Ini adalah pengalaman blogwalking Guna Google Plus.Ada masa lapang sahaja saya belek telefon Alcatel Onetouch.Hidupkan data dan menyelusuri Google Plus untuk blogwalking.
Saya bagaikan pelayar di alam maya.
Singgah dari satu blog ke satu blog untuk jalinkan silaturrahim sesama blogger.Semoga saya dan mereka panjang umur dan murah rezeki.
Ramai blogger tiada di rumah (blog).Ada yang bekerja walaupun hujung minggu.Memang sepi dan sunyi rasanya.Saya gagahi diri untuk rasai pengalaman blogwalking biarpun kepenatan mata dan minda.
Kadang-kadang saya terkulat-kulat di ruang tamu sambil menunggu kedatangan tetamu yang datang membalas kunjungan.
Opp..belum raya lagi rupanya.
“Maafkan dan ampunkan dosaku Ya Allah… betapa tidak ikhlasnya saya dalam blogwalking“.Saya beristighfar panjang untuk memperbetulkan niat.Tanpa niat yang betul hati akan resah,gelisah dan kacau.Ingat tu.
Saya cuba bersangka baik.Mungkin blogger-blogger ketika saat ini belum ada kekuatan dan kesempatan waktu.Lagipun hujung minggu dan malam hari begini masa untuk santai bersama keluarga.
Lantas tanpa mengharapkan apa-apa balasan saya terus juga blogwalking penuh keikhlasan.Itu yang sebaik-baiknya.Memberi tanpa pengharapan.Bak kata pepatah,tangan kanan memberi manakala tangan kiri tidak mengetahui.
Mengunjungi rakan-rakan blogger dari platform blogspot memang best.Mereka berkongsi cerita suka dan duka secara santai.Saling berkunjung dan berbalas komen.Walaupun tak semua kerana saya tahu bukan semua ada masa yang cukup untuk layan blog.
Sekali lagi minda saya membuat jangkaan.Mereka sibuk.Lagipun aktiviti blog tidak meriah seperti dulu.Sekarang media sosial adalah pesaing terdekat yang akan mencuri perhatian para blogger sehingga mereka terpaksa mengagihkan masa kepada media sosial dibawah.
1.Facebook
2.Whatsapp
3.Instagram
4.Wechat
5.Telegram
6.Tweeter
7.Youtube
Wow,banyaknya pesaing media sosial yang akan melekakan blogger.Mereka tentunya kurang masa pada blog.Saya akur itu hak mereka.Masa mereka dan duit mereka.
Saya cuma ingatlah diri saya sendiri bahawa setiap masa yang saya gunakan itu boleh membawa manfaat atau sebaliknya.Jika sebaliknya saya yang rugi.
Tepuk dada tanya selera,buka puasa nak makan apa ya?
Berikut adalalah kelebihan dan kelemahan blogwalking menggunakan Google Plus.Tak semua sempurna.Pasti ada kekurangan yang kadang-kadang boleh kita maafkan.
Kebaikan Google Plus :
1.Senang
Tidak dinafikan memang senanglah terutama guna telefon pintar.
2.Mudah
Pun sama seperti no.1.Google Plus mudah dilunsuri dengan telefon pintar berbanding guna lappy atau PC.
3.Seronok
Yang seronoknya banyak pilihan.Lagi ramai lagi bagus.Pilih sahaja sesuka hati.
4.Laju
Bergantung kepada jenis talian penyedia internet dan kawasan yang terlibat.Tempat saya tidak konsisten.Ada masa laju dan selalunya kurang laju.
5.Santai
Tak ada orang yang paksa dan kalau nak buat santai lagi best.Bekerja tanpa tekanan.
Kelemahan Google Plus
1.Orang yang sama kemaskini setiap hati
Orang yang aktif dan sama tetap post artikel masing.Mereka akan memenuhkan saluran Google Plus dengan artikel mereka sahaja.
2.Kurang popular berbanding Facebook
Google Plus tidak semeriah Facebook.Google Plus cuma blogger yang lepak kat sana.Dah la tak ramai.Sunyi sepi bagaikan pusara dilebuhraya.
3.Ramai blogger autopost entri mereka
Autopost cara yang bagus.Cara autopost memang menjimatkan masa namun interaksi dengan pembaca dan pengunjung akan hilang serinya.Sebab dah auto.Tak de orang nak jenguk samaada ada orang singgah atau tidak dengan paparan artikel mereka.
