Selama beberapa hari yang lepas saya demam.Alhamdulillah, kini sudah beransur pulih.
Saya pernah menulis kisah saya yang dilanda demam sebelum ini.
Artikelnya bertajuk Demam Rindu Sudah Melanda Jiwa.
Itulah untungnya ada blog.Boleh pulak jadikan rekod dan catatan sejarah untuk diri sendiri.
Demam kali ini sama seperti tahun yang sudah-sudah.
Yang berbeza, masa dan tempatnya.
Kini saya bergelut dengan rasa berat kepala dan perasaan risau yang berterusan.
Berat kepala kerana terlalu banyak berfikir tentang dia.Cewah.
Perasaan risau kerana takut dia berat kepala memikirkan tentang saya.Alahai.
Pening.
Kebiasaannya ketika demam saya tidak mengambil sebarang ubat moden atau tradisional.
Saya cuma mengambil air kosong dengan banyak.Makan buah-buahan segar lebih dari biasa dan rehat yang mencukupi.
Saya mengambil madu sebagai alternatif antibiotik.Selain itu saya juga menjadikan hirisan lemon dicampur madu sebagai minuman.Sedapnya terangkat bulu kening hahahaha.
Setelah beberapa hari demam baharulah saya tahu betapa nikmatnya waktu sihat.
Nikmat sihat begitu banyak sekali.
Kalaulah boleh nak sihat sehingga ke hujung hayat.
Saya nak menikmati hidup ini dengan kesyukuran semaksima mungkin.
Sementara nyawa masih dikandung badan.
Sebab kita tidak akan tahu bila kita akan pergi buat selama-lamanya.
Mungkin dalam keadaan bersedia atau belum sempat bersedia ?
Mungkin ketika masih solo ?
Mungkin ketika sudah berdua ?
Tiada yang pasti.
Yang pasti itu MATI.
moga terus diberi kesihatan yg baik ya…
aamiin dan terima kasih atas perhatian
dah sihat ke tu? banyakkan minum air kosong ye.. cepat2 cari org utk jaga masa sakit hihi gurau aje
alhamdulillah..
saya sihat hampir sepenuhnya..
Ana setiap hari wajib minum lemon dan madu. Kalau dah sejukkan memang sedap. Lagi2 kalau letak daun pudina. Segar rasanya.
memang betul..
lagi sejuk lagi nikmat rasanya..
sakit penghapus dosa2 kecil. tanda Allah sayang anda, admin.
encikhafiz.my recently posted…Piya Angkat Kaki Lagi?
aamiin…moga itu yabg kita dapat dan nak.
penghapus dosa-dosa kecil
in shaa Allah..
begitu banyak sekali hikmah dalam Islam nie
semoga diberi kesihatan seperti sediakala…
ya, betul…rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara…
in In shaa Allah…semoga semuanya dipermudahkan
Semoga cepat sembuh spt sediakala tuan.. mmg bagus klu tak galakkan diri makan ubat terus sbb utk jangka panjang badan dah terbiasa melawan utk pulih secara semulajadi, in shaa Allah.
ya tuan..
saya memang tidak biasakan diri untuk makan ubat moden.
terima kasih doa dan perhatian
Teman sudah praktikan 4 makanan sunnah, madu+minyak zaitun+buah tin+Habatus Sauda… Alhamdulillah setakat nie…
saya baharu amalkan madu dan ia memang berkesan juga..
yang lainnya…akan dicuba kemudian
terima kasih mendoakan kesihatan mak saya, betul,sihat ni memang nikmat yang sangat besar
sama-sama bro..
tulah bila dah sakit baharu tahu nikmat sihat
Semoga cepat sihat ye, sakit penghapus dosa. Dan semoga dimurahkan rezeki supaya boleh cepat halalkan si dia 🙂
aamiin dan doa yang last tu lain macam je
saya pun baru keluar wad ni. 4 mlm gak tdo di sana. skrg sdg berehat di rumah slps jalani pembedahan kecil…
Semoga Abe cepat pulih dan boleh bertugas seperti biasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”
alhamdulillah..
betul sangat nie .
terima kasih kerana sudi berkongsi hadis ini
Inilah yang dipanggil “Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.”
ya..betul tuan.
Allhamdulillah dah sembuh ya. Bila tiada baru kita hargai benda yang ada. Insyallah moga Allah swt jadikan kita hambanya yang selalu bersyukur.
Sani recently posted…Wanita Ini Hasilkan RM10,929.00 Dengan Kaedah Percuma Di Facebook!
aamiin dan begitulah harapan saya ..
terima kasih kerana beri perhatian yang hebat
betul sgt tu bro..
masa saya sakit gigi nie… dah hilang nikmat nak makan apa2
masa saya betul2 lapar dan tak boleh makan…saya minum air jus tembikai.. dah tak lapar sampai ke pagi..
so skrg saya amalkan byk minum air jus. lagi ringan badan dan kurang ngantuk.. itulah hikmatnya..
Hairul Hissam recently posted…Versi Baru Belajar Terus dlm Web & Sejarah Versi Dilancarkan Sejak 2010
setiap perkara ada hikmahnya..
memamg la…sakit gigi merupakan ujian yang berat juga tu.
mood kita mudah terganggu
semoga kita semua selalu diberikan kesehatan 🙂
in shaa allah…
Aamiin
Nikmat sihat masa sakit memang berbeza rasanya berbanding nikmat sihat semasa masih sihat..subhanallah
Zarini recently posted…Book Giveaway by JJM & Friends
sebab tulah wajar bersyukur jika diberi nikmat sihat..