3 sebab orang muda Jepun tidak mahu kahwin

Apabila disebut Jepun, memang tidak asing lagi buat kita semua. Bukan setakat di Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Jepun juga sinonim dengan selipar Jepun dan bagi golongan wanita pula dekat dengan hint ‘bendera Jepun’

Bendera Jepun..

Jenama dari Jepun amat diminati terutama dalam automatif, barangan elektronik dan makanan.

Namun disebalik itu semua, ada perkara yang mungkin ramai tidak sedar. Tak lain dan tak bukan orang muda Jepun tidak mahu kahwin.

Sebagai manusia sihat, keinginan untuk ada pasangan, berkeluarga dan beranak pinak pasti ada.

Cuma realiti tidak seindah mimpi.

Berkahwin dan berkeluarga di Jepun memerlukan kos atau ongkos yang besar.

WAJIB BACA :   Cerita Menarik Wang Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH )

Kos hidup amat tinggi.

Di Malaysia juga tinggi.

Jika seorang lelaki belum mampu menyara diri sendiri, bagaimana mungkin untuk menyara isteri dan anak-anak pula.

Jadi wajar untuk hidup bersendirian sampai ke tua.

Ingat ini di Jepun sana, bukan di Malaysia sini.

Sebab kedua pula kerana masyarakat Jepun gila bekerja atau workaholic.

Akibat terlalu kuat bekerja mereka tidak ada masa untuk membina keluarga.

Sekiranya ada anak-anak pula, akan menjadi komitmen( bahasa lembut).

Bahasa kasarnya anak-anak akan menjadi beban dan menggangu rutin harian untuk bekerja.

Ditambah lagi kos untuk bersalin di hospital sangat tinggi iaitu RM16 ribu atau 500,000 Yen.

Sebab ketiga pula ialah trend wanita yang sudah berkerjaya tidak mahu kahwin untuk menikmati kebebasan hidup.

WAJIB BACA :   Kisah Benar Orang Yang Berjaya Dalam Bisnes [ edisi kemas kini ]

Mereka tidak mahu berkongsi hidup dengan lelaki kerana akan menghadkan kebebasan yang mereka miliki.

Secara logik, kalau wanita sudah boleh menyara diri sendiri maka tidak perlu berharap kepada orang lelaki lagi.

Hasil tinjauan 2021 oleh The Guardian, menyatakan 17.3 peratus lelaki dan 14.6 peratus wanita yang berusia antara 18 dan 34 tahun, tidak minat untuk berkahwin.

Apabila rakyat Jepun tidak mahu berkahwin tentulah negara mengalami kemerosotan populasi.

Tiada golongan muda yang bakal mengganti golongan tua untuk mengurus negara pada masa depan.

Senario ini mengingatkan kita kepada kiamat semakin dekat.

Jika belum ada kiamat besar, sudah tentu ada kiamat kecil iaitu kematian.

WAJIB BACA :   Kisah Nenek Tua Bersedekah Seekor Kambing

Semoga kita semua mati dalam khusnul khatimah…aamiin.

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge