Saya tidak menyangka boleh berjumpa geng blogger di bumi Kelantan.
Ini semua adalah rezeki berikutan jemputan Tourism Malaysia Sarawak untuk media ke Pertandingan Memancing Malaysia Surfcasting Tour 2019 dengan tema “A Journey to Visit Malaysia 2020” yang berlangsung di Pasir Puteh, Kelantan.
Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 April sehingga 14 April 2019 memang betul-betul hebat dan mengujakan.
Dengan kesempatan ini, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada penganjur dan penaja program tersebut.
Tentulah kepada Pengarah Negeri Tourism Malaysia Sarawak, Tuan Bahruddin Sulaiman berserta pegawai Mohd Hizir Rembeli.
Begitu juga kepada wakil tuan rumah Tourism Tuan Hafiz Hazin yakni Pengarah Tourism Malaysia Kelantan berserta pegawai kanan Puan Nor Hayati Abdullah.
Ada ramai lagi yang tidak mampu saya lakarkan dalam penulisan yang terhad ini.Baik secara langsung atau tidak langsung, mereka tetap mekar dalam sanubari.Layanan dan perhatian mereka terbaik dan menyentuh hati serta perasaan.
Sekali lagi terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah memberkati usaha dan jasa mereka.
Aamiin.
Berbalik kepada topik utama, saya bertuah kerana Allah mempertemukan saya dengan beberapa rakan blogger.Antaranya seperti berikut.
Table of Contents
1.Blogger Abang Fadli
Beliau memang Travel Blogger yang saya kagumi.Saya kenal di Facebook dan tidak tersangka boleh berjumpa di alam nyata.
Seorang yang peramah dan hensem orangnya.Mesti ramai awek nak Abang Fadli.Itu kisah dia yang saya sendiri tak pasti kesahihanya.
Apa-apapun saya suka untuk bersilaturrahim dengan dia.Secara kebetulan seorang blogger dari Sarawak.
Blognya boleh dilayari di mytravellicious.com
2.Blogger Sunah Muhamad
Antara blogger yang bukan calang-calang orangnya.Saya akui tidak mampu mengenali mereka secara nyata kerana siapa saya di mata mereka.
Sunah juga berasal dari Sarawak dan kini masih belajar untuk melengkapi ijazah Doktor Falsafah.Orangnya memang hebat dan terkenal di kalangan blogger sejak tahun 2008 lagi.
Blog beliau boleh dilayari di https://www.sunahsukasakura.com/
3.Blogger Sis Lin
Oleh kerana saya tidak mengenali mereka secara offline, terpaksalah saya tanya nama secara poyo dengan beliau.
Apabila disebut Sis Lin baharulah saya sedar dan kenal akan nama tersebut.Nampaknya saya terlalu naif untuk mengenali insan blogger glamer seperti dia.
Orangnya cukup ceria dan tak sangka pula boleh berjumpa di bumi bertuah Kelantan.
Untung juga saya sempat aktif berblogwalking suatu ketika dahulu dan sempat singgah di https://www.sislin76.com/
4.Blogger Nur Farahain
Siapa sangka dan siapa menduga blogger hebat dari Johor ini bertemu blogger dari Sarawak di Kelantan.
Pertemuan yang begitu manis ini akan saya kenang sampai bila-bila.Biarpun saya tahu Blogger Ain agak malu-malu orangnya namun saya gagahi diri untuk berkenalan dengan beliau.
Saya akur siapalah saya di mata mereka ( blogger yang hebat) untuk mendekati serta menghulur salam perkenalan.
Nasib baik juga saya pernah melayari blog beliau di https://akuainkausiapa.blogspot.com/
Kesimpulan
Maafkan saya kerana tidak mengenali kalian secara bersemuka.
Maklum sahaja siapalah saya ini.Nak kata blogger, selayaknya bagaikan melukut di tepi gantang.Hidup segan tapi mati belum bersedia lagi.( masih belum kawin hahahaha )
Semoga pertemuan kita mempereratkan lagi silaturrahim sebagai blogger tanpa dibatasi jarak dan masa.
Bak kata pepatah lama,
“kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.”
Alhamdulilah ..
Mulanya agak malu nak menyapa sebab tau Mr Hanafi orangnya hebat tapi Bila tau itu Mr Hanafi, terus Sis angkat tangannya hihihi
Terimakasih Allah atas pertemuan singkat ini . Moga ada rezeki bertemu kita lagi ..
apa yg hebat saya nie hahahaha..
