulillah anak perempuan mrhanafi iaitu Darwina Hafifi dapat 7A daripada 11 subjek yang diambil.

Anak dan bapa yang suka bergurau-senda

Terima kasih dan tahniah buat semua warga pendidik dan tenaga kerja Sekolah Menengah Agama Matang 2 di Kuching.

WAJIB BACA :   Iftar Boleh Jimat Mengapa Boleh Boros

Tak lupa juga kepada semua yang terlibat secara tidak langsung dengan kejayaan Darwina.

Semoga Allah SWT membalas jasa dan kebaikan mereka dengan pahala jariah yang tiada putus-putus.

Aamin Ya Rabbil Aalamin..

SPM 2021:
Ketika ambil keputusam SPM 2011

Keputusan ini cukup cemerlang bagi mrhanafi kerana Darwina  berada di aliran agama yang dikombinasi dengan subjek sains tulen.

Bukan mudah untuk skor A dalam subjek bahasa Arab, pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.

Dalam masa yang sama bertungkus-lumus memahami subjek sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Abangnya dulu mencatat 8A dalam SPM 2020 daripada sembilan subjek yang diduduki ketika belajar MRSM Betong..

Jika mrhanafi sendiri pun belum tentu dapat skor A yang sebegitu banyak.

WAJIB BACA :   Ais Batu Campur Spesial Penyejuk Hati

Bayangkan betapa banyak subjek diambil dan betapa banyak masa digunakan untuk metelaah pelajaran tersebut.

Setelah berhempas pulas belajar, mengulangkaji dan sebagainya selama lima tahun di sekolah  kini dapat hasil pada tahun 2021.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT kerana mampu berjaya dengan cemerlang

SPM 2021

Tumpang gembira dengan kejayaan anak

Perjalanan hidup mereka masih jauh.

Dugaan kehidupan penuh ranjau namun kejayaan dalam akademik adalah satu indikator untuk terus sukses dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.

Apa resepi sukses dan ramuan kejayaannya?

Darwina akui sentiasa fokus dalam kelas dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa  dan saudara-mara serta para guru dan sahabat handai.

Tambahnya lagi perlu bijak urus masa dan buat perancangan sebelum membuat sesuatu perkara.

WAJIB BACA :   i-sinar tanpa syarat boleh dipohon mulai 8 Mac 2021

Mrhanafi sendiri perhatikan Darwina seorang anak yang  pemurah untuk bersedekah.

Buat lepasan SPM 2021, tahniah kepada yang berjaya dan kepada mereka yang kurang berjaya, boleh cuba lagi dalam ujian yang lain pula.

Sijil SPM bukan penentu kejayaan hidup seratus peratus tetapi boleh jadi kenangan yang paling manis seumur hidup sekiranya dapat keputusan terbaik serta cemerlang.

Hanya SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia masih bertahan untuk diteruskan berbanding UPSR dan PT3 yang kini sudah dimansuhkan dalam kalendar peperiksaan umum negara.

Akhir kata, salam sukses semua.

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge