Menulis Sebelum Tidur

Tabiat menulis sebelum tidur saya mulakan semula semenjak dua menjak ini.Sejujurnya bukanlah terlalu baru.Sebelum ini saya selalu lakukan tabiat menulis sebelum tidur sehingga jam 2 pagi setiap hari.Itu dulu.Sekarang tidak lagi.

Rasionalnya supaya cepat mata mengantuk.Saya pernah mencuba untuk menulis awal pagi.Kesannya mata mengantuk pada awal pagi.

Lain pula dengan aktiviti membaca.Ternyata membaca amat sesuai untuk saya pada awal pagi kerana otak masih segar.Rasa mengantuk dapat dihindarkan.Namun begitu mood untuk saya membaca tidak mengira masa.

Saya boleh membaca buku atau artikel dari pagi sampai malam.Jika aktiviti menulis saya hanya mampu bertahan sejam atau dua jam.

Atas kehendak fisiologi begini saya telah membiasakan diri untuk rajin menulis sebelum tidur.Apabila minda letih menulis secara tidak langsung saya akan mengantuk.

WAJIB BACA :   Laptop Uzur Buat Hal Lagi

Bila sudah mengantuk saya boleh tidur dalam keadaan ‘deep sleep’.

Istilah deep sleep ini saya ketahui daripada perkongsian seorang Sifu di Facebook.

Menurut beliau masa yang terbaik untuk tidur ialah sebelum pukul 12 tengah malam.Lagi awal tidur lagi bagus kerana kita boleh dapat tidur yang berkualiti.

Tidur satu jam sebelum pukul 12 malam bersamaan tiga jam.Sebaliknya tidur selepas pukul 12 tengah malam bersamaan satu jam sama dengan satu jam

Saya bagi contoh ringkas.

1.Tidur pukul 9 malam sehingga 12 tengah malam bersamaan 9 jam  ( 3 x 3 )
2.Tidur 1 pagi sehingga 5 pagi bersamaan 4 jam sahaja. (4 x 1 )

Terpulang sama ada percaya atau tidak.Yang pasti saya pernah mencuba dan ternyata pilihan pertama adalah yang terbaik

WAJIB BACA :   Pengalaman Blogwalking Guna Google Plus

Semoga ada manfaat dan jomlah berkongsi artikel ini dengan sanak-saudara dan kawan-kawan.

Ps: Siapa yang aktif Telegram boleh join channel saya di SINI

Comments 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge