Amalan tarik duit dengan minda

Amalan tarik duit dengan minda

Amalan tarik duit dengan minda bukan perkara baru sebenarnya.Sudah banyak diperkatakan sebelum ini baik dalam buku konvensional maupun media sosial.

Duit adalah alat pertukaran untuk mendapatkan benda-benda lain. Duit juga adalah alat untuk kita alirkan kelimpahan nikmat kepada lebih ramai orang.

Allah SWT amat menyayangi kita, malah lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri.Dan untuk menunjukkan yang Allah SWT sayang kepada kita, Allah SWT telah sediakan DUIT, EMAS, PERMATA dan SERIBU KEKAYAAN di perut bumi untuk kita.

Jika kita suka kereta, Allah SWT bagi kita kereta. Jika kita suka rumah, Allah SWT akan bagi kita rumah.Bila kita suka duit, Allah akan bagi kita duit.

Amalan tarik duit dengan minda

Dengan syarat, ada usaha untuk mendapatnya dengan amalan tarik duit dengan minda

Kita juga begitu. Jika kita sayang seseorang, contohnya ibubapa, isteri dan anak-anak, setakat ucapan sayang sahaja tidak cukup. Kita perlu beri mereka makan, tempat berteduh, dan hidup selesa.

Kita perlu beri mereka kekayaan, kekayaan yang Allah SWT bagi.

Apakah kaitan duit dalam semua ini?

Duit, alat ciptaan manusia yang memudahkan kita memindahkan dan mengagih-agihkan kekayaan yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

Duit memang bukan segala-galanya, tetapi duit adalah alat yang memudahkan kita memindahkan kekayaan Allah SWT dari seorang kepada seorang yang lain.

Sebab itulah, bagi orang yang faham perkara ini, mereka akan berusaha menjadi kaya dengan menarik banyak duit ke dalam hidup mereka.

Mereka tidak pernah sekali-kali menghina duit atau orang yang berusaha keras dalam mencari duit.

Kerana mereka tahu, hanya orang yang mengenal Allah SWT dan kekayaan Allah SWT sahaja akan berusaha mendapatkan seberapa banyak duit. Kemudian, sesudah mendapat banyak duit, digunakan untuk kebaikan.

Duit cukup mudah untuk diagihkan kepada sesiapa sahaja berbanding benda lain.

Kita boleh bekerja keras menggunakan tulang empat kerat untuk mendapatkan wang. Ataupun kita boleh mendapatkannya menggunakan satu lagi kekuatan yang juga datang dari Allah SWT, iaitu MINDA.

Minda sihat emosi stabil

Hanya segelintir orang terpilih sahaja akan tergerak untuk mempelajarinya.

Namun, masih ramai yang belum betul-betul fahami kehebatannya, apa lagi menggunakannya dengan berkesan untuk menarik duit ke dalam hidup mereka.

Masih belum terjawap, kenapa artikel ini fokus kepada duit?

Ini jawapannya: Duit adalah alat ciptaan manusia untuk memindah dan mengagihkan kekayaan di kalangan manusia.

Kekayaan yang dimaksudkan sumber rezeki yang Allah miliki untuk diberi kepada manusia, sama ada dari perut bumi atau lautan ataupun dari langit.

Duit boleh digunakan untuk mengeluarkan kekayaan ini, dan dipindahkan dan diagihkan kepada ramai orang. Dengan adanya duit, semakin ramai orang boleh menikmati kekayaan Allah SWT.

Semakin banyak duit yang anda perolehi, semakin kaya kehidupan anda.

Kemudian terpulang bagaimana anda menggunakannya. Adakah ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan. Apa yang penting, duit amat berguna kepada anda, jika anda tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam melakukan kebaikan untuk orang lain disekitar anda.

Bagaimana untuk tarik duit dengan kuasa minda?

Apa itu minda?

Apa itu kuasa?

Apa itu kuasa minda?

Adakah kuasa minda bertindak seperti tangan ghaib yang menarik duit dari poket setiap orang?

Adakah kuasa minda itu berfungsi dengan bantuan jin atau toyol untuk mencuri duit dalam peti simpanan orang di rumah?

Adakah kuasa minda itu malaikat yang membantu anda memindahkan duit berjuta dari alam ghaib ke rumah anda sekelip mata?

Teruskan tertanya-tanya.

Sebelum saya menjawap soalan-soalan tersebut, saya ingin meneruskan bercerita mengenai duit lagi.Duit adalah bahan mentah yang berbentuk fizikal.Ada getaran tersendiri.

Sebenarnya ada satu lagi sebab kenapa kita lebih fokus menarik duit, berbanding terus menarik benda yang kita inginkan contohnya kereta Lotus Sport, rumah banglo tingkat, iPhone 11 atau lain-lain secara khusus.

Sekiranya kita menarik duit, kita selamat kerana duit hanyalah bahan mentah untuk memudahkan kita mendapatkan apa yang benda yang telah ditakdirkan untuk kita.

Bayangkan begini. Katakan anda berkeras ingin memiliki kereta Axia.

Kemudian, apabila ditakdirkan anda mendapat Bezza, anda terasa sangat sedih dan menerima dengan rasa terpaksa… kerana yang anda mahu adalah Axia.

Tetapi anda tidak mendapatnya. Kemudian anda rasa sangat kecewa kerana tidak mendapatnya.Kecewa boleh melemahkan semangat.

Apabila ini berlaku, anda sebenarnya telah tidak bersyukur, malah merungut terhadap nikmat takdir yang Allah SWT telah beri kepada anda.

Tetapi bayang dan rasakan jika anda berjaya menarik banyak duit, dan dengan duit yang ada, anda boleh membeli apa sahaja kereta idaman.Mungkin kereta Axia.

Idealnya, idea perlu jelas dan tepat.

Sekarang apa pula ceritanya dengan minda ni?

Betulkah minda ni mempunyai kuasa?

Eh, apa itu kuasa?

Minda tu pulak, apa?

Sabar. Sabarrrrr.

Kuasa, amat rapat dengan tenaga. Tenaga pula, amat rapat dengan KERJA.

Saya akan ceritakan satu persatu mengenai kuasa, tenaga dan kerja.

Kerja membawa maksud, suatu tindakan untuk memindahkan sesuatu, sama ada menolak atau menarik sesuatu itu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam blog ini, kerja yang dimaksudkan adalah MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Sekali lagi, baca betul-betul.

KERJA yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah tindakan MENARIK DUIT dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Untuk melakukan KERJA, anda perlukan TENAGA.

Apa pula tenaga ini?

TENAGA adalah sumber bekalan yang boleh digunakan untuk melakukan KERJA.

Contohnya, sumber makanan memberi badan kita TENAGA untuk menarik dan menolak benda fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain.

TENAGA elektrik boleh menggerakkan elektron untuk menghasilkan pelbagai kerja, contohnya menghasilkan cahaya, menghidupkan TV, laptop, handphone dan banyak lagi peralatan elektrik.

TENAGA minda pula, boleh digunakan untuk menggerakkan JIWA seseorang untuk membawa wang kepada kita.

Tenaga minda sangat kecil jika dibandingkan dengan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Kita boleh mengangkat sehingga 50kg benda menggunakan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Tetapi, dengan menggunakan tenaga minda, kita hanya mampu berfikir… tetapi di situlah KEHEBATANNYA!

Baca ini dengan teliti.

Semakin sikit tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan kerja, maka semakin BESAR kuasa yang kita ada.Ini kerana, KUASA adalah kadar kecepatan melakukan kerja.

Dengan kuasa minda, dengan kuasa berfikir, kita boleh menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, contohnya menarik duit yang banyak dalam masa singkat.

Ingat kata kunci ini.

Kita tarik duit dan bukan cari duit.

Menarik duit lebih power dari mencari duit.

Minda adalah satu ruang aktiviti di mana fikiran dan perasaan kita berlaku.

Fikirkan begini.

Otak adalah hardware atau fizikal bagi bahagian dalam kepala kita, manakala minda adalah software yang bekerja di dalam kepala kita.Minda adalah tempat di mana fikiran dan emosi berlaku. Kita boleh memikirkan fikiran dan merasakan emosi di minda kita.

Kita mempunyai dua minda, iaitu minda sedar, dan minda bawah sedar. Aktiviti minda yang kita lakukan secara sedar, seperti membandingkan baik buruk, memilih antara dua, memberikan alasan, mencari sebab dan bukti… kesemua itu adalah aktiviti minda sedar.

Minda bawah sedar pula adalah aktiviti yang berlaku secara bawah sedar contohnya bernafas. Semasa kita tidur, kita tetap bernafas. Dan ini juga merupakan aktiviti minda bawah sedar.

Minda bawah sedar bersambung dengan seluruh anggota badan kita. Ini kerana sejak kita lahir, minda bawah sedar wujud terlebih dahulu berbanding minda sedar. Keseluruhan badan kita pada mulanya sejak kita lahir adalah dikawal minda bawah sedar.

Minda bawah sedar juga tempat berlakunya emosi. Minda bawah sedar sangat cekap menggunakan emosi untuk mendapatkan apa yang badan kita perlukan.

Semasa ketiadaan minda sedar, minda bawah sedar melakukan tugasnya dengan sangat cekap untuk mempengaruhi emosi orang lain untuk memberi kita apa yang kita inginkan.

Di sinilah letaknya kuasa minda sebenar!

Sekejap. Jangan salah faham.

Kuasa minda yang saya maksudkan bukanlah minda bawah sedar semata-mata.Tetapi, kuasa sebenar minda adalah terletak pada CARA kita menggunakan gabungan minda sedar dan minda bawah sedar secara harmoni dan bersama.

Dengan menggunakan minda sedar kita sepenuhnya, kita boleh memanfaatkan minda bawah sedar kita dengan baik.

Dengan kebolehan menggunakan minda bawah sedar kita sendiri, kita boleh mempengaruhi minda bawah sedar orang lain, untuk membawa duit kepada kita!

Minda bekerja menarik duit.

Di sinilah letaknya KUASA SEBENAR minda kita. Ianya bergantung kepada sejauh mana kita mampu memanfaatkan minda bawah sedar kita, dan sebaik mana kita mampu mengawal aktiviti minda sedar kita.

Kita tiada pilihan selain melatih dan mengaktifkan minda untuk mendapatkan duit.

Setkan minda bahawa tarik duit dalam hidup ini dari segala penjuru dan dimensi kehidupan.Waima semasa tidurpun duit boleh dijana hanya dengan minda.

Jangan percaya selagi anda belum mencuba.

Rujukan : http://wangminda.blogspot.my

8 thoughts on “Amalan tarik duit dengan minda”

      • Sy fhm skit2…dlu sy pnh berharap dpt kje dirumah tp ade gaji tetap..sy usaha dn doa…serta cipta angan2 yg best2 supaya ade org blh ambik sy keje dn byr gaji bulan2..kje hanya dr rumah…bnde tu betol2 terjadi…alhamdulillah…. itu kot mksud nye tarik duit guna minda…hehehehe…. sy bayangkan ade org mcm ni…tp mmg betol ada.

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: