Semenjak saya menjadi blogger daripada tahun 2013, ini kalilah saya mengalami sindrom kering idea yang begitu lama untuk tulis dan coret dalam blog.
Rasanya sudah hampir sebulan.
Keupayaan untuk menulis seolah-olah lumpuh.
Tidak terdaya dan berdaya untuk diteruskan.
Keupayaan untuk mengolah kata-kata menjadi kaku. Tidak terjangkau untuk membina waima satu ayat sekalipun.
Akhirnya saya akur.
Hati gelisah terbungkam tanpa rasa. Kosong dan terus kosong.
Hari-hari saya berharap ada semangat baharu, ada kekuatan dan ada sumber inspirasi untuk menyambung tabiat menulis.
Rupa-rupanya tidak.
Kesannya ada tugasan yang tidak berjaya saya laksana sehingga ke hari ini
‘Kemaluan’ besar jadinya hahahaha.
Tulis
Inilah puncanya.
Setiap kali sewaktu saya mengadap komputer dengan niat untuk menulis maka ketika itulah perasaan dan minda bertempur.
Diri sendiri bermonolog.
Saya dibisikkan bahawa saya tidak boleh dan tidak berjaya untuk menulis.
Berhentilah menulis.
Berhentilah membaca.
Berhentikan melibatkan diri dari aktiviti yang sewaktu dengannya
Akhirnya saya kalah.
Saya mengalah sehingga rasa lesu dan pilu untuk melalui situasi yang sukar begini.
Tiba tiba teringat saya trend sekarang ini.
“Kalau ada benda yang boleh kita tulis buat nak cakap.”
Sebab itu saya usahakan juga untuk menulis dan berharap esok hari dan hari seterusnya saya boleh lagi menulis untuk menyebarkan kebaikan demi manfaat kita bersama.
Itu sahaja cerita orang yang dah tak tahu nak tulis apa-apa lagi biarpun banyak bahan untuk dijadikan penulisan.
Saya berusaha untuk mendapat semula momentum menulis sebagaimana mood saya menulis artikel 5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin
- Kemas kini 2423
Happy writing
thanks bro..
i try to be happy
Tulis la kisah travel di kelantan..hahahah
sunah sakura recently posted…LEGOLAND® Malaysia Resort Brings Edutainment to Over 500 Schools
kmk tengah usaha la tok..
entah di manakah silapnya…
mood untuk menulis kedak ya..gugok ke laut nun
tulisan admin selalu sgt teratur dan teliti, mungkin kot blh kering idea sesekali…
sya jenis santai je… itu yg ada je nk dibebelkan hehehhe
kan…
cara penulisan kita berbeza.
nanti saya cuba menulis cara santai dan cara bebel
tengok macam mana
Terbaik tajuk entri. Ikut trend betul. Hehehe. Semoga ada kekuatan dan inspirasi kembali untk terus menulis lepas ni 🙂
yeaslmn recently posted…Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands
terima kasih.
saja je nak warming up..
in shaa Allah tengah cuba untuk konsisten menulis
Tetap semangat menulis meski kesibukan terus menerjang…Intinya tinggal kita yang menentukan waktunya..😄😄
tahniah dan syabas.
bukan mudah untuk mengekalkan momentum menulis
Sebentaaar …
Saya tertawa kencang dulu, yaaa …
Baca tulisan ‘kemaluan’ besar saya jadinya …
Hahhahaa 😅
Ayook, terus semangat menulis, mr. Hanafi 😉
hahahha…
tak pe.
tu maksudnya bro membaca habis artikel saya hahahaha
Kalau saya memang selalu sangat terjadi ni hikhik
kalau boleh jangan selalu..
susah juga nak kembali ke track
Nang kedak ya. Mun dah kering idea. Lamak juak stuck eh. Kmk pun ada juak gia. Slow²…
sik pa lah…
sabar jak dolok
Tak tahu nak menulis pun dah jadi artikel penulisan ni.. satu kreativiti yg menarik juga tu tuan. Salam ceria berblogging 🙂
ada sesuatu topik yang perlu saya tulis..
bagaimana pun saya belum ada semangat untuk menulis demngan penuh
Biasa la… Time mood ke laut, memang idea tiada langsung singgah untuk di tulis…
kalau macam bagus juga jadi nelayan sekejap..
boleh main-main kat laut
banyakkan membaca n mengikuti isu2 semasa. pasti akan dpt idea yg dtg mencurah2!
Good tip abe.
boleh sangat coba nie
Amboi tajuk dia.. up to date sangat.. terbaikkkk..
noor aziana mohd salleh recently posted…#JomDetox bantu turun berat badan dengan sihat dan selamat
yelah tu…
saje nak ikut perkembangan semasa
teruskan menulis tuan =)
at-tarmizi recently posted…Asif & Tar
ya..saya cuba yang terbaik
jangan pernah berhenti menulis dan membaca tuan, wahyu pertama diturunkan adalah iqraa. bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan
encikhafiz.my recently posted…Shuk Dinobat Sebagai Juara Bintang Bersama Bintang 2019
benar tu bro..
sangat tidak dinafikan.
membaca masih diteruskan ia adalah pekerjaan rutin
all the best maam doakan semangat tak padam
in shaa Allah.
terima kasih
kadang ada idea tp malas nk tulis… bla x de idea tetiba bersemangat nk menulis… hmm
ya…
pandai la awak.
betul tu
Sindrom biasa seorang blogger. Cara nak atasi, jangan biarkan hari berlalu terus tanpa menulis.nanti dia jadi snow ball effect. Makin hari nanti makin liat nak mula menulis.
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan
ya…betul
memang tidak dinafikan
menulis adalah tabiat
bila dah bergerak sukar untuk dihentikan
betul..kadang2 kalau taip lebih jitu tepat dan tajam dari sebut di mulut hahahah..lebih sampai ke ulu hati
Belang Tarung recently posted…5 Cara Tambah Stamina Putaran Beyblade
ya memang dan itu yang sepatutnya berlaku dalam dunia penulisan
betul laa bro.. makin lama..
makin tak tahu apa nak tulis dalam blog.
mood pun asyik hilang entah ke mana…
rasanya semua blogger menghadapi perkara yg sama..
Hairul Hissam recently posted…Cara Jimat Elektrik Rumah Dgn Lampu Bulb 3w.
ya lah tuan..
saya tetap bertahan juga dan akan menulis semampu yang mungkin kerana menulis itu kerja amal hahahaha
Eh, ayat awak best je saya baca.. Kenapa pulak tak boleh menulis? Rugi kalau berhenti sebab saya tak boleh nak baca lagi nanti..
hahahaha..
yelah tu.
saya belum berhenti cuma perlahan-lahan sahaja
perkara biasa ya bgi blogger suam2 kuku mcm kmk tok.. haha
juh la kita duak keja lebih keras
mana tahu boleh sukses dengan lebih jauh gik..
terbaik
ya..memang terbaik