Jodoh terbaik adalah impian semua pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga atau sudah menjadi suami-isteri yang sah.Teruskan mencari jika belum berjumpa.
Hidup adalah pentas ujian.Manusia akan diuji dalam pelbagai aspek kehidupan terutama melibatkan tiga perkara ini.
1.Rezeki
2.Ajal
3.Jodoh
Perkara tersebut menjadi rahsia paling sulit untuk diketahui dengan tepat oleh manusia itu sendiri.
Ya.
Berbalik kita kepada topik asal yang ingin saya kongsikan dalam artikel ini iaitu jodoh terbaik.
Apa itu jodoh terbaik ?
Jodoh terbaik adalah padanan yang betul-betul sesuai dengan pasangan tersebut.Untuk mendapat padanan tersebut mari kita teliti beberapa syarat-syarat berikut.
Table of Contents
Jodoh terbaik
1.Faham agama
Persoalan paling asas.Lihat dengan mata hati dan bukan sekadar dengan mata biasa.
Faham agama tidak semestinya terlalu berilmu.Cukup untuk mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dalam agama.
Sekiranya ingin mencari bakal imam dan bakal makmum yang diredai, tiada kaedah unggul melainkan kepada penghayatan agama itu sendiri.
2.Padanan karakter
Karakter yang benar-benar padan dan ngam.Pasangan ini saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Padanan karakter tidak semestinya sama dalam semua perkara.Namun lebih fokus karakter yang boleh diterima dengan ikhlas walaupun ada perbezaan besar atau kecil.
3.Akhlak seseorang
Perempuan baik untuk lelaki baik dan begitu;ah sebaiknya.Akhlak pasangan ini akan bertambah baik jika mereka berjodohan.
Dengan syarat kena pada orang yang tepat.Jika sebaliknya akan bertambah jelek kepada pada orang yang tersasar padanan akhlak tersebut.
4.Perasaan cinta
Sebelum wujudnya cinta harus ada perasaan suka.Perasaan ini umum sahaja kerana kita boleh menyukai sesiapa sahaja baik sama jantina atau sebaliknya.
Setelah wujudnya suka akan timbul sayang dan lebih serius kepada cinta.Pada ketika wujudnya cinta segala logik akal tertolak tepi.
Kesimpulan
Jodoh terbaik hanya boleh disahkan depan tok kadi atau sudah disaksikan depan paderi.
Memilih jodoh adalah usaha manusia sendiri walaupun secara dasarnya sudah ditetapkan sejak azali.
Ketentuan jodoh pula dari Tuhan sama ada cepat,lambat,pendek atau panjang jodoh tersebut.
Biasanya jodoh terbaik akan kekal hingga ke Jannah kerana pertemuan dua insan ini sangat padan dalam agama, karakter, akhlak dan cinta.
Selamat bertemu jodoh terbaik buat pembaca semua dan semoga kekal bersama di dunia serta akhirat.
setuju. penting sangat untuk kita ketahui sedikit sebanyak sikap dan perangai jodoh kita. kadang walaupun dah bertunang tapi rasa jodoh tu tak berapa nak sesuai, kita istikharah mohon pada Allah. wallahualam
umi nazrah recently posted…Perbezaan Antara Influenza A B C dan H1N1 serta Selsema Biasa
kalau dah bertunang belum tentu lagi pasti selagi belum akad nikah.
masih ada pilihan untuk batalkan atau terusakan sahaja.
manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan
kena ada ilmu =)
dalam hidup ini…semua perlu ada ilmu bro
ameen ameen….
in shaa Allah
jodoh pertemuan dah ditentukan Allah swt, kita cuma berusaha ke arah itu..
ya betul tu…
in shaa allah
Jodoh adalah misteri Illahi namun dengan memperbaiki diri semoga kita dapat yang terbaikpula ohsome share en hanafi
Munir Ardi recently posted…Pindang Santan Lezat
terima kasih mas.
itu sudah pasti…jodoh adalah misteri
terjumpa quote ni kat IG semalam: “jodoh itu bukan dicari sebaliknya ia dibentuk” maksudnya, kalau kita nak kan jodoh yang baik maka kita kena jadi baik terlebih dahulu vice versa
anies recently posted…Cadbury Festive Friends
saya cukup setuju kerana jodoh adalah usaha manusia dan ketentuan Allah
ini kata2 dari org yg lebih makan garam.. haa korang kena ikut tips ni tau
iyalah..
moga beri manfaat kepada mereka yang memerlukan