Kisah bersedekah ini berlaku di tanah Arab.Ada seorang nenek tua bersama suaminya hidup dalam belenggu kemiskinan yang dahsyat.Mereka berdua cuma memiliki seekor kambing yang kecil dan tinggal di khemah yang usang.
Pada suatu hari nenek tua didatangi 3 orang pemuda.Mereka sangat kelaparan dan amat memerlukan makanan.Secara kebetulan dengan kehendak Allah 3 orang pemuda ini singgah dikhemah nenek tua tadi.Suaminya pula keluar mencari kayu api.
“Kami dari Bani Hasyim dan dalam perjalanan ke Mekah.Ada tak apa-apa yang boleh kami minum, ” tanya salah seorang pemuda tersebut.
” Ya ada.Pergi ke belakang dan dapatkan susu dari seekor kambing.Minumlah sedikit demi sedikit. ” kata nenek tua penuh kejujuran.
Setelah rasa haus hilang, salah seorang pemuda tersebut menanyakan pula makanan.
“Ada tak apa-apa makanan yang boleh kami makan.”
Nenek menjawab dengan tenang ” Sembelihkan kambing itu dan nenek akan masak untuk kalian kerana itu sahaja makanan yang ada pada nenek.
Ketiga-tiga pemuda ini sangat gembira dan bersyukur dengan pelawaan tersebut.Tanpa membuang masa mereka menyembelih kambing untuk dimasak oleh nenek tua tadi.
Akhirnya dengan izin Allah, ketiga-tiga pemuda tadi kekenyangan dan meminta izin untuk meneruskan perjalanan mereka.
Sebelum pergi mereka berpesan kepada nenek tua ini untuk mencari mereka di Mekah suatu hari kelak.Mereka akan membayar jasa baik nenek yang sanggup berkorban memberi makanan kepada mereka.
Masa terus berlalu…
Kehidupan nenek tua ini semakin sukar dan mencabar.Lalu dia dan suaminya mengambil keputusan untuk ke Mekah.Mereka berusaha menampung hidup dengan menggumpul najis unta untuk dijual sebagai sumber rezeki.
Dengan perancangan Allah SWT, nenek tua dan suaminya melimpasi kediaman salah seorang pemuda yang pernah ditolongnya suatu ketika dahulu.
Nenek tua ini tidak lagi mengenali dan mengecam mereka.Namun pemuda yang baik hati tersebut masih kenal dan cuba membantu nenek yang telah berjasa kepada mereka.
Pemuda ini mendekati nenek tua untuk memaklumkan beliau akan membalas kebaikan.Dengan itu beliau telah memberi 1000 dinar dan 1000 ekor kambing sebagai balasan.
Bukan itu sahaja pemuda tadi kemudiannya membawa nenek tua untuk berjumpa seorang lagi pemuda kedua.
Dengan penuh kemurahan hati pemuda kedua pula memberi 1000 dinar dan 100o ekor kambing sebagaimana pemuda pertama.
Pemuda ketiga pula tidak mahu kalah dengan tindakan kedua-dua rakannya.Lalu beliau turut menghadiahkan 2000 dinar dan 2000 ekor kambing untuk nenek tua tadi.Kesemua ini dilakukan kerana menghargai keikhlasan nenek tua tersebut yang sanggup berkorban untuk mereka suatu ketika dahulu.
Mulai dari saat itulah nenek tua yang miskin dan suaminya terus bertukar status menjadi orang kaya.
Bayangkan sahaja dengan bersedekah seekor kambing yang kecil mereka diganti Allah SWT dengan 4000 dinar dan 4000 ekor kambing.
Wallahualam.
Penutup
Kisah ini admin adaptasi dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil penulisan Tuan Fathuri Salehuddin.Mungkin ada perbezaan dari versi asal namun masih mengekalkan jalan cerita yang utama.
