7 tabiat Iman Gadzhi untuk jadi jutawan muda

Siapa Iman Gadzhi ?

Tentu ramai yang belum kenal.

Iman Ghadzi lahir di Dagestanskiye Ogni di Selatan Rusia dan kini sudah mendapat kerakyatan Britain.

Beliau merupakan usahawan bidang e-commerce dan berkerjaya sebagai CEO di IAG Media, sebuah agensi pengiklanan.

Kisah awal hidupnya agak menyedihkan kerana ditinggalkan oleh ayahnya sebelum lahir lagi.

Ibunya terpaksa bekerja tiga pekerjaan dalam sehari untuk menyara kehidupan mereka.

Setelah ibunya kahwin baharu, Iman Ghadzi berhijrah ke kota London.

Di sana mereka memulakan kehidupan semula.

Iman Ghadzi meneruskan persekolahan di London tetapi selepas penceraian ibu dan bapa tirinya menyebabkan beliau terpaksa menghentikan persekolahan sewaktu berusia 14 tahun.

WAJIB BACA :   Bagaimana dapat minda sihat emosi stabil dengan mudah?

Sekali lagi kedua beranak ini menjalani kesukaran hidup di kota London sehingga Iman terpaksa cari duit sendiri untuk menyara kehidupan.

Kisah tersebut boleh dilayari dalam pautan ini.

Mrhanafi tertarik dengan figura Iman Ghadzi kerana  video Youtubenya berkenaan tujuh tabiat jadi jutawan muda.

Video tersebut ada mrhanafi sertakan di bawah

Izinkan juga mrhanafi  ulas sedikit tabiat yang membolehkan beliau jadi jutawan dalam usia yang begitu muda.

Tabiat Jutawan Iman Gadzhi

1.Baca buku

Iman Ghadzi memang gemar membaca buku. Kesan daripada pembacaanya menyebabkan beliau cepat matang pemikiran dan berjaya dalam usia yang begitu muda.

2.Kemahiran jana pendapatan tinggi

Kemahiran ini sangat penting. Sesiapa yang dapat menguasainya boleh mendapat wang dalam masa yang singkat.

WAJIB BACA :   Wow….ini memang betul-betul punya ! Kuasa tindakan beri impak luar biasa

3.Membentuk minda abundance

Wah, ini minda orang kaya. Dalam pemikiran mereka penuh limpahan dan kekayaan tidak habis-habis.

4.Meditasi setiap hari

Antara cara yang terbaik untuk mengenali diri sendiri dan mencipta gelombang ketenangan dalam pemikiran.

Bagi orang Islam, berselawat dan berzikir boleh capai gelombang tennag tenang

5. Susun kemahiran aras tinggi

Ini berkaitan leverage kemahiran diri ataupun orang lain.

Gunakan pada tempat yang betul untuk manfaat bersama.

6.Kenal pasti bakat yang berpotensi

Setiap daripada kita punyai keunikan dan istimewaan yang tersendiri.

Jadi ia ada hubung kait dengan bakat yang boleh diasah untuk menjana pendapatan

7. Menceburi pelaburan

Konsep orang kaya ialah duit cari duit.

WAJIB BACA :   Kisah Benar Keajaiban Sedekah Menyembuhkan Penyakit

Sudah tentu ia melibatkan pelaburan sama ada untuk berskala besar atau kecil.

Ini termasuk saham, bon dan sebagainya.

Kesimpulan

Sejujurnya mrhanafi memang mengkagumi jutawan muda Iman Gadzhi.

Kejayaannya mengubah hidup dari susah jadi jutawan begitu cepat sekali.

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge