Tip memikat wanita ini saya perolehi dari channel Youtube. Maksudnya bukan saya yang praktik. Niat saya untuk berkongsi info kepada mereka yang mahu mencari pacar sebagai calon jodoh.
Wanita mempunyai sifat berbeza dengan lelaki. Selain perbezaan fizikal, sudah tentu ada perbezaan emosi dan pemikiran.
Lelaki pula ada kelebihan berbanding wanita dalam beberapa perkara. Namun kelebihan ini bukan syarat utama untuk para lelaki berdabik dada. Kelebihan tersebut adalah sifat amanah dan tanggunhjawab untuk menjadi pemimpin.
Ya, pemimpin kepada kaum wanita terutamanya dalam rumahtangga. Ironinya, sebelum pergi ke alam perkahwinan perlu melalui perkenalan antara lelaki dan wanita.
Di sinilah kemampuan dan kebijaksanaan seorang lelaki teruji. Lelaki diuji untuk memilih calon terbaik yang bakal dijadikan suri dalam hidupnya nanti.
Atas alasan ini saya tergerak hati untuk berkongsi tip memikat wanita ini. Mudah-mudahan jadi panduan yang berguna kepada lelaki yang belum lagi berpunya lagi di luar sana.
Table of Contents
Tip memikat wanita
Ini tipnya.
Untuk memikat hati wanita perlu ada dua sifat seperti berikut.
1.Pegangan agama mantap
Dalam banyak perkara, agama letak pada tempat utama. Jika tidak, agak sukar dan mencabar untuk si suami untuk membentuk dan mendidik isteri.
Saya teringat pada pesanan ini. pilihlah calon isteri bersandarkan kepada empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agama. Pilih yang beragama maka anda beruntung di dunia dan akhirat.
Kalau pilih yang suka buat bisnes netcommerce pun apa salahnnya
2.Akhlak diri terpuji
Dua sifat ini sudah lengkap.Apatah lagi sudah ada kewangan yang stabil dan daya penampilan yang bersih, kemas dan menyenangkan.
Saya tinggalkan faktor-faktor yang saya rasa terlalu umum.Ramai sudah tahu dan ramai juga sudah berjaya dengan cara tersebut.
Baiklah.
Kita fokus kepada elemen yang jarang orang bicarakan. Ada tiga ciri wanita yang saya bezakan menggunakan analogi warna lampu isyarat.
1.Merah
Warna merah pada lampu isyarat ialah berhenti. Jika lelaki ingin memikat wanita yang ada ciri-ciri warna merah lebih baik berhenti sahaja. Jangan buang masa dan tenaga kepada sesuatu yang sia-sia.
Biasanya mereka reject on the spot apabila mengetahui ada lelaki yang mereka kurang berkenan cuba untuk memikat.
Mereka juga berani untuk respon berkata tidak. Mereka akan menjauhi sejauh yang mungkin dan langsung tidak tertarik dengan siapapun anda.
Jangan dikejar wanita seperti ini kerana mereka memang tidak cocok buat anda. Lagi dikejar lagi loya mereka terhadap anda.
Tentulah sesuai dengan warna merah.
Berhenti.
Berhenti berharap pada mereka yang memang tidak sudi. Ada ramai lagi orang lain ayang boleh dicuba untuk didekati.
2.Kuning
Wanita dalam kategori ini berada atas pagar. Boleh jadi mahu menerima dan boleh jadi menolak.
Pada awalnya mereka seakan mahu berkenalan tetapi lama-kelamaan sepi tanpa berita. Perlakuan mereka seolah-olah ada drama yang kadang-kadang memeningkan kepala.
Mereka boleh diajak berjumpa namun kekerapan berjumpa boleh dibilang dengan jari jemari. Tak perlu guna tasbih pun.hehehe
Lelaki yang bijak akan bersabar menghadapi karenah mereka. Wanita jenis ini biasa akan melihat kesungguhan anda untuk menawan hati mereka.
Bagaimanapun ada risiko terbesar jika anda meneruskan hubungan. Mereka mungkin meninggalkan anda tanpa sebarang alasan atau berita apabila mereka menemui lelaki lain yang lebih baik.
Ketika itu janganlah menangis pulak macam budak kecik. Makan tak berselera dan tidur tak lena lantaran kena tinggal kekasih yang berubah hati.
Yang pergi biarlah pergi. Cari sahaja wanita yang baru. Mungkin ada yang lebih baik. Mana tahu yang pergi itu memang tidak sesuai untuk mendampingi hidup anda.
Cuma anda akan rugi masa. Berita baiknya untung dari segi pengalaman. Pernah dengar tak orang kata, pengalaman itu mendewasakan kita.
Tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Setiap kejadian ada hikmah tersendiri.
3.Hijau
Wanita dalam kategori warna hijaulah yang patut dicari lelaki untuk memikat wanita.
