Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah

Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah…Sejujurnya inilah pertemuan pertama mrhanafi dengan seorang blogger Sarawak.Dah lama pasang impian untuk duduk mengopi atau mengeteh bersama orang yang sama minat dalam dunia blogging.Alhamdullilah tercapai hajat dengan izin Allah SWT untuk mencipta satu sejarah peribadi.

Beberapa hari sebelum itu mrhanafi sudah mula mencari siapa sebenarnya Bro Ishak Hasimi yang merupakan rakan Facebook mrhanafi.Kami dah mula kenal secara online sejak mthanafi berblogwalking ke blog Ishak Hasimi Dot Com

Blogger Sarawak

Bro Ishak Hasimi boleh tahan kacaknya.Lebih tinggi dari mrhanafi dan lebih luas ilmunya dalam dunia blogging.Tak sangka beliau telah menceburi dunia blogging sejak tahun 2009 lagi.Ni dah kira otai blogger.Sudah tentu mrhanafi sangat beruntung menemuinya dalam usaha mrhanafi belajar menjadi blogger yang hebat seperti beliau.Ucapan ikhlas dari mrhanafi kepada Bro Ishak Hakimi ialah terima kasih kerana sudi untuk mengenali mrhanafi.

Pertemuan kami selama 4 jam terasa begitu singkat.Bertubi-tubi soalan yang mrhanafi kemukakan kepada beliau.Perbincangan kami sangat rancak sebaik sahaja habis acara sarapan pagi di Restoran Pinang Bistro.Mrhanafi banyak bertanya tentang tips SEO yang telah memberi kebanjiran trafik unik kepada blog beliau.Selain itu perkongsian pendapat kami berdua banyak memberi input positif.

Sebelum meninggalkan restoran Pinang Bistro itu sempat juga mrhanafi mempromosi diri sebagai blogger Sarawak kepada pemiliknya iaitu Encik Hakim.Beliau turut memaklumkan kepada kami bahawa restoran Pinang Bistro dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.Jam operasinya dari jam 8 pagi sehingga 3 petang.

Mereka menyediakan keunikan masakan lauk tengahari.Jika ada sesiapa yang nak makan tengahari dan minum pagi dalam suasana santai dan bersih jangan lupa untuk singgah di Pinang Bistro.

Apa yang mengejutkan mrhanafi tentang restoran ini ialah harga makanan yang ditawar sangat murah dan rasa pula memang terbaik..Sangat berbaloi untuk tempat sarapan pagi dan makan tengahari.Misalnya mrhanafi makan nasi lemak telur dan peha ayam goreng serta air kopi panas.Bro Ishak Hasimi pula memesan mee jawa ayam goreng berempah dengan teh ais.(gambar tak sempat nak ambik)

Jumlah yang mrhanafi bayar cuma RM13 sahaja.Macam tak percaya pun ada.Namun menang betul murah sebab pertama kali dulu pun begitu.Mrhanafi makan nasik lemak dengan menu yang sama dan air kopi panas cuma dikenakan RM7.00

Info lokasi tentang Pinang Bestro seperti berikut :

Pinang Bistro,

Sublot 10 & 11,Ground Floor,

Unisquare Comersial Centre,

Kuching-Samarahan Expressway

94300 Kota Samarahan Sarawak

Telefon = 010-9617405

Hampir dua jam kami bersembang dengan rancak.Kami berborak bagaikan sudah kenal bertahun-tahun lamanya.Hakikat sebenarnya kami baru sahaja kenal secara offline dua hari.Itukan satu sejarah tercipta.Memang betul kata Bro Ishak Hasimi dalam artikel terbaru ‘Sesi Mengopi Bersama Pengasas Heroborneo.com’ jika blogger bertemu blogger maka faham faham jelah.

Rasa tak puas bersembang dengan Bro Ishak Hasimi.Jadi mrhanafi ajak sekali lagi untuk minum air bujang di Summer Mall.Ketika sesi kedua itu bersambung semula mrhanafi dan Bro Ishak Hasimi bercadang untuk mencari blogger tempatan yang boleh bergerak sebagai satu pasukan khas.Ahli-ahlinya mestilah blogger yang ada minat dan komitmen yang tinggi untuk menulis blog.Kalau ada sila PM tepi no 011-34646975

{sekilas pandang}

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Ayat skema orang bercinta yang mrhanafi pinjam untuk dua  blogger Sarawak nie.Mereka akan mencipta lembaran sejarah penulisan blog.Mudah-mudahan Allah SWT memberkati usaha kami.

Mrhanafi yakin dan percaya bahawa kerjaya blogger boleh menjana pendapatan.Contoh yang terdekat melalui promosi Aplikasi Duit.

Terima kasih daun keladi dan jangan lupa untuk datang lagi.

 

Artikel berkaitan

21 thoughts on “Dua Blogger Sarawak Mencipta Sejarah

  1. Pertemuan, mcm dah kenal lama kan, alhamdullilah terima kasih belanja makan..blogger kalau dah minat benda sama pertama kali jumpa pun mcm dah knal lama..

    1. sama-sama bro..jangan dikenang sangat tentang belanja makan..’ignore and forget’

      nanti kita akan jumpa blogger yang lain pula..

      kumpul semua dan buat satu team blogger

      senang bergerak..

  2. haaaa…sedih sebab tak lama jumpa blogger last ssb beberapa tahun lepas.seronok bila jumpa orang ada sama minat dengan kita. best sebab masing tahu sedikit sebanyak cari duit onlinekan.

    kurus sungguh mrhanafi saya ingat orang berisi sedikit heee…
    suri recently posted…Tak Ada Elektrik, Ini Projek Kami Punya !My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge