Ada sebab isteri berpantang selepas bersalin. Inilah sebab yang amat kuat untuk didedahkan kepada umum. Pihak suami wajib tahu kondisi isteri mereka semasa berpantang. Tidak boleh tidak.
Istilah sains perubatan moden untuk tempoh berpantang ialah puerperium. Tak perlu hafal.Tiada dalam ujian. Cukuplah untuk sekadar untuk tahu.
Semasa dalam proses puerperium, suami dihendaki berpuasa dari melakukan hubungan badan. Pengorbanan kedua belah pihak amat dituntut sejajar dengan konsep pantang bersama suami dalam Islam.
Jangan khuatir.
Jarak masa berpantang paling minimum enam minggu. Ada juga yang mahu bersama suami selepas pantang 44 hari. Namun begitu, lagi lama lagi baik untuk memastikan organ peranakan isteri dapat pulih sepenuhnya.
Tetapi janganlah sampai dua tahun. Kesian juga kepada sang suami yang geram tidak bertempat ‘melepas’ nanti. Jangan pula suami beralasan untuk curang.
Untuk makluman, informasi ini saya perolehi dari buku Pena & Picagari hasil tulisan Tuan Dr Khairul Hafidz. Jangan kata saya menulis syok sendiri pulak. Soal kesihatan dan isu penting begini tidak boleh buat main-main.
Table of Contents
Isteri berpantang atas sebab berikut
1.Penyembuhan saluran peranakan
Rahim koyak semasa proses bersalin. Ada luka dan ada jahitan. Dalam masa isteri berpantang, rahim perlu mengecut pada kedudukan asalnya.
Proses penyembuhan mengambil masa dan ketika ini memang tidak wajar suami melakukan aksi yang boleh mencederakan tempat tersebut.
Boleh bayangkan tak ?
Saya yang menulis ini rasa ngeri dan ngilu tau !
2.Risiko jangkitan kuman
Dalam tempoh berpantang, apa-apa sentuhan ke alat sulit isteri ada risiko. Jangkitan kuman boleh migrasi ke kawasan tersebut melalui alat kelamin suami, jari, lidah atau sebagainya.
Untuk keselamatan elakkan juga teknik ringan-ringan semasa pantang.
Lebih baik cegah sebelum terjadi. Kalau terjadi apa-apa ,proses penyembuhan lebih lama dari yang sepatutnya. Ingat inilah kesan bersetubuh dalam pantang.
Siapa yang susah ?
Tentulah mereka dan keluarga mereka.
Saya tak tahu sebab saya solo sekarang ini. Hehehehe
3.Libido isteri menurun
Rasa sakit bersalin telah menghilangkan libido isteri. Pada masa ini suami perlu faham bahawa hormon kelamin isteri hampir tiada.
Libido isteri perlu dipulihkan dalam masa berpantang sehingga enam bulan. Ada juga sehingga setahun untuk betul-betul ada keinginan tersebut.
Suami bijak mampu mengelakkan hubungan badan ketika mana isteri tiada libido. Inilah peranan suami ketika isteri berpantang.
4.Pemulihan rasa trauma
Isteri baharu sahaja bersalin. Sakitnya semasa bertarung nyawa ketika isteri melahirkan zuriat suami hanya mereka yang tahu.
Ada yang masih trauma melalui detik tersebut. Kalaulah kesakitan bersalin boleh share together dengan suami ada ke yang sanggup terima ?
Jika tidak sanggup maka wajar suami berpuasa agar kesihatan mental dan emosi boleh pulih perlahan-lahan dari trauma bersalin.
5.Isteri cepat penat
Proses penjagaan bayi baru lahir cukup genting. Dengan keadaan ibu yang perlu menumpukan perhatian penuh kepada bayi bagaimana mana pula untuk melayan suami.
Malam dan siang menjaga bayi baru lahir memang menyebabkan isteri cepat penat. Isteri memang tidak cukup tidur ketika bayi menyusu badan. Apatah lagi bayi menyusu tidak kira masa.
Dah penat tentu tiada mood untuk melayan suami ketika pantang.
Sebab itu toleransi amat dituntut lebih-lebih lagi menjalani pantang bersama suami selepas bersalin Caesar.
Jangan pula terbalikkan keadaan. Pantang tengok terus on.
Penutup
Isteri berpantang merupakan tempoh kritikal kepada kesihatan isteri. Ada tanggungjawab suami ketika isteri berpantang yakni memberi sokongan emosi.
Hanya suami isteri yang saling memahami akan membentuk keluarga bahagia. Hargai isteri kerana mereka ada pengorbanan besar melahirkan zuriat biarpun selepas ini kasih sayang isteri sudah beralih arah untuk anak pula.
Dah nama lumrah kehidupan yang mesti dilalui kita semua kecuali kepada mereka yang masih solo.
Itu sahaja perkongsian kali ini dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.
Jangan lupa teruskan bacaan ke artikel : Ayat pikat wanita yang wajib lelaki cuba
- kemas kini 17/8/22
- kemas kini 13/12/24
sebab tu ikatan perkahwinan perlu ada sikap tolak ansur, saling hormat menghormati … bukan untuk kepentingan sendiri ja. Berpantang untuk kesihatan isteri dan kesenangan si suami juga nanti
setuju..
itulah pengalaman seorang ibu..
moga istigamah .
pendek kata, suami cuti aje dulu 44 hari tu…kadang ada yang amek sampai 100 hari juga…trauma katakan…
terpulag kepada empunya diri
yang penting pastikan keadaan isteri betul betul sihat.
Kesihatan perlu diutamakan. Sbg suami kenalah sabar sikit kan.. bukan lama sgt pun berbanding tempoh isteri mengandung dan beranak anak tu hehe.
Khir Khalid recently posted…WordCamp KL 2019 Padat Dengan Input WordPress
tuan macam tahu je..
terbaik kalau begitu.
bersabar itu nikmat dalam perkahwinan
di sini terletaknya pertimbangan akal suami isteri… lg pun isteri bukannya berpantang tiap2 tahun kan? dan dia jg berpantang demi kesihatan dan keharmonian rumah tangganya juga. jd di pihak suami haruslah ada sikap memahami dan menghormati…
bernas pendapat nie..
pemikiran seorang ‘isteri’ yang boleh diterima hehehe
Betul sekali di sini, saya sangat setuju. terimakasih bang artikelnya
sama-sama.
semoga bermnafaat kepada sang suami di luar sana
ada juga sy terjumpa dua beradik yg lahir pd thn yg sama di sek saya. Ingatkan kembar tp rupa2nya si abang lahir bln feb manakala si adik bln dis.
inilah dinamakan keajaiban kehidupan…
memang selalu dan dah dinamakan rezeki juga tu
Jangan geram sangat bro… :d
hahahaha..
tahu tak pe.
yang penting lagi geram lagi best penangannya nanti
Masa dalam situasi isteri berpantang ni, suami kena faham dan kena ada toleransi. Yang penting kena jaga keadaan isteri supaya betul-betul sihat dan boleh recover sepenuhnya.
beginilah caraa suami yang didambakan oleh isteri
Nice info. Still bujang dan pernah ada pengalaman semua ni. Hehehe…
selepas ini giliran bro akan menikmati alam rumahtangga..
2% sahaja best
98% tersangat best hehehehe
saya dah 6 orang anak. memang tak sampai hati kalau nak isteri layan kita. tengok keadaanya yang teruk lepas bersalin terutama bahagian pinggang tak adanya stim. yang ada dalam hati kesian je
Olaoli recently posted…Blogger hingusan blog segalabenda.com dalam kenangan
bagus-bagus.
inilah contoh suami mithali yang menjadi bakal ikutab ramai suami selurauh malaysia
Ada kes yang suami berpantang tak?
Mohd Shubhi Abdul recently posted…7 perkara yang anda perlu buat untuk menguruskan syarikat perniagaan
ya..memang ada.
suami memang perlu juga berpantang