Ingat la ya jangan kejar wanita jika nak pikat mereka.Percayalah cara ini kurang gentlemen. Saya percaya ramai wanita di luar sana kurang suka dengan cara begini.
Prinsip ini saya dengar dari pakar cinta melalui Youtube. Jujurnya saya tidak mahu untuk mencuba kerana saya sudah berpunya dengan isteri idaman.
Jangan kejar wanita
Kalau sudah berpunya buat apa nak mengatal lagi.
Betulkan ?
Baiklah saya jelaskan kewajaran mengapa lelaki tidak perlu kejar wanita untuk pikat mereka. Kalau kejar wanita, sudah pasti mereka lari.
Sekarang tukar mindset.
Wanita pula kejar lelaki. Inilah rahsia para lelaki idaman yang cukup bijak menawan hati wanita. Hanya berbekalkan kata-kata manis dan janji-janji mengoda ramai wanita yang cair. Sekarang wanita pula kejar mereka.
Adakah lelaki yang dikejar wanita ini terlalu hensem atau sangat berada.
Sudah pasti tidak.
Mereka cuma bermodalkan keyakinan yang mantap. Selain itu pembawaan karakter tersendiri. Dari cara begini akan terserlah keunikan seorang lelaki yang hebat.
Lelaki jenis ini sangat bersahaja dengan wanita. Mereka seolah-olah tidak nampak wanita sama ada mereka itu cantik atau sebaliknya.
Tindakan lelaki begini akan mencabar ego wanita. Faham-faham sahaja wanita perlu perhatian. Kena pula dengan lelaki yang selamba dan tiada perasaan.Memang la wanita tercabar untuk mendekati si lelaki begini.
Dengan pendekatan begini, wanita akan ambil peranan untuk menarik perhatian lelaki pula. Sebab itu lelaki tidak wajar mengejar wanita. Sekarang bagi peluang untuk wanita mengejar lelaki pula.
Bagaimana?
Adakah terlalu pelik ?
Sudah semestinya tidak kerana lelaki yang hebat akan mengawal perasaan dan emosi agar tidak terpengaruh dengan keadaan.
Bagaimanapun teori ini tidaklah tepat untuk semua lelaki atau wanita. Ikut kesesuaian dan keadaan. Saya bagi satu contoh senario. Ya senario skema yang mudah kita fahami.
Terdapat sekumpulan lelaki hensem di hentian LRT. Mereka berlima. Duduk sembang kosong. Tiba-tiba melintas gadis ayu yang cantik menawan. Hampir semua lelaki yang ada di dunia ini inginkan wanita begitu.
Empat orang lelaki hensem tadi tertoleh dan mula menunjukkan aksi untuk mengurat.Namun seorang daripada mereka tidak berbuat demikian.Aksi dia bersahaja dan selamba.Pendek kata seperti lelaki tiada rasa dan jiwa.
Pada pandangan anda sebagai wanita cantik tadi, lelaki hensem mana yang anda minat untuk dekati.
Jawapan saya tentulah lelaki hensem yang selamba badak atau selamba dek tersebut.
Rasionalnya kerana lelaki ini betul-betul menampilkan sifat lelaki hebat. Dia hanya biarkan wanita mengejar dia dan bukan dia mengejar wanita.
Kesimpulan
Sekarang sudah faham tak, mengapa jangan kejar wanita jika nak memikat mereka dengan secara terhormat. Hanya lelaki hebat mampu mengawal diri daripada terpesona dengan kecantikan wanita yang bukan miliknya.
Adakah pembaca setuju dengan jangan kejar wanita jika nak pikat mereka. Jawapan kita boleh bimcang di bahagian komen.
Jangan lupa untuk lanjutkan bacaan anda untuk artikel Rahsia untuk pikat hati wanita.
- Kemas kini 18/5/22
hahaha mana-mana pun boleh.
kan..terpulang pada tuan punya badan
Banyak wanita cantik berpikir kalau semua lelaki pasti mengejarnya dan memang demikian, maka saat ada satu yang cuek padanya dia akan penasaran.
Karena secara psikologi wanita ini tidak terbiasa dengan penolakan jadi dia akan mendapatkan semacam “approval” kalau bahasa psikologinya terhadap lelaki yang tidak mengejarnya tersebut.
Kind of showing off our strength. #IMHO
Hanila PendarBintang recently posted…Traveling Sarana Belajar dan Pengembangan Diri
pendapat ini memang ada betulnya…
so para jomblo take note ye.
Orang perempuan ni biasanya kalau lelaki tu buat tak nampak dia, mau ulang alik 10 kali depan pakwe tu.
Terbukti lelaki yang cool adalah pujaan hati wanita. Haha.
Selamat tahun 2020
Dukenaim recently posted…Selamat Tinggal 2019
wow…lelaki cool memang jadi keutaaman wanita
betul bro
Saya juga tak dikejar-kejar oleh my husband. Malah saya jatuh cinta padanya hehe. Tapi saya tak kejar dia jugalah. Dia yang menyatakan dan saya menyambutnya. 😀
Semasa gadis, saya tak suka dikejar-kejar lelaki. Malah saya jauhi kalau tahu ada yang mengejar-ngejar.
wow…
inilah pengakuan best yang dikongsikan.
terima kasih ya…seronok baca hehehe
betul.. kalau kejar nanti dia lari
sebab itu jangan kejar…
tarik sahaja guna kuasa minda hehehe
Yup… i’m this type of person… mungkin pemalu kot… kikikikiki… apa pun, hati teman sudah pun di miliki… Tuan admin, bila lagi…
tahniah untuk awak..
saya …dalam perjalanan
kadang2 ada betulnya juga…lelaki yang tak beri perhatian langsung tu lebih mahal harganya…gituhhh
tapi kalo wanita, lain pula kot…lelaki kan suka yg manja tergedik2 gitu…bahahahhha
sunah sakura recently posted…Adakah Influenza Berbahaya Kepada Ibu Mengandung?
lelaki ni ada pelbagai kategori dan jenis.
ada yang suka gedik dan ada juga serius..
inilah keindahan dalam kehidupan
ada betul nya, kalau lelaki terlalu terkejar-kejar, terlalu over nak kan perempuan tu, perempuan tu lagi takut., kalau esok-esok dengan semua perempuan pun lelaki tu terkejar-kejar, tertoleh-toleh…
kadang kene nampak sedikit mahal supaya orang hormat kita, bukan nampak murah dan senang di dekati
Siti Norhidanah Mohd Miswan recently posted…APA ADA DALAM HANDBAG DANA?
pendapat emak-emak orang begini memang win.
realiti secara psikologi memang begitu.
Islam pun tak ajar begitu..
kalau nak jumpa la jumpa orang tua.
hehehehe
Tak pe… tunggu jer.. nnti datang la tu..
Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover Tajul
ya betul..
guna cara spiritual
apa2 la.. kalau dah jodoh tak kemana..
Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover Tajul
ya…saya pun suka dengan mindset ini.
macam-macam hal =)
hahahha..
inilah persoalan dunia
assalamualaikum… selamat tahun baru 2020… maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni… insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni…. harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya…
wsalam awak..
in shaa Allah kita tetap berkunjung seperti biasa.
jangan risau
yg di kejar tentulah lari perluyakin diri terus masuk minang
cara terbaik…jumpa walinya..
Wanita sekarang umpama ikan
Tak perlu kejar,
pancing guna umpan
zaman sudah berubah tuan..
cara komunukasi sudah lain