Siapa Cardock? Ada tak yang belum kenal? Saya juga tidak perasan sehinggalah nama Cardock naik sebagai top Youtuber di Malaysia ketika ini.Follower di media sosial mesti kenal dengan beliau.
Lainlah pula dengan saya nie. Bahkan semasa beliau masih menjadi pembaca berita saya pun tidak ambil port sangat. Maafkan saya Cardock dengan cara demikian.
Begitulah adat dunia. Ketika sukses baharu orang terbuka mata untuk mengetahui orang tersebut. Jika belum apa-apa tiada siapa yang peduli.
Macam saya nielah.Siapa yang nak tahu tentang mrhanafi. Hehehe
Ok.Cukup setakat itu. Kita kembali ke pangkal jalan.
Table of Contents
Siapa cardock
Cardock atau nama sebenarnya Fadhil Mohd Isa merupakan orang Sibu, Sarawak.
Ayahnya orang Perak dan ibunya seorang mualaf yang berbangsa Iban. Kini Cardock sudah menjadi Youtuber sepenuh masa yang berjaya dengan pendapatan cukup lumayan.
Baru-baru ini Cardock ada membuat sesi meet & greet bersama peminatnya di Kuching.
Sayangnya.
Saya tiada kesempatan waktu untuk bersama mereka kerana masih bekerja pada masa tersebut.
Betullah kata Tuan Azizan Osman, hidup akan lebih indah jika sudah ada kebebasan masa dan kewangan. Selagi belum maka usahakan sahaja sehingga mencapai tahap paling ideal dalam kehidupan kita iaitu bebas wang dan bebas masa.
Baiklah.
Kita tinggalkan bebelan motibasi saya yang ntah –ntah apa-apa tu.
Saya tetap mengikuti perkembangan Cardock baik di Facebook mahupun Youtube. Alhamdulillah saya terjumpa tiga video Cardock yang menceritakan kisah beliau selepas habis SPM.
Video siapa cardock part 1
Video siapa cardock part 2
Video siapa cardock part 3
Penutup
Dari kisah siapa cardock sebelum jadi Youtuber dapatlah saya buat rumusan sedikit.
Beliau merupakan insan yang berjiwa besar. Bijak mengambil peluang yang terhidang dan yang penting juga berani mengambil risiko. Beliau melalui naik-turun dan jatuh- bangun dalam kehidupan ini
Kisah inspirasi begini wajar kita teladani.
Sebab kita semua mahu berjaya tetapi berjaya cuma di mulut sahaja. Sedangkan hakikat kejayaan adalah usaha, kesungguhan dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah SWT.
Semoga bermanfaat hendaknya.
Jangan lupa untuk share dan follow blog ini di media sosial atau langgan emel yang telah disediakan.
Boleh baca juga :
Yutuber sekarang menjadi salah satu cita2 favorit anak sekarang. Mengalahkan profesi dokter, pilot dll. Tentunya karena kabar soal penghasilan mereka yang fantastis
penghasilan income dari Youtube memang lumayan …
tapi cabaran nak dapat Follower dan viewer
wah hebat sungguh =)
ya bro..
rezeki dia
oh saya pun tak kenal beliau sampai sekarang ni baru tahu lepas baca entri ni
patut kenal..
orang Sarawak you hehehe
Mmg betul2 rezeki dia.. Subscriber pun beratus ribu.. kejap jer naik..
ya..
beliau memang bekerja keras untuk sampai ke tahao itu.
hasilnya cepat naik dan berjaya
Your posts always deliver quality information. Appreciate your hard work!
thank you