4.Ramai yang bukan kaki blogwaking
Blogwalking pekerjaan yang berat kerana guna masa,data dan minat.Kalau tiada minat untuk blogwalking nak buat macam manalah ye.
5.Sistem komen ada dua Google+ atau blog sendiri
Kalau saya suka di blog kerana komen mendatangkan backlink do follow.Bahkan Google sendiri ada ruangan untuk kita buat komen.Sejujurnya saya tidak kisah pun.
Kesimpulan
Saya berhenti di sini dahulu untuk saya menikmati pengalaman blogwalking yang saya sukai.
Jika nak baca lagi boleh sahaja ke artikel Jodoh Anak Dara Dengan Suami Orang
Iklan oleh Website Responsif
google+ punya interface home pun smart rasa macam touch screen di awangan haha..mcm cerita ejen ali
Belang Tarung recently posted…Petanda Hari Raya Aidilfitri Sudah Dekat
kadang-kadang boleh keliru juga dibuatnya..
Mama blogwalking kadang2 guna googleplus bila cbox mama dah khatam. Tapi mmg x ramai yg suka blogwalking macam dulu kan
sebab banyak godaan terhadap media sosial..
blogwalking tak seronok kalau jumpa blog yang biasa-biasa..macamm blog saya..
tak pernah pulak guna google plus untuk blogwalking..
zik recently posted…Tonton online andainya takdir episod 13
cubalah sekali sekala..
pasti best
Guna google plus lagi mudah untuk blogwalking rasanya… Selalu pun memang bw melalui G+…
kadar kecepatan itu saya kagumi..
boleh juga la
blogwalking ni seronok dan kekdg tu buat kita leka membaca dari satu entri ke entri lain..
letih juga dan tak terdaya jika sibuk dengan kerja
wow..sama la kita..
kita geng la nie
jarang blogwalking via google plus. biasa auto ping je. blogwalking pun daripada pengkomen 🙂
ohh..ya..
saya tak kira mana tempat,,
janji ada entri terbaru..
Tak berapa pandai la guna google plus ni.Masa nak update pun kadang terkejar kejar sebab ada projek nak kejar.
blog boleh diketepikan..
uruskan perkara yang penting dahulu..
GV mmg selalu update entri kat Google Plus. Rasa lebih mudah untuk ping ke G+. Kadang blogwalking juga di G+. hihi. Hope one day G+ akan popular macam FB. FB skang kalu post banyak sangat artikel, terus kena label spam. Huhu.
Galaksi Viral recently posted…LAGU BRUNEI YANG SANGAT BEST
Kalau G+ dapat beat populariti FB..memang dapat.
itupun bergantung kepada minat user…
GV harap G+ boleh tarik lebih ramai user untuk menggunakannya sebab G+ user interface dan tak lambat loading macam fb. huhu.
GALAKSI VIRAL recently posted…LAGU BRUNEI YANG SANGAT BEST
ya..betul tu.
Lepas ni boleh try blogwalking guna google plus .
Tiap2 hari wajib blogwalking ke blog – blog lain , tak banyak at least sedikit pun jadilah . Cari masa yang sesuai
ya..satu tindakan yang bijak.
saya pum selalu buat begitu walaupun tidak selalu
tak dinafikan mmg bagus gpogle pkus ni. tapi sy jarang guna. sebab tatau sangat. ehehe.
oh…senang saja.
kalau kat handphone boleh dowaload apps.
Boleh jugak. Tapi mcm boleh blogwalking dlm circle kita jak kan?
Boleh juga cuba nanti.
Elih Japahar recently posted…Cara Semak Market Value Atau Harga Pasaran Kereta
kalau cirle besar…tak cukup tangan nak buat blogwalking
Saya tak pernah lagi blogwalking guna Google Plus dan Facebook (padahal memang jarang blogwalking pun. hihih). Mungkin tuan boleh kongsikan group-group yang aktif dan menarik untuk blogger lain blogwalking terutama di Google Plus.
Tengah cari tempat jalan-jalan juga ni. Banyak blog-blog rakan blogger dulu dah tak aktif. Antara tak aktif menulis atau memang tidak diaktifkan blog terus.
Naziman Azlye recently posted…3 Kesalahan Blogger Baru Selalu Buat Masa Buat Duit Melalui Blog
satu idea yang menarik untuk dipertimbangkan..
saya faham aktiviti blogwalking masih rancak terutama komuniti blogspot..
orang yang berada di WordPress perlahan sedikit kerana ramai yang dah tak aktif