Mereka secara semulajadi akan suka kepada kita tanpa dipaksa. Tidak mustahil boleh berlaku dalam satu detik. Bahkan perasaan suka mereka kepada anda kekal selamanya.
Mungkin perwatakan anda memang menjadi idaman mereka. Mungkin raut muka, senyuman, sosok tubuh atau renungan mata.
Sekiranya menemui wanita begini proses memikat sangat mudah, lancar dan pastinya berakhir dengan kejayaan.
Inilah dikatakan jodoh dan proses menemui juga mengambil masa.Tidaklah semudah dijangkakan kerana untuk mendapat yang terbaik perlu melalui ujian dan halangan tertentu.
Kalau tidak, kejayaan tidak terasa manisnya.Namun begitu bergantung juga kepada rezeki tuan punya badan.Ada yang mudah dan lancar begitu sahaja.
Ciri-ciri wanita dalam warna hijau ini boleh dikenali pasti seperti berikut.
1.Melayan anda seikhlas mungkin
Tidak semua lelaki dapat layanan istimewa daripada wanita yang menyukai mereka buat pertama kalinya.
2.Memberi perhatian penuh minat
Ada perhatian maka ada minat la tu. Terpulang kepada anda untuk meneruskan langkah seterusnya.
3.Tidak banyak karenah
Signal yang bagus daripada wanita untuk didekati. Tanda-tanda mahu untuk didekati sangat tinggi.
Penutup
Tip memikat wanita ini tidak dijamin berkesan. Terpulang kepada keyakinan masing-masing. Perlu ingat, setiap wanita berbeza antara satu sama lain dan cara mendekati mereka juga berbeza-beza.
“Hanya jauhari mengenal manikam”
Jika didapati berkesan jangan disalahguna kepada perkara yang dilarang oleh agama. Ilmu yang baik hanya untuk kebaikan. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua.
Selamat mencuba dan semoga berjaya mendirikan rumahtangga hingga ke Jannah
Aamiin.
- Kemas kini 18/5/22
kelakar jugak bila baca tip-tip ini tapi ada benarnya juga, apa pun selain usaha lelaki tu memang kene ada ciri yang diimpikan wanita.
kalau belum apa-apa dah selekeh, tak kerja, kaki rokok macamne lah perempuan nk terpikat kan
kalau saya perempuan atau bapa kepada perempuan tersebut ..memang la saya reject kalau macam tu yang selekeh dan tiada wawasan dalam hidup
Yang ini betul:
Ketika itu janganlah menangis pulak macam budak kecik.Makan tak berselera dan tidur tak lena lantaran kena tinggal kekasih yang berubah hati.
Seiring masa, akan terlihat kalau hanya sementara saja sakit hati itu. Bolehlah cari yang lain saja. 🙂
hahahha..
kan.
move on sahaja kerana ada orang lain yang lebih baik
Wah tips menarik nih untuk nambah wawasan saya , Tentang tata cara pikat wanita..😄😄
ya betul mas..
moga bermanfaat untuk mereka yang masih jomblo
Wahhh.. nice tips..mujur sy dah ada suami..
Nurhidaya recently posted…Satu Nama Tetap Dihati (Lirik) Eye Cover
alhamdulillah…
dah ada suami jaga baik-baik ya
Yup. semestinya. insyaallah.
Nurhidaya recently posted…Satu Nama Tetap Dihati (Lirik) Eye Cover
Good..
semoga sukses selalu
Insyaallah.. terima kasih…
Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover Tajul
sama-sama awak
wah mr H boleh jadi doktor cinta laa.. mmg ada benarnya tu
yelah tu…
jadi doktor cinta la sangat hahaha
Sayangnya saya ga tertarik memikat wanita, hahaha.
Kidding!
Benar adanya wanita suka lelaki yang agamanya bagus, bisa mentrasnfer ilmu tanpa memaksa, bisa memimpin bukan mengatur. This for me personally and most of woman surround me, hehehe.
wow…nice tips.
thanks for sharing.
Thanks Doc Love… Info yang menarik sekali…
Anyway, teman berpegang pada “Cinta pada manusia tidak perlu di cari, ia hadir dengan sendirinya”. Cinta pada Allah dan Rasul nya yang perlu di kejar…
welcome bro..
saya dah jadi Doc Love la pulak hehehe
sebetulnya begitu..
jodoh adalah takdir usaha…jika berusaha dapat pahala.
selain pahala…potensi untuk dapat juga ada berbanding menunggu dan menunggu
wah dahsyatnya info ni
hahaha…
boleh sahaja cuba bro
wah mr h byk tips memikat skrg ni ada apa2 kaa
awak nie..
tak de apalah..
kehidupan macam biasa sahaja
Tapi lumpu merah akan bertukar jadi hijau . So ada peluang
pasti ada peluang jika tahu caranya dan sentiasa sabar