Soalan mengapa suami ada skandal anak dara di tempat kerja memang melucukan.Dalam nada lucu begitu ada terselit mesej. Pastinya mesej yang wajar untuk kita fikir bersama.
Adat dalam suasana bekerja, memang ada suami berdepan dengan anak dara yang cantik. Tentu sukar untuk tidak tergoda.Iman di dada nipis maka cair la jawapnya.Perlu ingat suami adalah manusia biasa.
Saya cuba melontarkan idea mengapa suami ada skandal anak dara di tempat kerja.Ini bukan perkongsian ilmiah.Perkongsian ini cuma untuk merungkai secara umum persoalan tersebut.
Saya melihat dari perspektif tiga plot utama dalam isu ini.Jom kita hadami satu persatu.
Table of Contents
1.Watak suami
Lelaki dan perempuan umpama magnet.Boleh jadi saling tarik menarik antara satu sama lain.Lelaki tidak kira masih bujang atau sudah menjadi suami orang adalah sama.Persamaan terletak kepada nafsu.Soal nafsu tidak pernah kenal status seseorang.
Seorang suami boleh lupa diri mereka.Bukan semua tetapi memang ada terutama jenis lelaki yang kasanova.Status suami orang bukan penghilang kepada tabiat buruk ini.
Tidak hairan kalau ada anak dara boleh terpikat dan tergoda dengan mereka.Penampilan suami yang kemas, badan yang segak dan tutur kata manis bersahaja.
Kalau tidak, mana mungkin isteri mereka boleh tertawan dan rela untuk hidup bersama.Kelebihan ini masih terserlah biarpun status bujang menjadi suami orang.
2.Peranan isteri
Tentu tidak adil untuk seratus peratus menyalahkan suami jika ada skandal di luar.Isteri juga ada main peranan.Isteri yang sibuk dengan kerjaya menyebabkan perhatian kepada suami berkurangan.Sibuk juga dengan anak-anak sehingga suami rasa tersisih dalam hidup mereka.
Pengabaikan emosi suami seperti bom jangka.Lama-lama boleh meletup juga.Isteri boleh kata hidup mesti berkompromi.Namun dalam bab kasih sayang dan perhatian, tidak wajar untuk diperlekehkan sama sekali.
Inilah ujian dan gelombang dalam rumahtangga.Isteri tidak kisah kepada suami dan suami pula leka berada di luar.Tak mustahil masuk orang ketiga dalam menguji kesetiaan pasangan suami isteri.
3.Anak dara
Berada di pejabat dengan pergaulan lelaki dan perempuan adalah ujian.Perempuan yang bergelar anak dara ada sifat penarik untuk lelaki.Mereka juga manusia yang ada naluri untuk diberi perhatian dan belaian.
Bertemu pula dengan suami orang yang sudah memahami perempuan, tentulah ada kelebihan berbanding orang bujang.
Tidak dinafikan ada anak dara tidak ingat siapa lelaki yang bergaul dengan mereka.Perbualan mesra, panggilan manja dan perhatian istimewa boleh mengkhayalkan sesiapa sahaja.
Setiap hari berjumpa dan berbalas senyuman pula, lambat laun akan cair dan tergoda.Sukar untuk menyalahkan sesiapa baik suami orang atau anak dara.Lumrah lelaki dan wanita jika bersama memang akan terbit perasaan istimewa.
Kebetulan pula ciri ciri lelaki idaman yang anak dara mahukan ada pada suami orang.Nak cakap macam mana kerana semulajadinya mereka mahukan orang sedemikian.
Penyelesaian
Penyelesaian kepada suami ada skandal anak dara di tempat kerja ada di [ ]
apa pun semua perlu ada batasan di opis nih, boleh rapat tp tetap ada batasn yg perlu di jaga… ada benda yg boleh di bincangkan cuma di opis bukan di bawa sampai ke rumah
ya betul.
yang penting jaga pergaulan.
Moga dijauhkan hendaknya hihi
aamiin..
memang boleh dijauhkan .
in shaa Allah
sebenarnya semua pun kena jaga batasan pergaulan insya allah boleh dielakkan perkara yg x elok
tepat sekali…jaga pergaulan sebaik yg mungkin.
memang dapat la tu.
Sebab tu suami orang dibolehkan berkahwin lagi.
kalau suami mampu semua aspek…
dan isteri redha dengan keputusan tersebut
Sebolehnya elakkanlah, jgn cari penyakit 😊😊
betul..
tak de penyakit cari penyakit..
memang payah la
Ya allah ya tuhanku, semoga dijauhkanlah suami saya dari pandang wanita lain..aamiin..
aamiin..
kalau cinta dibajai dengan sempurna ..
in shaa Allah..hati suami tidak akan terbuka untuk orang lain
hahaha..mesti ada yang tanya dalam keyword ni kan? ke macam mana?
ya…
saya dapat dalam keyword la tu
hahahaha
isu panas ni.. haha
memang panas nie…
Ni isu sensitif ni tuan. Semoga dijauhkan lah dari isu scandal ni. Menambah dosa je scandal2 ni. Suami isteri kena lah mainkan peranan masing2.
tulah..
sama-sama kita berdoa dari gejala negatif begini
skandal ni tk kenal siapa, isteri orang pun berskandal jg…
yg penting dua2 pihak yg berskandal ni kena sedar status diri…jgn terbuai dgn nafsu…byk pihak yg terluka hatinya..
nohas recently posted…Dolce Africa
kalau boleh jangan ada skandal tuan..
tak baik
di sekolah sy x ada anak dara. semuanya bini org atau ibu tunggal. jadi x boleh berskandal la.
hahaha…bagus la kalau begitu.
safe zone tuan
Point yang menarik. Ada betulnya fakta-fakta yang di ulas dalam entry nie… bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi… apa yang penting, jangan mulakan… jauhi perasan sebegini… bila terjerat, diri juga yang akan sengsara…
IzNy recently posted…Kuliah : Apakah Allah telah tetapkan hambanya sesat?
yep…jangan mencari masalah jika belum ada masalah
in sha Allah kalau masing2 tahu batasnya pasti tidak berlaku. tak dinafikan point atas tu betul semuanya, moga2 dijauhkan la.
in shaa Allah ..
moga kita dijauhkan dari ujian sedemikian rupa
penulisan yang menarik dan mantap.
encikhafiz.my recently posted…Prosedur Perkahwinan Negeri Selangor 2019
terima kasih bro..
kitak pun apa kurangnya