Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan

Pernah tak terfikir cara untuk memulakan semula kehidupan? Itupun seandainya kita pernah jatuh tersungkur dalam rumahtangga.Terbuang dan terbiar oleh orang yang kita sayang.

Orang kata kehidupan seperti roda.Ada masa di atas dan ada kalanya berada dibawah.

Macam hubungan suami isteri.Boleh jadi di atas dan boleh juga di bawah.Pilihan terletak ditangan sendiri.

Kalau belum kahwin boleh abaikan.

Okay lah.

Admin sekadar berkongsi luahan hati.Sebagai catatan pengalaman untuk dibaca kemudian hari.

Bagaimana untuk memulakan semula kehidupan ?

kehidupan baru

1.Muhasabah diri

Ini sangat penting.Jika buat silap akuilah kesilapan itu.Belajar untuk tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

Allah SWT amat menyayangi hambaNya.Tatkala hambaNya buat silap,khilaf dan leka tidak mustahil Allah SWT bagi teguran.

WAJIB BACA :   Tips membeli telefon pintar baharu

Tegurannya berbentuk ujian dan musibah.Lantas kerana itu kita wajar untuk muhasabah diri.

Semak mana yang silapnya.

Semak lagi kelemahan yang mendatangkan kegagalan.

2.Move on

Admin tak tahu nak terjemah secara tepat maksud move on.Yang pasti boleh melupakan kisah yang lalu dan cuba untuk buka buku baru.

Kehidupan terlalu singkat untuk ditangisi kesedihan semalam.Apa kata terus mencari kebahagiaan yang bakal menanti.

Usaha untuk buat yang terbaik,sungguh sungguh dan bersyukur kerana Allah SWT pilih kita untuk diuji sedemikian rupa.

Ramai yang pesan.Setiap kejadian ada hikmahnya.Malah setiap hikmah bertujuan untuk memberi kebaikan.

3.Bersangka baik

Tak kisahlah kalau orang berfikir tak baik terhadap kita.Sebaliknya ambil kisah kalau fikiran kita asyik bersangka buruk terhadap orang lain.

WAJIB BACA :   3 sebab orang muda Jepun tidak mahu kahwin

Jika ada cepat-cepat beristighfar kerana hati dan perasaan sudah mula membuat dosa.

Kelebihan bersangka baik pada Allah dan makhluk usah diragui.Hati lebih tenang.Hidup kita pula Allah akan jaga.

In shaa Allah.

Tak la bermakna bersangka baik membabi buta.

Awasi juga kalau ada orang berniat jahat dengan berfikir secara logik.

Peranan akal dan minda perlu juga digunakan.

Kesimpulan

Tidak cukup sebenarnya tiga perkara tersebut untuk dijadikan panduan bagi memulakan kehidupan semula.

Apa-apapun boleh dijadikan asas sahaja.

Jika kuat in shaa Allah semuanya akan menjadi mudah.

Mungkin pembaca ada yang hadapi situsai begini.Admin sarankan untuk kembali bangkit dan buka luas luas mata dan minda.

WAJIB BACA :   Orang berjaya miliki dua rahsia ini

Orang kata di hujung terowong akan ada sinar bahagia yang bakal menanti.

29 thoughts on “Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan”

  1. fall in love is beautiful but fall out of life would be scary . yes…sometime we have to ‘let go’ . ‘forgive and forget’…in syaa Allah we will be more alive and full of energy to continue this short lives. me too.thanks for great reminder. have a nice day mister han!

    Reply
  2. tingkat taqwa saya naik turun.. dengan adanya tips ini bisa memotivasi saya untuk semakin menigkatkan taqwa lagi.. thanks for share

    Reply
  3. sangat setuju… akak ni dr kecil sampai ke tua duk jatuh saja… sampai skang dah tak rasa apa dah… hebatnya Dia bg rasa banyak kejatuhan dan terus bertahan…

    Reply

Leave a comment

CommentLuv badge