BTW moga ada kesempatan untuk kita jumpa lagi..
aamiin
Hahahhahahahahahhahahaha.
Tetak tetak kamek mbaca nyoooo…hebat la sangatttt..tuan hanafi lagik hebattt, Hero Borneo katakannnn 😂
Sik sempat nak beramah mesra lebih lamak..kejap gilak rasa program ri ya..insya’Allah moga bertemu lagi di lain masa dan tempat..ameen!
sik apa…
kita akan jumpa lagik dlm next program..
tapi sik tauk bila hahahaha
best dapat jumpa blogger2 yang selama ni kenal di alam maya jer
suria lekatlekit recently posted…SAMBAL GORENG PADU BOLEH SIMPAN LAMA & SUNGGUH ENAK DI MAKAN DENGAN APA SAJA
ya…sangat best…
tiada kata yang mampu mengungkapkannya
alhamdulillah..
terima kasih
wah bertemu 5 blogger di bumi kelantan. semoga ada rezeki saya jumpa dengan tuan dan mereka juga. insyaAllah.
in shaa Allah
harap kita lagi boleh berjumpa lepas ini
bertuahnya dia…
kita lg lah cuma kenal 2 blogger je kt situ… admin ngn Sunah tu… lain2 mmg tak kenal, kita berblog suka2… tak kenal sgt blogger yg ngetops2 nih
kan..
saya yang segan sebab mereka memang ngetop blogger
X de rezeki nk jumpa bro hanafi sbb masa bro dtg tu abe kie dok dlm wad hospital kb. Skrg dah balik berehat di umah kat Tanah Merah.
tak pelah Abie..
next time kita boleh berjumpa..kat Sarawak ke..?
bagus program nya…satu platform utk bertemu blogger2 lain..
belum pernah bertemu blogger2 lain kecuali Krabat Kramat (ex-ofismate)…blog santai..
ya tuan.
memang bagus dan saya juga teringin nak jumpa tuan
Seronok sangat bila dapat jumpa dengan rakan blogger. Cx pon baru jumpa seorang dua sahaja blogger yg betul² bertemu serampang dua mata
sejujurnya memang seronok..
kalau boleh nak jumpa ramai lagi blogger yang lain -lain
Seronok bila dapat jumpa geng blogger kan 🙂
yeaslmn recently posted…Beauty Tips For Hair, Face And Important Nutrients For Nails
betul tu…
tidak dinafikan memang seronok walaupun sekejap cuma
ada yg mama pernah visit blog depa.. seronoknya boleh bertukar2 fikiran
untuk bertukar fikiran memang seronok..
terbaik sungguh pengalaman tersebut
blogger hebat bertembung meletup. tahniah big bos
encikhafiz.my recently posted…Live Streaming PEMILU Indonesia 2019
hahahaha…
mereka hebat dan meletup..
kmk biasa jak bro
bestnya dapat jumpa blogger kan? saya belum ada pengalaman jumpa blogger in real life
nikkhazami recently posted…Sinopsis Kamar Kamariah di Tv3
ya…
memang best.
pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat kami semua
meriah nampaknya =)
alhamdulillah..
memang meriah..
best dapat lepak sekali sekala 🙂
sejujurnya memang best bro
mmm… setakat nie, teman tak pernah lagi jumpa geng blogger… Kalau geng COC tu ada la…
pasti suatu hari nanti akan jumpa juga..
carilah blogger yang dekat-dekat sahaja dahulu
Alhamdulillah.. mmg seronok dpt berjumpa rakan2 blogger mcm ni. Perasaan mesra pun berbeza sbb berkongsi minat yg sama. Semoga ukhwah sentiasa diberkati.. aamiin.
betul tuan..
rasa happy nya ada lain sedikit berbanding dengan orang bukan blogger
seru 😀
selalu suka kalau sudah kumpul-kumpul blogger 🙂
kalau berjumpa memang seronok sangat tahu..walaupun sekejap cuma
Blogger Sis Lin tu saya tertukar dengan blogger Cik Min sebelum ni. Tapi dua2 pun saya tak pernah jumpa, cuma tengok dekat fb je…
kalau boleh jumpa la mereka..
Sis Lin memang hebat…seorang yabg ceria dan seronok bersembang dengan dia
antara kelebihan berblog ni lah… rasanya soc med yg lain x mcm ni kan… lain situasinya …
berblog lebih klasik
socmed lebih interaktig dalam realtime