Ketiga -tiga watak pemuda tersebut ialah Saidina Hassan dan Saidina Husain serta Saidina Abdullah Bin Jaafar.Mereka dalam perjalanan untuk menunaikan haji.Dalam perjalanaan mereka diuji Allah dengan unta yang membawa makanan terpisah dari mereka bertiga.
Sebab itu mereka kelaparan dan kehausan sehingga terjumpa dengan wanita tua yang hidup dhaif dalam khemah.
Kisah begini memang luarbiasa bagi mereka yang yakin dengan keajaiban bersedekah.Setiap sedekah yang kita berikan dalam situasi yang sulit dan sukar akan Allah ganti pada masa yang sesuai.
Yakinlah dengan janji Allah sebagaimana dalam ayat 39 dan 40 surah an Nisa,
” Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat -gandakannya dan memberi dari sisiNya pahala yang besar.”
Mudah mudahan admin dan pembaca semua tergolong dalam kategori manusia yang suka bersedekah baik masa susah maupun senang.
Anggap sahaja bersedekah seperti ‘membuang sesuatu’.Bila dah ‘membuang’ buat apa mahu dikenang atau diingat lagi.Biar Allah sahaja yang tahu apa yang telah kita sedekahkan sebagaimana perumpamaan tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak menyedari.Fikir-fikikanlah dan selamat mencuba.
In shaa Allah.
Semoga niat kita, dan apa yang kita laksanakan dapat mempermudahkan hidup orang lain yang memerlukan
yalah kan…
jika kita memberi manfaat kepada orang lain…kemuliaan yang kita dapat
jika kita memberi kesusahan kepada orang lain…
sama-sama kita fikirkan hahahaha
Bagus cerita macam ni untuk kita jadikan panduan. Diri sendiri pun kadang tu rasa berat nak sedekah bila dalam tangan pun ada cukup cukup untuk diri sendiri.
sebenarnya lebih besar ujian jika bersedekah masa cukup-cukup dalam tangan..
pada masa itu kita akan terfikir apa akan jadi dengan hidup kita apabila bersedekah sesuatu yang kita sayang..
Hikmah bersedekah…luar jangkaan kita namun Allah tidak pernah mensia-siakan setiap kebaikkan hamba-hamba-Nya..
Allah akan membalas setiap sedekah yang kita keluarkan..
cepat atau lambat sahaja…
first time dengar kisah ni. pemuda2 tu cucu Nabi. Itulah balasan Allah jika kita buat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan.
betul..
pemuda tersebut adalah cucu Rasulullah
hebat sungguh ganjaran bersedekah dgn ikhlas..
memang hebat..
ternyata tidak dapat disangkal lagi tau !
sunggu sebuah kisah yang sangat memotivasi bro hanafi untuk rajin bersedekah
kisah benar ini Mas..
memang wajar diteladani..
Pahala sedekah ni memang besar dan banyak ganjaranya. Kita tak tahu kebaikan kita pada hari ini akan dibalas di dunia ini pada ketika mana. Mungkin saat kita sukar tiba-tiba ada orang datang tolong kita, itu mungkin satu balasan atas kebaikan yang kita pernah buat dulu.
Khairul Zamri recently posted…Salam Aidilfitri 1439H Lain Dari Dahulu
ya tuan ..
betul tu.
sertiap kebaikan pasti ada ganjaran..
kalau tidak di dunia..
sudah pasti di akhirat
Alhamdulillah
semoga yang bersedekah ikhlas dan mendapatkan pahala dari Allah SWT
aamiin..itulah yang kita nak
betul. rezeki allah tu luas maka kongsi lah. dan jangan kau ungkit dan kenangkan lagi
ya..sikap yang baik dan terpuji
sbb tu sedekah menjadi slh1 amalan yg ‘akan menjaga’ kita lps kita meninggal kelak… jom bersedekah wpn sebiji kurma
sebelum meninggal pun kita akan mendapat balasan dari sedekah yang kita buat
subhanallah….maha suci allah…memberi rahmat kepada hambanya…
alhamdulillah..
itu yang terbaiknya