Percayalah buat baik dibalas baik…tak percaya buat sahaja

Saya percaya buat baik dibalas baik. Saya sangat mengakuinya. Memang betul dan tepat. 

Anda tak silap membacanya. Anda dan saya pasti bersependapat. Buat baik dibalas baik.

Untuk menambah keyakinan tersebut, izinkan saya berkongsikan satu ayat 7 hingga 8 surah az-Zalzalah yang berbunyi :

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia dapat melihat (balasan)Nya .Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya’’

Daripada ayat tersebut bertambah keyakinan saya bahawa sesiapa yang buat baik akan dibalas baik.  

Begitulah juga dalam Hukum Tarikan. Kita yang berbuat kebaikan akan mendapat balasan yang baik, positif dan bagus.

Buat Baik Dibalas Baik

Namun jangan pula tergesa-gesa. Hari ini membuat kebaikan maka kita berharap agar balasan itu untuk esok hari. Ia juga tidak mustahil kerana Allah itu Maha Berkuasa mendatangkan apa jua kebaikan menurut aturanNya.

WAJIB BACA :   Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam

Bayangkan kalau kita berbuat kejahatan. Ditakdirkan juga kejahatan itu dibayar tunai. Mesti ramai yang tak nak buat jahat sekiranya akal mereka dapat memahami hukum alam tersebut.

Seyogia diingatkan bahawa Allah SWT sangat menyayangi makhlukNya. Lebih-lebih orang beriman.

Alangkah elok saya ceritakan apa yang berlaku sebelum entri ini ditulis. Lagipun saya tengah berada proses jaga kecergasan minda dan kesihatan diri. Memang ada kaitannya. Mari saya kongsikan untuk anda semua.

Buat Baik Dibalas Baik

Selesai sahaja saya solat subuh, ada pesanan dari anak saya untuk membersihkan najis kucing liar. 

Menurutnya ada kucing bergaduh sehingga terberak-berak di perkarangan rumah. Baunya terus menusuk rumah dan menjadi ujian hidung kami pagi tersebut.

WAJIB BACA :   Pelancaran Formula Income Seumur Hidup

Saya yang tengah mengimplimentasi Hukum Tarikan mengelak untuk mengeluh atau naik angin. 

Saya bersangka baik bahawa inilah peluang untuk berbuat kebaikan. Dalam masa yang sama saya memaafkan sahaja kelakuan kucing liar tersebut.

Tak berbaloi untuk sakit hati. Lagipun saya nak jadi orang yang optimis dengan segala cabaran yang mendatang.

Berbalik untuk  menghayati konsep buat baik saya nak ajak pembaca semua berbakti kepada kedua ibu bapa.  

Mereka telah berbuat baik dengan kita sebelum kita lahir lagi dengan penuh kasih sayang yang sangat ikhlas.

Persoalannya dapatkah kita membalas kebaikan yang mereka curah itu.

Jawapannya, pasti tidak.

Sungguhpun begitu kita wajib berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka hidup senang setelah kita berjaya dalam hidup ini.

WAJIB BACA :   Terasa Nikmatnya Sihat Ketika Sakit

Hadiahkan mereka rumah terbaik, pakaian terbaik dan makanan yang terbaik.

Layanan dan perhatian istimewa sebab tanpa mereka siapalah kita.

Jika rasa tak mampu kewangan, wajar untuk mrhanafi berkongsi cara untuk menjana pendapatan di menyertai bisnes netcommerce

Buat baik bukan untuk orang terdekat sahaja. Buat baik untuk semua orang tanpa mengenal siapa. In shaa Allah kesan dari buat baik besar balasan untuk diri sendiri.

Hebatkan Hukum Tarikan untuk kehidupan ini. Hanya mereka yang faham dan akur dengan keajaibannya akan kagum.

Saya percaya dan yakin. Cuma kekaguman mrhanafi dilebihkan kepada si PenciptaNya iaitu Allah SWT.

Terima kasih kerana sudi membaca. 

#kemas kini 16/5/22

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge