Percayalah menulis memberi implikasi kepada kehidupan peribadi.Kesannya akan berlaku di kemudian hari.Baik atau buruk bergantung kepada apa yang kita tulis pada hari ini.
Saya menulis di status Facebook sejak tahun 2009 lagi.Akaun tersebut masih wujud.Cuma saya telah tukar menjadi Fanpage rasmi iaitu Mohd Hanafi Abdullah
Pada Disember tahun yang sama saya mulai berjinak-jinak dengan penulisan blog di My Powerful Network.
Saya berjaya menghasilkan 63 artikel dalam blog tersebut sehingga tahun 2011.
Namun pada tahun 2012 saya beralih pula untuk membina blog baru dikenali Jutawan Pantun
Dari saat itu saya semakin ligat membuat puluhan blog pelbagai genre dan niche .Semua blog tersebut sudah ditinggalkan sepi tanpa berita.Mungkin tumbuh lalang dan mungkin juga sudah menjadi kayu kayan di rimba alam maya.
Bagaimanapun pada Mac 2015 saya telah melanggan domain dan hosting sendiri.Wujudlah blog yang anda baca ini.
Ini dia artikel pertama saya dalam blog berdomain sendiri Ada apa dengan mrhanafi.com
Saya terus aktif menulis.Biarpun mutu penulisan dan gaya bahasa yang saya guna “kelaut” China Selatan.Tidak mustahil boleh terlanding di JB pulak .Siapa yang tahu takdirnya begitu.
Saya bercanda hahaha..
Jujur saya seronok menulis dalam blog sehingga tidak sedar sudah berada 11 tahun dalam dunia blogging.
Pada mulanya saya memang berhasrat untuk buat duit menggunakan blog.Orang kata buat blog dulu dan duit datang kemudian.
Inilah jadinya bila blogger menulis curahan hati.Realiti tidak seindah mimpi di malam hari atau rintis-rintis hujan di pagi hari.Mungkin ada pelangi sebelah petang nanti.
Fuh ! Lama tak bersastera.
Saya menulis blog sekadar untuk suka-suka dan berkongsi ilmu dengan pencari maklumat di Internet.
Beberapa tahun kemudian…
Kehidupan tetap diteruskan macam biasa.Gelaran blogger juga macam biasa.Cuma status ‘berpunya’ menjadi single sahaja berubah.
Saya reda dengan takdir.
Blogger boleh menjadikan seseorang popular.Bahkan blogger boleh menjadikan seseorang kaya, berduit dan berharta.Saya dalam perjalanan ke situ hehehe.
Kita doakan sama-sama.Aamiin.
Ironinya aktiviti blogger masih saya lakukan tanpa jemu.Tidak berhajat dan tidak berniat untuk berhenti.Ada hasil banyak atau hasil melimpah ruah, saya terus sahaja menulis blog.
Alhamdulillah sekarang sudah menampakkan hasil.Tak lama lagi cukuplah tabung kahwin saya nie.Orang tu dah tunggu saya dengan senyuman mengoda.
Alamak saya bercanda lagi.
Jeng..jeng..jeng..
Secara tidak sengaja saya terkesan pada salah satu artikel blog yang ditulis tahun 2017.
Artikel tentang rindu ini ada kesan tersendiri.Ketika menulis artikel tersebut feeling saya sekadar rekaan semata-mata.Bukan berdasarkan kisah benar baik diri sendiri atau kawan-kawan.
Namun setelah tiga tahun berlalu saya dapati penulisan ini betul-betul terjadi.Amat menakjubkan kerana apa yang saya tulis bakal menggambarkan apa yang terjadi pada masa yang akan datang.
Sejujurnya banyak lagi kejadian yang saya tulis dalam blog telah menjadi realiti dalam kehidupan nyata.
Ada yang sedih.Ada yang gembira.
Mungkin ketika menulis saya menggunakan elemen emosi sehingga apa yang ditulis betul-betul terjadi Ingat dengan izin Allah juga.Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaanNya.
Saya percaya jika menulis yang baik akan dapat yang baik juga.Logiknya setiap kata adalah doa.
Diberi lambat atau cepat itu kerja Allah.Kerja manusia cuma berdoa dan berusaha dengan kudrat yang ada.
Sekiranya menulis di media sosial atau blog, tulislah perkara yang baik-baik sahaja.Jika tertulis perkara yang tidak baik jangan berlengah untuk memadam penulisan tersebut.
Ini baru di dunia.Hakikatnya para malaikat tengah mencatat apa yang kita buat setiap hari.Baik atau buruk tetap dicatat dalam buku amal.
Ketika Hari Pembalasan nanti segala catatan dalam buku amal kita ini akan dibuka semula.Maka berbahagialah orang yang membawa buku amalan sebelah kanan tatkala menghadap Sang Pencipta Sekalian Alam.
Wallahualam.
Selamat beramal.
9 Ramadan 1441H
wah nanti jemput saya ye bila nak kenduri. suka baca blog tu sebab sayang sangat dunia blog wpun med soc bermaharajalela. hihi
bila nak kenduri nanti jemput…in shaa Allah
memang best kat blog ini..berbanding medsos
Teruskan berkarya tuan. Dalam banyak-banyak karya, pasti ada yang menjadi telaga pahala kita.
LM recently posted…Perintah Kawalan Pergerakan Sebabkan Hilang Rasa Syukur Dalam Jiwa?
terima kasih…
inilah yang saya cuba pertahankan sekarang ini
kalau terlanding ke JB, bagus juak…boleh kamek kutip, jual di shopee…
kadang2 pernah terfikir mok nulis benda mok merli2 orang, tapi akhirnya hanya jadi luahan perasaan yang terperap dalam draf selama beberapa masa sebelum dibuang…
sunah sakura recently posted…Sebenarnya Cinta
nya la ya… hahaha
dolok suka guna bahasa kedak ya..
kedak sik logik tapi ada mesej
teruskan menulis tuan =)
in shaa Allag tuan..
terima kasih